20 February 2014

Lagi duit rakyat dilacurkan dan Mesjid terapung dah tak terapung...


Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Walaupun ada peningkatan dalam perolehan sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012,Namun tidak dapat menampung perbelanjaan serta kerugian pertukaran mata wang asing(kejatuhan nilai ringgit M`sia)..

Lazimnya bila perbelanjaan melebihi pendapatan sebuah syarikat itu menuju kebangkrapan..


Ironinya syarikat penerbangan lain mencatatkan keuntungan dan berupaya menambah pesawat,tetapi kenapa syarikat penerbangan negara mengalami kerugian yang amat teruk begini??-f/bk


ADAKAH KERANA ADA PENYAMUN DI DALAM SYARIKAT?? ATAU KERANA ADA BAILOUT DARI KERAJAAN KERANA STATUS SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA??


Tony Fernandes terkejut MAS rugi RM1.17 bilion...

Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar).

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.

"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.

"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.

 "Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok," katanya.

Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk  Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.

Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.

MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.

Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta. – tmi

AirAsia boss gloats over MAS losses...

Malaysia Airlines’ (MAS) damning losses of more than RM1 billion in its 2013 financial year has given rival AirAsia Group chief executive officer Tony Fernandes reason to gloat.

In a series of Twitter posts, Fernandes said MAS has suffered massive losses despite government support, unlike his budget airline AirAsia.

On top of that, he said, AirAsia has done “amazing” despite “roadblocks” placed by agencies like Malaysia Airports Holdings Bhd, by way of higher airport fees.

‘AirAsia Allstars, take a bow. Malaysia Airlines lost over a billion. Malaysia Airports (Holdings Bhd) delay(ed) terminal by three years. Yet still great results,’ he tweeted, referring to the AirAsia team.

‘I wonder if it's fair that Malaysia Airlines can lose so much money and protect its market share. 
Can only do that with taxpayers money.

‘And while Malaysia Airports spends double what it should. Imagine if it spent what it originally said, airport tax could have been lowered.’

AirAsia has been at loggerheads with Malaysia Airports over the further delay in opening the KLIA2 low-cost carrier terminal. AirAsia claims that it could have built the terminal at a lower cost and completed it at a faster rate.

‘Higher airport tax in Kota Kinabalu?’

Continuing his rant against the airport operator, Fernandes tweeted that no support has been given to the Kota Kinabalu low-cost terminal, Terminal 2.

Instead, Malaysia Airports has insisted that AirAsia move to Terminal 1 - a decision which could double airport fees and affect the budget carrier's ticket prices, he said.

This is despite AirAsia being a precursor for “booming” tourism in Sabah.

‘If we move, Sabahans have to pay double airport tax. Makes toll rise look like a walk in the park. So we fight. So that sabahans can dream,’ reads his tweet.

‘We have allowed Sabahans to fly to places they never dreamt before be through low fares. And having a low cost terminal.’

MAS yesterday announced that its losses have deepened to a whopping RM1.2 billion.

But it plans to purchase up to 100 Airbus and Boeing passenger aircrafts in a turnaround effort, and is awaiting government approval.

MAS and AirAsia's controversial share-swap deal in 2011 unraveled in 2012.

Although Fernandes later said he was “glad” that the deal was unwound, critics said the deal had mostly benefitted AirAsia rather than the already failing MAS.

Among others, AirAsia benefitted from reduced competition when MAS' budget airline Firefly cut several routes.- malaysiakini


Three things about: Malaysia Airlines’ massive losses 

Mesjid terapung tak terapung lagi...

Umno bina mesjid terapung di penang konon untuk menarik pelancung.....kini masjid tidak terapung lagi dah.

Sejak baru-baru ini, air di bawah Masjid Terapung Tanjung Bungah didapati keruh dan kotor sebab air laut ini ditakung oleh beting pasir di persekitaran masjid.

Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari telah turn ke Masjid Terapung untuk meninjau keadaan dan masalah yang dihadapi.




Bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dua buah terusan 20 meter akan digali supaya air yang tersangkut boleh mengalir kembali ke lautan. Bermula pada Khamis ini, ia dijangka akan mengambil empat atau lima hari untuk disiapkan.

JAS dan JPS juga akan mengendalikan kajian sebagaimana takungan air ini boleh berlaku dan akan mengesyorkan tindakan proaktif untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku pada masa depan.- f/bk



The Penang Second Bridge, which connects Batu Kawan on the mainland and Batu Maung on the island. The 24km bridge is the longest bridge in Southeast Asia. Jambatan ke-2 Pulau Pinang akan mula beroperasi mulai 1 Mac 2014...

Baca di sini



cheers.

No comments:

Post a Comment