30 April 2013

Lebih daripada 50,000 penyokong PR sambut Anwar di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang...








Lima hari lagi untuk mengundi, Pakatan Rakyat kembali ke Kolej Han Chiang untuk mendapatkan sokongan baru daripada ribuan rakyat Pulau Pinang agar diberi mandat baru untuk satu penggal lagi kepada kerajaan PR Pulau Pinang selepas 5 Mei ini.

Sokongan yang menggalakkan daripada orang ramai, yang meningkat kepada lebih daripada 50,000 kira2 jassm 9.00pm ketika Anwar Ibrahim tiba, adalah satu petunjuk yang baik bahawa sokongan untuk Pakatan dari bukan Melayu masih kuat.


Jalanraya penuh sesak dengan kenderaan dan semua jalan ke arah Kolej Han Chiang dipenuhi kenderaan mengakibatkan 'traffic jam' berkilometer panjangnya. Tambah pula dengan masalah 'parking' di bahu2 jalan menyebabkan suasana menjadi kelam kabut.
 

Anwar telah di sambut dengan tepukan dan jeritan daripada ribuan orang yang hadir ketika beliau memberi ucapan.

"Jika kita lihat di sekeliling kita di Pulau Pinang, ia seolah-olah bahawa bendera 1Malaysia telah memenangi pilihan raya, tetapi pada 5 Mei, kita akan mengumumkan kemenangan kita," katanya disambut dengan tepukan dan jeritan yang membanggakan.

Beliau kemudiannya berulang janji Pakatan untuk mengurangkan harga petrol, menyediakan pendidikan tinggi percuma dan menghapuskan bayaran tol sekiranya Pakatan menguasai  Putrajaya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim (centre) being mobbed by supporters as he arrives at the Pakatan Rakyat grand ceramah in Han Chiang high school field, Penang April 29, 2013. – Picture by K.E. Ooi

Anwar kemundian bergegas untuk menghadiri ceramah di Permatang Pauh, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula berucap kira-kira 11.15pm dan disambut dengan tepukan dan jeritan kuat oleh orang ramai dalam suasana hujan lebat.

Katanya,"Kita tidak boleh memberi anda apa-apa percuma,tidak ada makanan atau minuman kecuali hujan percuma. Rakyat Pulau Pinang benar-benar berani untuk berkumpul di sini walaupun hujan, tidak takut ribut". "Ini Kalilah" laung Guan Eng dan orang ramai menjawab 'Ubah' dengan nada yang kuat.

"Kita mesti berani untuk berubah. Bukanlah mudah bagi kita memenangi Pulau Pinang. "Adakah anda akan memberi sokongan itu?" dan penonton menangis 'Ya!'.

Penasihat kanan DAP Lim Kit Siang tiba pada pukul 11.30 malam dengan tepuk sorakan lebih kuat daripada penyokong2 PR, yang kini sudah basah kuyup dalam hujan dan berdiri di atas tanah berlumpur.

Dalam ucapannya, Lim Kit Siang memaklumkan penyokong-penyokong Pakatan bahawa Pakatan hanya mahu Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Jika kita mahu Anwar menjadi PM, kita memerlukan tsunami politik dari utara ke selatan, timur ke barat, untuk mengatasi BN," kata Lim.

Guan Eng menyeru rakyat Pulau Pinang untuk membantu bapanya,Lim  untuk memenangi Gelang Patah dengan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Suruh kawan anda di Johor untuk tidak membuat sebarang kesilapan lagi dengan mengundi Kit Siang. Jika dia kalah, kita tidak mahu menjadi rakan anda lagi," katanya sambil bergurau, dan ketawa dengan kuat.

Tempat ini adalah tapak bersejarah bagi Pakatan di mana rakyat Pulau Pinang telah berhimpun secara besar-besaran sehari sebelum pilihan raya Mac 2008, sebagai permulaan untuk menewaskan kerajaan BN di Pulau Pinang pada masa itu.

Mereka melaungkan "Ubah" dan "Tolak Barisan" dengan penuh bersemangat.Dengan tiupan vuvuzelas yang begitu kuat telah meneggelamkan banyak ucapan2 ahli-ahli politik.


Pegawai parti mengumumkan bahawa sejumlah RM236,000 telah dikutip daripada derma kilat yang dilakukan.

Orang ramai yang hadir telah membuat keputusan mereka.


 Overwhelming response to mega 'Ubah' ceramah...
With five days more to polling day, Pakatan Rakyat returned to the Han Chiang College field to seek fresh support from thousands of Penangites to the state government for another term after May 5.

