Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya negara kini menuju ke arah "Talibanisasi".
Mohd Asri mempertikaikan tindakan Jais itu yang dikatakan akan menyebabkan imej Islam tercemar. "Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini.
"Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Asri juga mengkritik tindakan Jais sebagai tidak bijak yang kemudian akan menimbulkan pelbagai salah sangka di kalangan masyarakat di Malaysia.
"Ini semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga umat Islam sendiri.
"Ia sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri sendiri," katanya.
Pendakwah terkenal itu juga mempersoalkan keperluan Jais untuk menyerbu pada ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung dan tidak memanggil dan menyiasat sebelum itu.
"Sepatutnya Jais boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak buat," katanya.
Beliau berkata, Jais sepatutnya menyelesaikan perkara tersebut secara profesional dan bukan dengan menyerbu secara melulu. "Agama ini bukan satu paksaan, sepatutnya mereka (Jais) panggil dengan cara baik dan siasat lebih awal, ini bukan zaman paksaan lagi," katanya.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyarankan agar isu mengenai mualaf di mana ibu bapa memeluk Islam diteliti semula memandangkan situasi ketika ini sudah berubah.
"Pada zaman dulu, orang keluar Islam sebab ada elemen pengkhianatan dan dalam mana-mana undang-undang memang hukumannya keras, bukan sahaja di dunia Islam tapi agama Kristian pun ada hukumannya.
"Tapi sekarang ini kita berdepan suasana baru dan memerlukan ijtihad baru serta pandangan baru dalam hal ini. Kita kena lihat balik faktor-faktor ini untuk melihat dalam suasana lebih matang tentang masalah bukan Islam yang emak dan bapa peluk Islam," katanya.
Beliau berkata, zaman dahulu hukuman kepada mereka yang keluar Islam adalah berat, zaman moden sekarang berbeza sama sekali kerana setiap negara berwilayah.
"Suasana sudah tidak sama pada zaman awal dahulu kerana dahulu orang peluk Islam atas kerelaannya dan kemudian keluar, ini seakan-akan ada elemen pengkhianatan.
"Zaman dulu juga tidak ada negara bersempadan, tapi yang membezakannya hanya pegangan akidah. Apa yang membezakan dengan yang sekarang adalah wilayah ada negara, ada kad pengenalan dan pasport," katanya.
Asri berkata, isu melibatkan kes mualaf ini perlu dibincang supaya selari dengan konteks zaman moden sekarang. "Kita kena bincang pandangan yang lepas supaya ia kena dengan konteks zaman moden," katanya.
Peguam, Syahredzan Johan menyifatkan situasi ini berlaku berpunca daripada isu hak penukaran agama sehala.
"Isu sekarang adalah 'unilateral conversion', apabila seorang sahaja bapa atau emak mempunyai kuasa untuk menentukan agama anak-anak yang belum mencapai umur majoriti, ini yang berlaku sebenarnya," kata Syahredzan kepada The Malaysian Insider.
Syahredzan berkata, kajian dan penelitian mendalam mengenai isu tersebut perlu dikaji bagi mengelak ia lebih berleluasa.
"Jadi sebab itu, ramai mengesyorkan kalau dalam situasi ini apa yang perlu dilakukan dalam menentukan agama adalah ia mesti diputuskan secara bersama kedua-dua ibu dan bapa. "Saya percaya kalau kita mengikut fungsi kedua-dua ini, masalah yang timbul ini mungkin tidak berleluasa," katanya.
Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, isu kes serbuan perkahwinan oleh Jais berpunca daripada isu pentadbiran dan tidak melibatkan sentimen keagamaan.
"Perkara seperti ini perlu diselesaikan supaya tidak timbul kekeliruan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Maszlee juga membidas Jais kerana mencemarkan imej Islam di mata masyarakat apabila bertindak melulu.
"Jais sepatutnya buat kajian terperinci dahulu, mereka kena lihat kesan persepsi umum.
"Mereka kena berhati-hati dan perlu banyak buat kerja rumah sebelum ambil suatu tindakan," katanya.
