Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said menafikan dakwaan ketua
polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok ketika
polis mengunjungi kediamannya pada malam tadi.
Sasterawan negara itu berkata beliau berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam.
Tegasnya, dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok adalah "cakap-cakap angin untuk menyebar citra buruk" terhadap dirinya.
"Saya ada di rumah semalaman. Tiada siapapun yang datang. Ya, saya ada di rumah terus-terusan. Tiada (polis) yang rasmi (datang).
"(Dakwaan) ini khabar angin untuk menyebar citra buruk kepada saya,"kata tokoh sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Beliau juga bertegas untuk tidak menyerah diri sekiranya polis tidak mengeluarkan sebarang perintah rasmi.
"Saya fikir IGP bercakap depan wartawan. Tidak ada surat rasmi, minta (secara) rasmi untuk (saya) menyerah diri.
"Saya tidak bersedia untuk menyerah diri, kalau cakap-cakap luar sahaja. Saya fikir (jika) dipanggil, mesti ada hitam putihnya. Saya tidak tertakluk kepada cakap di luar-luar sahaja," katanya.
A Samad berkata beliau sedia untuk membantu siasatan sekiranya surat rasmi supaya beliau berbuat demikian diserahkan kepadanya.
A Samad yang mesra dipanggil Pak Samad mengulas kenyataan Khalid yang meminta beliau menyerah diri membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.
Khalid mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.
Dua orang aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim ditahan pada malam tadi dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 atas perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya malam sambutan ambang kemerdekaan itu.
Kedua-duanya dibebaskan pagi ini.
A Samad dilaporkan sedang berucap ketika bendera kontroversi tersebut dikibarkan dalam kejadian berkenaan.
Ekoran itu NGO Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dilapor meminta kerajaan mempertimbangkan supaya menarik kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara yang diberikan kepada A Samad.
Manakala pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berkata tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.-malaysiakini
Sasterawan negara itu berkata beliau berada di rumah semalaman semalam dan tiada siapa pun termasuk anggota polis datang ke rumahnya semalam.
Tegasnya, dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau menyorok adalah "cakap-cakap angin untuk menyebar citra buruk" terhadap dirinya.
"Saya ada di rumah semalaman. Tiada siapapun yang datang. Ya, saya ada di rumah terus-terusan. Tiada (polis) yang rasmi (datang).
"(Dakwaan) ini khabar angin untuk menyebar citra buruk kepada saya,"kata tokoh sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Beliau juga bertegas untuk tidak menyerah diri sekiranya polis tidak mengeluarkan sebarang perintah rasmi.
"Saya fikir IGP bercakap depan wartawan. Tidak ada surat rasmi, minta (secara) rasmi untuk (saya) menyerah diri.
"Saya tidak bersedia untuk menyerah diri, kalau cakap-cakap luar sahaja. Saya fikir (jika) dipanggil, mesti ada hitam putihnya. Saya tidak tertakluk kepada cakap di luar-luar sahaja," katanya.
Sedia bantu siasatan
A Samad yang mesra dipanggil Pak Samad mengulas kenyataan Khalid yang meminta beliau menyerah diri membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.
Khalid mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.
Dua orang aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim ditahan pada malam tadi dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 atas perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya malam sambutan ambang kemerdekaan itu.
Kedua-duanya dibebaskan pagi ini.
A Samad dilaporkan sedang berucap ketika bendera kontroversi tersebut dikibarkan dalam kejadian berkenaan.
Ekoran itu NGO Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dilapor meminta kerajaan mempertimbangkan supaya menarik kembali gelaran tokoh Sasterawan Negara yang diberikan kepada A Samad.
Manakala pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berkata tokoh itu sepatutnya sensitif dengan perjuangan orang terdahulu daripada beliau yang berusaha memperoleh kemerdekaan untuk negara.-malaysiakini
Sastrawan Negara Pak Samad diburu polis...
Polis meminta sasterawan negara Datuk A Samad Said menyerah diri kepada pasukan itu untuk membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.
"Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.
"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.
Katanya, polis cuba mengesan A Samad selepas menahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli pada ham 8.40pm pada malam tadi di Kampung Baru.
Polis menjalankan siasatan ke atas dua aktivis berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.-malaysiakini
Yang mana lebih dikatakan tak patriotik? mengibar bendera Sang Saka atau memberi MyKad kepada pendatang haram Indon,Myanmar dan Bangla...
Mengapa mereka kibar “Sang Saka Malaya”...
Dua aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 di Dataran Merdeka dibebaskan awal pagi ini.
Malam tadi, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut akta itu.
“Tuduhan kibar bendera Sang Saka di bawah Akta Hasutan. Polis datang geledah rumah. Bebas di rumah jam 3 pagi dengan seorang penjamin. Tunggu siasatan sama ada ke mahkamah atau tidak,” kata Hishamuddin dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider awal pagi ini.
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Hishamuddin menjelaskan bendera Sang Saka Malaya dikibarkan kerana suasana politik tanah air pada ketika ini, mirip kepada keadaan Malaya sebelum penjajah British melancarkan Darurat pada tahun 1948.
