15 January 2015

Inilah wajah2 pembunuh Altantuya...


Wajah Azilah, Sirul didedahkan...

Selepas hampir sedekad lamanya, wajah dua orang bekas pegawai polis yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didedahkan kepada umum.

Malaysiakini hari ini memperolehi salinan gambar mereka ihsan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman.

Sejak awal perbicaraan itu sehingga ke rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, wajah bekas Cif Insp Azilah Hadri (bawah,kanan) dan Kpl Sirul Azhar Umar
(bawah,kiri)menjadi misteri.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) menutup muka dengan rapi setiap kali masuk dan keluar dari bilik mahkamah.




Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lalu mengekalkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membebaskan mereka selepas membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.


Pagi Selasa lalu, Azilah, 38, (atas) muncul di mahkamah dengan wajah yang bertutup seperti biasa, namun kelibat Sirul tidak kelihatan.

Difahamkan, Sirul, 48, di Australia dan pihak polis kini menjejakinya selepas mahkamah tinggi mengeluarkan waran tangkap.

Menurut laporan, Sirul berada di luar negara sejah dua bulan lalu dan tidak mampu membayar kos untuk pulang ke tanah air.

Sirul semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam mencetus kontroversi apabila mendakwa dipersalahkan demi “melindungi rancangan mereka”.- mk


Meet the killers of Altantuya...

At last, almost a decade after the high-profile case of slain Mongolian national Altantuya Shaariibuu, the faces of the two ex-police officers convicted for her murder have been revealed.

Malaysiakini has today obtained a copy of their photographs, courtesy of the Bukit Aman police headquarters.




From the commencement of the trial right up to the conclusion of the final appeal at the Federal Court, former chief inspector Azilah Hadri (above) and corporal Sirul Azhar Umar had remained a mystery.

The pair, once attached with the elite special operations force, arrived and exited the various court buildings with their faces covered with hooded jackets.

On Tuesday, the Federal Court upheld the prosecution’s appeal and slapped the two with a death sentence.

Previously, the Court of Appeal had acquitted them after reversing the High Court’s guilty verdict.

While Azilah, 38, appeared in court with his face covered as usual, Sirul, however, was absent.

It was later revealed that Sirul, 43, is currently in Australia and the police are now tracking him down after the apex court issued a warrant of arrest.


No motive

According to reports, Sirul (below) has been overseas for the past two months and could not afford to return home.

During the trial at the Shah Alam High Court, Sirul set tongues wagging when he claimed to have been made a "scapegoat" to “cover up their plans”.

His lawyer had also suggested that his client could have been framed.

This statement fired up the conspiracy mills since the murder case had been linked to Prime Minister Najib Abdul Razak, who was then deputy prime minister and also in charge of the defence portfolio.




His close associate Abdul Razak Baginda, who admitted to having an affair with Altantuya, was initially charged with abetment but later discharged without his defence being called.

The case was also linked to Malaysia’s procurement of two French submarines, which Abdul Razak’s firm was tasked to purchase and maintain.

The police have cleared Najib of any wrongdoing, but the issue continues to remain a powerful weapon in the opposition’s arsenal.

Apart from this, the courts also did not establish a motive as to why the two ex-police officers would want to kill and blow up Altantuya with explosives.- mk


Australia tak benar Sirul dibawa pulang...
Story kat SINI dan SINI  


Murid Melayu pilih SRJK(C) – Peristewa yang memilukan...

Jangan disalah-fahamkan apa yang aku akan katakan nanti. Bukan aku anti sekolah Cina, atau sekolah Tamil atau sekolah orang putih. Arwah bapak aku pernah berkata bahawa,’belajarlah ilmu apa pun (yang berguna) atau disekolah mana sekalipun, pasti mereka akan mengajar perkara yang baik-baik’. Aku ‘pakai’ nasihat bapak aku sampai sekarang. Dengan sebab itulah agaknya arwah bapak aku membuat keputusan untuk menyekolahkan kami ( aku dan adik perempuan aku) di sekolah orang putih ketika orang lain di kampung aku amat ‘takut’ untuk menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris.

Seingat aku, sehingga menjelangnya kurun ke 21,terlalu sedikit ibu bapa Melayu yang menghantar anak mereka ke sekolah Cina dan hampir tidak ada (yang aku dengar) yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tamil. Sememangnya tidak terlintas di fikiran ibu bapa Melayu, pada ketika  untuk menghantar anak mereka ke sekolah selain daripada sekolah Melayu (kebangsaan) ataupun sekolah orang putih ( pada zaman penjajahan).