The overwhelming support from the crowd, which swelled to about 50,000 by 9pm when PKR supremo Anwar Ibrahim arrived, was a good indication that support for Pakatan from the non-Malays remains strong.

NONETo express further their support for Pakatan, Anwar, often touted as the seventh prime minister, was greeted with screams and cheers as he took to the stage to speak.

"If we look all around us in Penang, it seems that the 1Malaysia flags have won the elections, but on May 5, we will announce our victory," he said to loud and resounding applause.

He then repeated the Pakatan promises to reduce petrol price, provide free higher education and remove toll charges once the coalition assumes power in Putrajaya.

After Anwar left to attend a ceramah in Permatang Pauh, DAP secretary-general Lim Guan Eng arrived, about 11.15pm and was greeted by the pouring rain and frenzied screams from the crowd.

'No free food... only free rain'

"We can't give you anything free, no free food or drinks but only free rain. Penangites are really brave to stay on despite the rain, not afraid of storms. Ini kalilah (this time)," Guan Eng said and the crowd replied 'ubah' (change) loudly.

"We must be brave to change. It is not easy as we need to win Penang. Will you give us the support?" He asked and the audience cried 'yes!'.

NONEDAP senior adviser Lim Kit Siang arrived at 11.30pm to even louder cheers from the people, who were now soaked in the rain and standing on muddy ground.


In his speech, the senior Lim told the supporters that Pakatan only wanted Anwar as prime minister.

"If we want Anwar to be PM, we need a political tsunami from north to south, east to west, to overcome the BN," Lim said, shielded by an umbrella under the pouring rain.

Guan Eng urged Penangites to help Lim, his father, to win in Gelang Patah by giving their votes to Pakatan in Penang.

"Ask your friends in Johor not to make any mistake again by voting for Kit Siang. If he loses, we don't want to be your friend anymore," he jested, and laughed aloud.

The venue is a historical site for Pakatan as a similar massive crowd had gathered there a day before the March 2008 election, a prelude to the coalition ousting the BN state government in Penang.

In that election, DAP swept all the 19 seats it contested, PKR nine and PAS won one. The remaining seats were won by Umno while its BN allies - Gerakan, MCA and MIC – lost all seats they contested.

The college field, which can fit about 60,000 people to the brim, is also significant because the BN has tried to compete with the crowd size with a concert by Korean superstar Psy on Feb 11, which attracted about 40,000 people.

Prime Minister Najib Razak and his entourage of wife and children and ministers also attended the event.

However, Najib and the BN leaders were disappointed when a section of the crowd replied 'No' three times when the premier asked if they were ready for the BN to take over.

NONEOn nomination day, April 20, the 1Malaysia Penang Welfare Club, which openly supports Najib and has flooded Penang with its blue flags, held a concert with many local and foreign superstars attending.

Although the organiser said that 101,002 tickets were sold, the crowd that attended the glamorous event was far less than that number.

Tonight’s DAP event was also necessary to fight a psychological warfare with BN, which through the 1Malaysia Penang Welfare Club has been wooing voters with free dinners, drinks and attractive lucky draws.

During the ceramah, many of the party leaders urged the crowd to enjoy the free meals and gifts but to cast their votes for Pakatan.


Supporters make donations as well 

The DAP has been feeling a little shaky with the various gimmicks of the 1Malaysia Club, describing it as money politics out to draw votes from its supporters.

Earlier, as early as 7pm, all roads leading to the Han Chiang College were jam packed with cars parked up to 1km away.

Pakatan leaders, including DAP chairperson Karpal Singh, took turns to address the crowd while waiting for Guan Eng and Kit Siang, to arrive on the scene.

By the time Karpal spoke, the rain had poured mercilessly, but the crowd with their raincoats and umbrellas did not budge.

Most of the speakers made the called for Guan Eng to be retained as chief minister, to which the crowd responded loudly and positively.

Throughout the event, screams and shouts of 'Ubah! Ini Kalilah!' were heard from many in the crowd, a number of whom also made donations to the DAP election campaign.


As the event came to an end, party officials announced to the crowd that a total of RM236,000 had been received.-malaysiakini





Pakatan supporters waving DAP flags at Pakatan Rakyat’s grand ceramah in the Han Chiang school field, April 29, 2013. – Picture by K.E. Ooi








The crowd using umbrellas when it started to rain during the Pakatan Rakyat grand ceramah in Han Chiang school field, Penang, April 29, 2013. – Picture by K.E. Ooi





NONE
























Ceramah Anwar di Ampang Jajar



 Anwar: Saya tidak kata Dr Mahathir lebih baik mati...

