UMNO tak mampu lagi fahami humor politik, tapi pasai angkara PR, laju polis bertindak...
Kenyataan Menteri Umno serta konco-konco Umno yang memutarbelitkan isi kandungan
klip video Tahun Baru Cina “One-derful Malaysia” menunjukkan kebankrapan
modal politik Umno.
Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menteri kemajuan luar bandar dan Wilayah; Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-Umno yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik Umno-BN.
Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humor politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.
Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:
Tak sebut insiden Lahad Datu
Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah tanpa menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu.
Malah tiada apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.
Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.
Tuduhan Shafie terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya.
Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia.
Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang menteri persekutuan yang berasal dari Sabah.
Tiada nama pemimpin negara disebut
Bagaimana pemimpin Umno dan konco-konco mereka boleh mencipta perkara yang tak wujud?
Tuduhan bahawa saya memalukan perdana menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya.
Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka?
Isu video Tahun Baru Cina Teresa Kok: Empat NGO buat laporan polis...
Tak sentuh isu kaum atau rendahkan martabat Melayu
Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-Umno yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan Umno akan dituduh sebagai “menghina” Melayu, seolah-olah hanya Umno yang mewakili semua orang Melayu di negara ini.
Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah tuduhan palsu.
Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. “Ma Lai” (马来) dalam Mandarin bermaksud “kuda datang”, “sai lei ah” (犀利啊)dalam Kantonis bermaksud “sangat hebat”.
Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu.
Saya harap kumpulan pro-Umno yang membuat tuduhan palsu itu agar segera bertaubat kerana ia boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Dan jika boleh, selidik dahulu Bahasa Mandarin dan Kantonis sebelum membuat tuduhan tak berasas yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. Seperti kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, tentu kena muka sendiri.
Apakah Umno cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?
Isi kandungan klip video ini telah membayangkan beberapa isu semasa di negara kita yang dibimbangi oleh rakyat.
Umno sebagai parti utama dalam BN haruslah bertanya diri sendiri sama ada isu-isu yang disebutkan dalam klip video itu benar ataupun tidak, dan bukan dengan memutarbelitkan isi kandungan klip video tersebut dengan memainkan isu perkauman.
Sanggupkah Umno menafikan pandangan dan sentimen rakyat terhadap mesej yang dibangkitkan dalam klip video “Onederful Malaysia” tersebut?
Ramai orang Melayu sendiri sudah sedar tentang pembohongan Umno-BN. Kerana itulah lebih 50 peratus rakyat Malaysia termasuk orang Melayu telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap penulis blog dan pemimpin BN?
Sekumpulan orang termasuk Ali Tinju, ketua 'penari tonggek punggung' dilaporkan membuat laporan polis terhadap YB Teresa Kok, kerana didakwa telah menghina dan memperli pemimpin negara melalui videonya... Kalu Ali tonggek punggung kat orang OK kot...
Isi kandungan klip video “Onederful Malaysia” adalah satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.
Satira politik merupakan humor yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.
Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini?
Malah, lebih jauh dari itu, mengapa penulis blog Umno yang membuat cerita palsu kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa dia mencabuli kehormatan seorang gadis bawah umur, tidak dikenakan tindakan?
Selain itu, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membuat kritikan yang amat tidak sensitif terhadap calon wanita PAS di pilihan raya kecil Tenang bahawa beliau tidak berjabat tangan dengan lelaki?
Penulisan dan kenyataan tersebut yang menyakiti hati pemimpin Pakatan tidak disiasat tetapi sekarang pihak polis dan kerajaan ingin mengambil tindakan untuk menyiasat satu klip video lawak jenaka yang menyindir isu semasa, bukankah ini membayangkan “double standard” pihak kerajaan dan PDRM?
Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan menjadi produser klip video satira politik yang pertama diambil tindakan.
Ini sudah tentunya merupakan “penindasan politik” dan “pendakwaan secara terpilih”.-malaysiakini
Sila tonton video tersebut...