Tajuk muka hadapan akhbar ‘Sinar’ bertarikh 13 Januari 2015,” Seramai 6,800 murid Melayu memilih untuk belajar di 65 sekolah jenis kebangsaan Cina di Melaka bagi sesi persekolahan tahun ini’ amat mengejutkan. Bagi aku ini berita yang menggemparkan. Ada pihak-pihak tertentu yang mengatakan ini merupakan perkembangan positif. Mungkin jika dilihat dari aspek penyatuan  kaum.

Tetapi jika dilihat dari suatu sudut yang lain pula, ini merupakan satu tamparan hebat kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia.  Kementerian Pendidikan seharusnya merasa malu dan aib dengan perkembangan kini yang pada aku seperti ‘halaLintar membelah bumi’. Dengan perkembangan yang menakjubkan ini aku merasa hairan tentang mengapa berlaku ‘penghijrahan’ beramai-ramai kanak-kanak Melayu pergi ke sekolah Cina. Itu baru negeri Melaka. 

Seramai 6,800 orang murid Melayu di Melaka ( sebuah negeri yang kecil) telah memilih sekolah Cina sebagai tempat menuntut ilmu. Bagaimana pula dengan keadaan di negeri lain. Di Johor bagaimana. Dan bagaimana pula di Perak dimana terdapat banyak sekolah-sekolah Cina. Di Penang, di Wilayah Persekutuan. Aku membayangkan tentang angka ratusan ribu murid Melayu yang mula belajar di sekolah Cina bermula pada penggal persekolahan tahun ini.



Dengan perkembangan ini memberikan gambaran bahawa seolah-olah sekolah kebangsaan sudah tidak menjadi pilihan ibu bapa di bandar. Bukan sahaja ibu bapa bukan Melayu yang sudah ‘melarikan diri’ daripada menghantar anak-anak mereka di sekolah kebangsaan ( kerajaan) malah ibu bapa Melayu juga telah memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah kebangsaan. Perkembangan ini amat memilukan.

Menampakkan bahawa seolah-olah sekolah kebangsaan hanya untuk orang Melayu di luar bandar. Maknanya seolah-olah sekolah kebangsaan hanya untuk anak-anak peneroka Felda yang mana tidak terdapat sekolah-sekolah Cina di kawasan tanah Felda. 

Bermakna sekolah kebangsaan hanya untuk orang Melayu yang tinggal di pendalaman seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah, dimana tidak terdapat banyak sekolah Cina. Maknanya sekiranya terdapat sekolah Cina, walau di mana sahaja, besar kemungkinannya mereka juga akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina.

Aku memilih untuk menyatakan perkara ini secara berterus terang disebabkan keseluruhan kehidupan ku, ‘hidup dan mati’ku adalah bergelumang dengan pendidikan negara. Oleh itu aku merasakan apa yang dirasakan oleh kerajaan dan rakan-rakan di kementerian Pendidikan kini adalah merupakan ‘denyut nadi dan jantung’ aku juga. Ibarat kata peribahasa Melayu,’ Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya’

Yang menghairankan aku ialah lambatnya kesedaran samapi ke ‘telinga’ pihak kerajaan dan perancang pendidikan di negara ini. Apakah mereka tidak ‘mendengar’ dan ‘melihat’ tentang ‘berduyun-duyun’nya anak-anak dari keluarga bukan Melayu meninggalkan sekolah aliran kebangsaan dan pergi belajar di sekolah Cina atau ke sekolah-sekolah swasta walaupun terpaksa membayaran yuran yang begitu tinggi. 

Kadang-kadang golongan bukan Melayu yang berbuat demikian dituduh sebagai tidak nasionalistik dan tidak patriotik kerana tidak menghayati aliran kebangsaan – maknanya tidak menghantar anak-anak mereka di sekolah aliran kebangsaan.

Tetapi apabila ramai dari keluarga Melayu yang berada dibandar-bandar besar sudah mula menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Cina dan ke sekolah-sekolah swasta berbayar, maka perspsi kita juga turut berubah. Tentulah ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka berbuat demikian. Tentulah ibu bapa (dari golongan elit) ini sedar dan mempunyai alasan tertentu mengapa mereka berbuat demikian. Mungkin mereka sudah hilang keyakinan kepada sistem pendidikan kebangsaan kita, lantas mereka menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah swasta. Mungkin.


Untuk menambahkan lagi kerunsingan kita ialah tentang ‘berduyun-duyun’nya keluarga berada di bandar-bandar besar (yang terdiri dari keluarga Melayu dan bukan Melayu) yang sudah mula memilih aliran International General Certificate of Secondary Education (IGCESE) dan meninggalkan terus aliran kebangsaan (KBSM). 