Ahad lalu, Jais menyerbu sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya dalam percubaan mereka untuk menghentikan majlis perkahwinan di mana pengantin perempuannya adalah seorang yang dipercayai beragama Islam.
Kontroversi tersebut menimbulkan reaksi kurang senang penganut Hindu dan pertubuhan bukan kerajaan mengecam keras tindakan tersebut.
Tindakan Jais itu juga mengganggu majlis perkahwinan dan menyebabkan pasangan pengantin tersebut mengalami kerugian.
Pengantin perempuan itu, Zarinah Abdul Majid dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider berkata, beliau berulang-alik ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuang perkataan "Islam" di kad pengenalannya.
Zarinah mengakui tidak mengamalkan kepercayaan agama Islam.
Beliau berkata, ibu bapanya beragama Hindu ketika berkahwin pada 1980. Ayahnya bernama S Mahendran dan ibunya S Vasandamma.
Kemudian bapanya memeluk Islam dan menukar nama kepada Abdul Majid, bagaimanapun ibunya kekal menganut agama Hindu.
Disebabkan itu, katanya, beliau dan tiga adik beradik lain mempunyai status agama Islam dalam surat beranak dan MyKad.
Zarinah berkata, selepas kelahiran adik lelakinya pada 1990, ayahnya meninggalkan rumah dan tidak pernah kembali. -TMI
Jais acting like Taliban, says ex-Perlis mufti Asri
Adakah Jais akan siasat jika Idris Jala masuk gereja (If an Idris Jala goes to church, will Jais act on it)...
Serbuan ke sebuah kuil di Petaling Jaya pada Ahad jelas menunjukkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menghormati rumah ibadat bukan Islam, kata ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata adalah melucukan jika Timbalan Ketua Pengarah Jais Ahmad Zaki Arshad mendakwa nama pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal mirip kepada orang Islam sedangkan nama tersebut digunakan secara meluas di serata dunia.
“Ramai bukan Islam terutamanya dari Sabah dan Sarawak mempunyai nama mirip kepada orang Islam. Sebagai contoh Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala mempunyai nama seperti orang Islam walaupun beliau sebenarnya adalah penganut Kristian Kelabit dari Bario, Sarawak.
“Adakah Jais akan menyiasat seseorang dengan nama Idris Jala jika seseorang membuat laporan individu itu hadir ke mana-mana gereja di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaki berkata kepada The Malaysian Insider pada Selasa, jabatannya tidak akan menghukum seseorang hanya kerana memiliki nama Islam.
“Sebagai contoh, jika Rafael Nadal datang ke Malaysia dan pergi ke gereja, kami perlu siasat kerana dia mempunyai nama Islam. Jadi jangat cepat membuat kesimpulan,” katanya merujuk kepada pemain tenis nombor satu dunia itu.
Ong mempersoalkan apakah salah umat Islam melawat gereja, kuil atau tokong semasa perayaan atau sebarang majlis sambutan.
Katanya, serbuan Jais dan kenyataan Zaki jelas menunjukkan kegagalan mereka memahami sensitiviti bukan Islam di Selangor dan berlebihan dalam menyiasat laporan sedemikian.
“Baru-baru ini terdapat rakan media yang mengadakan perkahwinan di sebuah gereja di Subang Jaya dan turut dihadiri rakan Melayu. Adakah Jais juga akan menyerbu dan mengganggu perkahwinan ini?
“Adakah bukan Islam di Selangor sekarang dilarang menjemput kawan Melayu ke majlis perkahwinan atau perayaan yang diadakan di rumah ibadat bukan Islam?” soalnya.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Jais selepas rampasan Bible dan serbuan ke sebuah gereja di Petaling Jaya pada 2011 hanya menambahkan persepsi masyarakat bukan Islam di Selangor dibelenggu.
Katanya, hubungan antara etnik juga akan bertambah teruk yang bukan hanya berlaku di Selangor tetapi di Malaysia secara keseluruhannya.