Teresa Kok - UMNO is incapable of enjoying or understanding political humour
'Like father like son', Kedah PAS says of Mukhriz...
Kedah PAS is unmoved over the recent threat by Menteri Besar Mukhriz Mahathir to expose “questionable project files” found under the previous Pakatan Rakyat government if the coalition continue to undermine the good reputation of his administration.
Pakatan ruled Kedah, dubbed the ‘rice bowl of Malaysia’, for a term, from March 8, 2008 to May 5, last year, under the late menteri besar Azizan Abdul Razak.
“Please do it. If there are problems, corruption, don’t cover it up,” said state PAS commissioner Mahfuz Omar (left) at a ceramah in Alor Setar last night attended by about 2,000 people, mostly from the padi farming community.
Opposition leader and PKR supremo Anwar Ibrahim also attended the ceramah, accompanied by MPs Gooi Hsiao Leung (Alor Setar) and Johari Abdul (Sungai Petani), as well as rice farmers from BelaTani and Badan Bertindak Pesawah Padi Malaysia.
“The MB’s attitude will destroy Kedah because he issues threats when he is being challenged or questioned. This is dangerous,” the Pokok Sena MP quipped.
Mahfuz alleged that Mukhriz’s style of managing critics is no different from his father, former premier Dr Mahathir Mohamad, who was in office for 22 years until he resigned in October 2003.
He claims that just like his father, Mukhriz will hold his state executive councillors to ransom by keeping secret files on their misdeeds, so that he can use them to control his subordinates.
“So that no one will challenge him, all the state exco members will obey him because if they challenge him, he will expose their files,” said Mahfuz.
“This means that those under him can be involved in corruption as long as they do not question him,” Mahfuz added.
Mahfuz then said Pakatan’s approach was different, as the coalition will continue to expose cases of corruption in BN despite the threats from Mukhriz.
“We are confident that the previous government under us was clean, did not abuse its powers to seize the people’s rights,” Mahfuz said.
“So don’t hide anything, please expose everything. We have faith that our leaders are clean,” he added.
“We are not interested in people’s personal affairs but we will expose any kind of corruption, if any, in the present government,” he stressed.
‘Time to consider opening old files’
Mahfuz was responding to Mukhriz’s comment in Utusan Malaysia on Jan 31, where he was quoted as saying that he will not hesitate to disclose problematic files under the previous PAS government.
He cited files related to a logging project in Tasik Pedu and the building of Kedah’s state-funded Kolej Universiti Insaniah (Kuin), which was then often highlighted in the media for its poor management, staff and students’ unhappiness.
“It is time to consider opening these old files on Pedu and Kuin, a lot has happened under Kedah PAS’ administration. I thought we do not have to talk about the past,” he said in the Malay daily.
“But if they want to show that they are clean and we are dirty, we can easily show proof that for the past five years, there were many incidents of misappropriation (penyelewengan),” Mukhriz had claimed.
Mukhriz made the remarks after being questioned by state opposition leader Amiruddin Hamzah, who lodged reports in the Malaysian Anti-Corruption Commission and Bursa Saham over the state’s decision to settle a breach of contract suit for RM2.5 million involving Bina Darul Aman Berhad (BDB)
Amiruddin (right) had said that the state had a good chance of winning the five year old case questioning why Mukhriz had decided instead to settle it out of court with such a huge sum of money.
The Kedah government holds the largest share in BDB, which is currently chaired by Mukhriz, who took over the MB seat from PAS last year, added the former state executive councillor.
In 2009, BDB sued a logging concessionaire for breach of contract after the latter asked for an extension of time to log the forest where the 74.5 km TEKIH (Trans-Eastern Kedah Interland Highway) being built from Durian Burung to Kupang.
The PAS government had cancelled the contract when it took over Kedah in 2008 as BDB’s core activities do not include logging.
Mukhriz had justified the move, saying that the settlement was meant to speed up the court proceedings, and that the amount paid was “appropriate and effective”, adding that Kedah had more to lose if the matter had been prolonged in court.- malaysiakini
Anwar di Kajang...
No comments:
Post a Comment