Memetik peguam yang pernah terlibat dalam insiden lain sebelum ini, The Guardian melaporkan, ketiadaan maklumat menjadi misteri yang cenderung menyokong tanggapan berlakunya kesilapan.
“Jika pesawat dalam keadaan terkawal, ia sudah tentu akan dikesan radar atau komunikasi radio.
“Kelompongan maklumat ini mencadangkan terdapat kegagalan besar dan ia berlaku secara tiba-tiba,” kata Steve Marks, peguam di firma Amerika Syarikat Podhurst Orseck, yang mewakili keluarga mangsa dalam insiden SilkAir (1997) dan Air France (2009).
Marks dilapor meragui maklumat yang dikeluarkan Malaysia.
Penyelamat China temui objek terapung...
Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MB370.
Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.
Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.-malaysiakini
Nelayan jumpa rakit getah di Selat Melaka...
Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.
Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.
"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.
"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.
Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.
Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan. –HM
Fishermen find damaged life raft...
Fishermen have discovered a life raft with the word "Boarding" about 10 nautical miles from Port Dickson, which could have come from MH370.
The New Straits Times reported that the discovery was made at 12 noon.
One of the fishermen, Azman Mohamad, 40, said when the fishermen spotted the badly damaged raft floating, they immediately alerted the Kuala Linggi Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) in Malacca.
They were unable to lift the raft as it was very heavy.
"We managed to tie it to our boat as we feared it would sink due to the damages," he said.
However, a Kuala Linggi MMEA spokesperson said the raft sunk into the sea while MMEA officers were trying to bring the raft onboard.
Earlier, a Chinese rescue vessel had retrieved a floating object from the sea and there appears a possibility it could be from MH370.
The object, according to China's Xinhua news agency, was found at the location over which the plane is said to have possibly disappeared in the early hours of Saturday morning, with 239 people on board.
Xinhua this morning tweeted a picture of two men, said to be from one of the Chinese ships that arrived at the site, trying to fish an orange object from the sea with long sticks.- malaysiakini
Ini adalah bait-bait ayat yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan Melayu...
“MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination. We’ll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land. The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm. Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do.”
“MH370,
Kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu.”
cheers.
bodoh tak habis
ReplyDeletegeng satu keluarga mstila backup keluarga. marila membantu bkn komenje.huraikan dendam. cukup2 la. demi bangsa dan negara.
ReplyDelete