08 April 2013

Najib ceduk 22 idea dari Pakatan Rakyat...



BN menciplak 22 idea yang sama dari Pakatan Rakyat mengesahkan Manifesto Harapan Rakyat realistik, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Mereka selama ini kata tawaran kita akan bankrapkan negara. Bila dia buat perkara yang sama itu membuktikan kira-kira kita betul,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily mengulas dakwaan BN mengatakan Manifesto Pakatan tidak realistik.

Manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu menawarkan penurunan harga kereta sehingga 20 hingga 30 peratus sama seperti dibentangkan Pakatan dalam manifesto yang diumum enam minggu lebih awal.

BN turut menciplak idea untuk memberi permit individu kepada pemandu teksi, peruntukan khas kepada semua jenis sekolah dan banyak lagi.

“Sebelum ini BN kata Manifesto Pakatan tidak realistik kerana kononnya tidak ada asas kewangan dan kira-kira kita akan bankrapkan negara.

“Kemudian, bila kira-kira kita betul, ia mengesahkan program yang kita tawarkan realistik, malah semua program lain yang menggunakan kaedah kira-kira yang sama pun realistik,” kata Rafizi.
“Ini juga menguatkan hujah Tun Musa Hitam bahawa melaksanakan tawaran Pakatan tidak akan memufliskan negara,” sambungnya.

Berikut senarai penuh 22 janji BN yang diciplak dari idea Pakatan Rakyat:

01. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
02. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
03. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
04. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
05. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
06. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
07. Memberikan permit teksi individu
08. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
09. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam

Senarai ini mengikut kenyataan Rafizi hari ini. – NS,keadilandaily.


PKR to exploit Najib's 'tactical error' over manifesto...

Najib Abdul Razak made a "tactical mistake" when he incorporated elements from the Pakatan Rakyat manifesto in the BN manifesto, according to PKR.

NONEIts director of strategy Rafizi Ramli said the nature of BN's manifesto now means that Najib can no longer claim that Pakatan's policies will bankrupt the nation.

"Before this, he had said our policies will bankrupt the nation. Now they have become do-able," he told a press conference at party headquarters today.

PKR intends to "fully manipulate" this fact while campaigning for general election, Rafizi (left) said.


He also said there are only "two or three new ideas" in the BN manifesto while the rest take a leaf from the Pakatan manifesto.

He also said he had issues with the lack of depth in BN's promises.

"In our manifesto, we give a clear timeline, with a clear cash flow and mechanism. All that is missing from BN's manifesto," he said.

"After five years if they reduce the toll prices by 30 sen, that can also be considered a promise fulfilled. Their promises are too general.”


NONERafizi said he and other party workers have worked hard to develop the policies and deliver information door to door to the public.

"I don't mind (the BN) using parts of manifesto. But there should be intellectual honesty about it. There should be a bipartisan acknowledgment about the ideas that came through our manifesto," he said.

If such acknowledgment had been made earlier, he added, the people could have benefitted from better policies "six or seven months" ago.-malaysiakini


Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan

(Report from Bloomberg)




 cheers.

No comments:

Post a Comment