“Ini kerana suasana sejak 2008 pada hemat saya sebagai seorang pemerhati politik sama seperti suasana pada ketika Putera-AMCJA, maka Sang Saka dikibarkan,” katanya merujuk kepada dua gabungan politik kiri terbesar di Malaya sebelum penjajah British menghancurkannya pada tahun 1948; Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action yang beliau anggap hampir menyamai gabungan politik PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Apabila mereka melancarkan Perlembagaan Rakyat, mereka juga melancarkan Sang Saka sebagai bendera kepada Tanah Melayu merdeka. Bila saya cakap tentang Tanah Melayu merdeka itu Tanah Melayu merdeka bersama-sama Singapura.”
Menurut Hishamuddin, Putera-AMCJA ditakuti British pada ketika itu kerana gabungan itu mahukan Malaya (nama Semenanjung Malaysia sebelum 1963) merdeka 100 peratus dan kepentingan penjajah itu akan hilang jika dibiarkan menang.
“Salah satu clause fasa yang ada dalam Perlembagaan Rakyat yang saya anggap paling penting untuk saya ialah, ‘sesiapa sahaja yang menganggap Tanah Melayu ini sebagai tanah tumpah darahnya mereka akan ditakrif sebagai Melayu.’
“Ini adalah satu klausa yang radikal pada 1947. Iaitu kita menerima Cina, kita menerima India, kita menerima sesiapa saja. Kalau dia hendak duduk berpayung di Persekutuan Tanah Melayu ini maka dia akan dianggap Melayu, dianggap Malayan. Tapi konsep ini menakutkan penjajah British ketika itu,” katanya.
Semalam Polis Kuala Lumpur menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu Bernama, pasukan khas itu akan menyiasat insiden itu daripada pelbagai sudut dan membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.
Selain itu, tiga buah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Hishamuddin berhubung insiden mengibarkan bendera itu.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang ketika negara meraikan sambutan kemerdekaan sebagai tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan rakyat.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya pula berkata perbuatan itu menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.
“Mana lebih tidak patriotik? Meruntuhkan Stadium Merdeka, meruntuhkan Stadium Negara tempat yang mempunyai sejarah merdeka adakah itu langkah patriotik?
“Mereka lupa, bendera rasmi United Malay National Organization itu Sang Saka. Bendera rasmi parti PAS itu Sang Saka. Bendera Singapura ini Sang Saka. Bendera daripada Indonesia itu Sang Saka. Sang Saka ini memang dari dulu bendera kepulauan Nustantara,” kata Hishamuddin.-malaysian insider
Pak Samad - I wasn't hiding, I was at home...
Contrary to Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar's accusation that he went into hiding, national laureate A Samad Said has claimed that he was at his house yesterday.
Speaking to Malaysiakini, he said that no policemen had turned up at his doorstep. He also took the police chief to task for "spreading false news to discredit him".
"I was at home the whole day, and nobody came (looking for me)," he added.
Samad was responding to Khalid (left), who urged the national laureate to surrender in order to facilitate investigation into the action of those who flew the "Sang Saka Malaya" flag near Dataran Merdeka last Friday.
The police chief claimed that Samad had "gone into hiding" when police mounted an operation to track him.
On Khalid's request that he surrenders, the national laureate said he would not do so as and unless the police furnish him with an official letter.
"I think the IGP was just talking to reporters. There is no official letter asking me to surrender.
"I am not prepared to surrender if it is only based on impromptu comments. If I am to be called in for questioning, I need it in black and white," he added.
This morning, activists Hishamuddin Rais and Adam Adli Abdul Halim were released after being arrested last night under the Sedition Act over the flying of the "Sang Saka Malaya" flag.
The flag, which has a white stripe, a red stripe and 12 yellow five-pointed stars, was first raised in 1947 by leftist independence movement group Putera-AMCJA.
The police had last year investigated other activists under the same Act for flying the flag at other events, but no one was charged.- malaysiakini
IGP: Pak Samad 'hiding' from cops...
National laureate A Samad Said has been urged to surrender to the police to facilitate investigations into the unfurling of the Sang Saka Malaya flag near Dataran Merdeka on Aug 30, the eve of Merdeka Day.
Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar (left) claimed that Samad was "hiding" when police went looking for him last night.
He said this was done after activists Hishamuddin Rais and Adam Adli Abdul Halim were arrested at 8.40pm yesterday in Kampung Baru, to assist investigations under the Sedition Act 1948.
They were released about 3am today.
"If you dare to challenge the law, you have to bear the consequences," Khalid told a press conference after attending an event at Universiti Islam Antarabangsa in Gombak today.-malaysiakini
Hishamuddin, Adam detained...
Political activist Hishamuddin Rais and student activist Adam Adli were arrested and detained at the Dang Wangi District Police Headquarters last night to facilitate investigations on the flying of a flag created by irresponsible quarters during the 56th Merdeka Day celebrations at Dataran Merdeka.
Kuala Lumpur CID chief Ku Chin Wah confirmed the incident to Bernama and said the duo were detained under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948 and Section 505 (b) of the Penal Code.
The incident occurred last Friday, when a group flew the flags to purportedly replace the Jalur Gemilang, on the night of the 56th independence celebrations at Dataran Merdeka.
Prior to this, Kuala Lumpur police chief Mohmad Salleh had announced the setting up of a team to investigate the incident.-Bernama
0.20sen saja
Bung Moktar lupa kot
cheers.
No comments:
Post a Comment