Apakah pihak kerajaan tidak sedar tentang pertumbuhan sekolah-sekolah swasta yang menawarkan aliran IGCESE yang ibarat seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan itu. Apakah pihak bertanggungjawab masih memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan perkembangan itu.

“Isyarat’ yang macam mana lagi yang diperlukan oleh pihak bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu perubahan demi untuk memperbaiki sistem pendidikan negara kini. Walaupun ada yang mengatakan bahwa sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia dan bertaraf global, maka mungkin itu hanya merupakan satu ‘pujukan’ untuk memujuk hati dan perasaan yang duka lara. Ataupun mungkin hanya untuk ‘syok sendiri’ sahaja. 

Dari segi realitinya, sistem pendidikan negara kita mengalami keadaan yang sedang luka parah mengikut pandangan ramai orang. Mungkin aku tersilap membuat andaian sedemikian. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah menyuarakan perasaan hati yang turut duka lara melihatkan sistem pendidikan negara kita kini.

Akhirnya ingin benar rasanya  aku nak tahu berapa ramaikah anak para Menteri Kabinet Malaysia yang menghantar anak atau cucu mereka di sekolah kebangsaan? Statistik sedemikian akan memberikan jawapan yang sebenarnya tentang keadaan sistem pendidikan di negara kita.- abuhassanadam

Of tornadoes and earthquakes...

There were tell-tale signs on the face of our regular tour guide. His body language reflected the pensive mood he was in. His welcome, we all agreed, was a “put-on”, hiding something sinister. Even his “welcome to my country” broadcast did not have the usual vibrant and energetic tone.

Ben Maitheen or just “Ben” to visitors has been looking after inbound golf groups. His knowledge of golf and his insights into the country’s political landscape make him an excellent person for company.

As our luggage and golf bags were loaded, Ben told us: “Sorry Sir, tonight’s party is cancelled.” But had we not booked and pre-paid for the event of the year?

“Yes, Sir, but the government revoked the licence and asked the organiser to cancel it,” he said.

Why?

The leader of a small group, he said, claimed that the cause of tornadoes and earthquakes were due to people being allowed to drink beer, party and celebrate.

“You can read their idiotic comments on Facebook. This is a ragtag band of cowboys who have managed to put fear into some of our leaders,” says Ben.

“But your country has no history of tornadoes and earthquakes,” we replied.

“Precisely, that is why people in the tour industry are unhappy with these developments. Do you know Sir, two months ago, they wanted to ban the annual Oktoberfest and forced the government to change the conditions of the licence. Then, all the New Year celebrations had to be held indoors.”

“We are booked to play golf tomorrow. Can you pick us up at noon?” we asked Ben.

“No problem, Sir, but I have to warn you that you will not be able to have your usual drinks at the terrace after your round,” he said.

The club committee, he said, had decreed that liquor consumption had to be done in one discreet place away from the sight of non-drinkers.

Ben was in a talkative mood and we gave him room. “Sir, actually, if you had come last month, I could not have wished you ‘Merry Christmas and Happy New Year’. Some religious zealot made the order and for survival, I would have complied,” he said.

Even the normal humour-laden Halloween parties were no-go for a section of the population, he tells us ruefully.

He reckons there’s going be another round of controversy on Valentine’s Day. Religious police will be working overtime snooping around for couples celebrating the event.
“So, what’s going to happen to the ‘Year of the Parties’ theme promoted by the country’s tourism council?” we asked. “It has been promoted worldwide, even television. CNN, BBC and other networks are airing commercials.”

“Don’t know, Sir. If they cancel them, we are all doomed. We get so much money from tourists like you and they are driving them away.”

At one time, even yoga was banned and listening to Black Sabbath was not acceptable says Ben. Giving credence to such nonsensical diktats are people who were senior members of the judiciary.

Ben has some advice for us: “The next time you fly to my country, please do not use our national airline. There have been calls to ban sale of liquor and have all the attendants covered from head to toe. You won’t enjoy the long journey.”

But Ben declares that above the doom and gloom which has been permeating civic society, there’s hope because a small group of like-minded citizens are standing up and speaking out.

As our bags are unloaded from the van at the hotel, Ben pulls us aside and remarks: “Sir, you are from Malaysia, a multiracial country and your prime minister spoke at
the United Nations about moderation.”

Then, without pausing, he comes up with the clincher: “Does your country face the same problems my country is facing?”

We were stumped for an answer.- R. Nadeswaran,theSundaily, believes that sometimes, laughter is the best medicine. 

Nurul Izzah Sah Bercerai Dengan Talak Satu.
Story kat SINI atau SINI  

Bas Persiaran Terbakar dekat Tapah, 8 terkorban...
Story kat SINI dan SINI  



cheers.

No comments:

Post a Comment