Anwar Ibrahim menafikan telah mengatakan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad “lebih baik mati” dalam ucapannya di Segamat pada Rabu lalu, seperti dilaporkan akhbar New Straits Times.

Malam tadi, dihadapan kira-kira 7,000 penyokong di pasar malam Paya Jaras, di dalam Parlimen Subang, Anwar berkata kenyataannya itu adalah respon terhadap komen Dr Mahathir awal bulan ini yang ingin menamatkan kerjaya politik pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Apa yang saya katakan ialah: Mahathir berkata beliau mahu mengkebumikan Kit Siang di Johor. Kubur Kit Siang akan berada di Johor. Tanah perkuburan Anwar akan berada di Permatang Pauh – tanam dia di Permatang Pauh,” kata Anwar, mengulangi komen Dr Mahathir.

“Saya berkata, Mahathir sudah berusia 87 tahun dan dia masih berfikir untuk menanam orang lain – lebih baik fikir tentang kubur sendiri! Itu yang saya katakan. Adakah itu salah? Saya tidak meminta dia mati,” katanya yang disambut dengan tepukan.

Anwar telah diterbangkan dari Sabah, dan telah diberikan sambutan wira oleh orang ramai yang berbilang kaum dengan sorakan “Reformasi” dan “Ini Kalilah! Ubah! “.


Kebanyakkan orang ramai yang keluar untuk menyambut Anwar terdiri majoriti masyarakat Melayu, ia gambaran 70,000 penduduk Paya Jaras yang terdiri daripada 60 peratus Melayu, 30 peratus Cina dan 10 peratus India.

Anwar kemudiaan menghentam musuh politik beliau, Datuk Seri Najib Razak, kerana tidak berani untuk melawan Dr Mahathir.

“Saya ingin memberitahu Mahathir bahawa saya bukan Najib. Mahathir mengutuk Cina dan India. Apabila Ambiga menganjurkan Bersih, dia mengancam untuk melucutkan kewarganegaraannya.
 

“Saya mahu beritahu Mahathir, ini adalah negara rakyat, bukan negara bapa anda… dan jika mahu memimpin kamu perlu mempertahankan setiap rakyat yang berada dalam negara ini.”

Anwar kemudiaan menjelaskan tentang perpaduan kaum, beliau berkata: “Saya seorang Melayu, saya seorang Melayu berbangga… tetapi untuk menjadi seorang Melayu berbangga… Saya tidak perlu menghina orang lain. Saya tidak perlu mengancam membakar Kitab orang lain.

“Umno sentiasa berkata 1 Malaysia tetapi mereka yang mengancam membakar Injil kini disokong oleh Umno di Kelantan. Orang-orang yang menghina agama Hindu telah menjadi calon Umno di Shah Alam,” katanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin.



Anwar menggesa orang ramai turun mengundi pada pilihan raya umum akan datang 5 Mei depan, serta menambah setiap undi kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah undi untuk pembelaan maruah manusia, tanpa mengira kaum.

Jeffrey Tan, 55, seorang ahli perniagaan, berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PR dan akan terus berbuat demikian.

“Anwar bercakap itu betul. Kita perlu perubahan. Kerajaan kita sudahh terlalu rosak, ia sangat jelas. Dan mereka fikir kita tidak ada otak – mereka memberitahu kita apa yang difikirkan dan apa yang perlu dilakukan. Tetapi kita boleh berfikir untuk diri kita sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Seorang penjawat Melayu 48 tahun awam, yang enggan namanya disiarkan, berkata: “Saya menyokong Anwar kerana dia adalah satu-satunya yang boleh menyatukan semua kaum bersama-sama. Beliau mempunyai bakat itu. Semua orang boleh menerimanya.”

Turut hadir pada ceramah adalah penyandang ahli parlimen Subang R. Sivarasa, calon DUN Paya Jaras Khairuddin Othman, calon DUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan calon DUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hashim.

Kerusi Parlimen Subang menyaksikan pertarungan lima penjuru antara Sivarasa dengan calon Barisan Nasional (BN) A. Pakas Rao, calon Berjasa Mohamad Ismail dan dua calon bebas – Nazaruddin Mohamed Ferdoos dan Datuk Edros Abdullah.