Zarinah Abdul Majid, pengantin perempuan yang terlibat dalam serbuan Jais pada Ahad berkata sejak tujuh tahun lalu, dia berulang-alik ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuang perkataan “Islam” di kad pengenalannya.
Katanya, ajaran Islam sememangnya tidak diamalkannya selain mendakwa kerugian ribuan ringgit untuk membayar peguam tetapi semuanya tidak berhasil.
“Saya sudah tidak takut lagi. Saya sudah bosan dan tidak boleh tunggu lebih lama. Usia saya sudah meningkat dan saya mahu keluarga saya sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Zarinah, 32, seorang pekerja kilang diikat “thali” di leher oleh kekasihnya selama tujuh tahun dalam satu upacara perkahwinan Hindu di Petaling Jaya.
Beliau menjemput 400 tetamu dan membelanjakan lebih RM30,000 untuk majlis tersebut.
Tetapi majlis perkahwinan itu tidak berjalan seperti dirancang apabila penguatkuasa Jais yang ditemani pegawai polis menahannya untuk menyoal tentang status agamanya.
“Kebanyakan tetamu saya terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati,” katanya. - tmi
If the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) received information that someone with the name of Idris Jala is attending a church somewhere in the state, would it investigate, a DAP lawmaker has asked.
Serdang MP Ong Kian Ming, referring to Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala, today criticised deputy director-general of Jais Ahmad Zaki Arshad for his ignorant remarks in justifying the disruption of a Hindu wedding ceremony on Sunday.
Ahmad Zaki had reportedly justified the raid on a Hindu temple in Petaling Jaya by saying that if Spanish tennis player Rafael Nadal came to Malaysia and entered a church, Jais would have to probe into it because he has a Muslim name.
Ong said it was ludicrous for Ahmad Zaki to say that Rafael Nadal was a Muslim name as neither Rafael nor Nadal were names widely used by Muslims.
"To use Nadal's name as an example of a Muslim name clearly shows Ahmad Zaki's ignorance," Ong said in a statement.
"There are many non-Muslim Malaysians, especially those from Borneo, who have Malay/Muslim names.
"Idris has a Malay-sounding name although he is a Christian Kelabit from Bario in Sarawak.
"Will Jais investigate if they received information that someone with the name of Idris Jala is attending a church somewhere in Selangor?"
Ong also said Jais’s actions have further strengthened the perception that non-Muslims in Selangor were under siege.
He said Jais has clearly failed to take the sensitivities of the non-Muslims in Selangor into account.
“Jais should respect the sanctity of non-Muslim places of worship and seek approval from the state government first before acting on cases involving non-Muslims.”
Ong said Jais was overzealous when disrupting the wedding ceremony of 32-year-old bride Zarinah Abdul Majid at a Hindu temple.
Jais officers had interrupted the wedding after receiving reports that factory worker Zarinah could be a Muslim.
Checks on Zarinah's MyKad showed that she was Muslim and Jais officers took her away for questioning.
However, the bride said her father, who had abandoned her family, had registered her as a Muslim but she grew up as a Hindu.
Questioning whether Ahmad Zaki's justification for the weekend intrusion meant that Jais would probe into any incident where Muslims were at a non-Muslim place of worship, Ong asked: "Is it wrong for a Muslim to visit a church or a Chinese or Hindu temple? Especially during festive occasions or celebrations?
"Does this mean that non-Muslims in Selangor should stop inviting their Malay friends to weddings or any events held in non-Muslim places of worship?
"Perhaps Muslim politicians in Malaysia should stop attending any functions in non-Muslim places of worship because it can be interpreted as an act of proselytisation," Ong added.
Jais has come under fire since its raid on the Hindu temple. Yesterday, former Perlis mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin described Jais as being akin to the Taliban.
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, too, rebuked Jais and told the state religious body to refer to the Quran.
Selangor’s Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988 outlines offences deemed as acts of proselytisation by non-Muslims towards Muslims, and grants Jais the power to launch investigations and arrest individuals without a warrant. - tmi
cheers.
No comments:
Post a Comment