Paya Jaras kerusi DUN akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara PAS Khairuddin Othman dan calon Umno, Datuk Mohamad Bushro Mat Johor.- malaysian insider



Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke NEGERI SEMBILAN

30 April 2013 (Selasa)

1) 3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pekan Tanjong Ipoh, Seri Menanti

2) 4.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Bilik Gerakan PR Simpang Pertang

3) 6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dataran Niaga, Palong 8, Gemas

4) 7.15 mlm – Solat Maghrib - Masjid Nurul Huda Jelai 3

5) 8.00 mlm - Jamuan Bersama Rakyat
Lokasi: Bilik Gerakan PR Felda Jelai 3, Gemas

6) 9.30 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Bilik Gerakan PR Rembau, Pekan Chembong,
Rembau

7) 11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Betaria Business Centre, Jln Dato’ Siamang,
Gagap, Seremban






cheers.

3 comments:

  1. Anonymous has left a new comment on your post "INI KALI LAH? What if UMNO cheats?":


    Hanya 4 hari lagi kita akan bersama-sama menitiskan air mata kemenangan dan melaungkan jeritan MERDEKA setelah kita dibebaskan dari cengkaman KUKU BESI berlapis MADU dari pemerintahan UMNO

    Kita akan bersama-sama mengecapi kejayaan setelah begitu lama berhadapan musuh yang menjadikan RAKYAT nya sendiri sebagai korban ...

    Hanya 4 hari lagi kita akan dapat menyaksikan kemuraman dan perasaaan duka nestapa pemimpin UMNO yang sudah sekian lama menipu RAKYAT ... ramai pemimpin UMNO akan jatuh bangkrap setelah begitu banyak BANK yang DIPEGANG UMNO mengejar mereka menunutut HUTANG LAPOK yang tidak pernah berbayar - tapi pertama kita kena mintak PAKATAN menganti kesemua Lembaga Pengarah kroni UMNO dan menukar Pegwai Eksekutif berdarah UMNO di MAYBANK, CIMB, BANK SIMPANAN NASIONAL, AFFIN BANK,.... dan setelah itu memberikan perintah mengutip semua hutang dari PEMIMPIN UMNO yang sudah sekian lama menjadikan BANK-BANK ini sebagai LUBOK MEMAS buat mereka ....

    Begitu juga di TABUNG HAJI, di PNB, di KWSP supaya rakyat kemabli dapat menikmati pulangan pelabiran yang wajar dari begitu banyak wang rakyat yang sudah di SONGLAP UMNO ....


    Kita akan dapatkan balik PINJAMAN KERAJAAN kepada Sharizat and FAMILY setelah mengSONGLAP duit RAKYAT untuk bela LEMBU di KONDO ....

    Kita akan dapat balik wang PKFZ dari Ling Liong SIK ....dan segala kekayaan RAKYAT yang telah lama diSONGLAP UMNO ....

    Kita harus penjarakan semua pemimpin UMNO / BN Sabah dan SARAWAK yang jelas mencuri wang rakyat disiang hari ...

    Dan kita akan memberikan kemenangan kepada WARGA FELDA dari kejahatan dan tangan-tangan RAKUS Isa Samad ...

    4 Hari lagi kita akan dapatkankembali wang KITA yang sudah sekian lama dihamburkan oleh ROSMAH MANSOR dan KELUARGA NAJIB ....

    Mudah-mudahan dalam 4 hari lagi ... MAHATHIR akan mengembalikan kesemua kekekayaan yang diHAK MILIKAN UMNO buat kelaurga nya ....

    Ya 4 hari lagi ...

    ReplyDelete
  2. Hanya kita doa agar peratus keluar mengundi itu meningkat bagi atasi penipuan hantu dan jembalang!!!

    ReplyDelete
  3. Yakin boleh. Kita boleh ubah.

    Kita tidak mampu melawan UMNO/BN dengan duit ringgit namun kita mampu menumpaskan keangkuhan UMNO dengan kekuatan spiritual yang tinggi bersama doa senjata mukmin.

    Yakin pada tugas malaikat yang mencatat, mempersembahkan pada yang Maha Kaya.

    Keputusan sudah ada ditangan Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana lagi Maha Tahu siapa yang layak mengikut Qada' dan Qadar.

    Mudah2an Yang Maha Gagah,Maha Megah yang memeliki kebesaran. Maha Menghitung, Maha Pembuka Rahmat, Maha Mendengar rintihan hamba2Nya yang dahagakan perubahan.

    Apabila Dia memerintahkan sesuatu itu terjadi hanya berkata 'Kun', maka jadilah ia.

    Jadilah kita ubah.

    ReplyDelete