02 January 2013

Anwar layak diberi peluang kedua...

Jika sesiapa yang perlu mendapat peluang kedua, orangnya,adalah Anwar Ibrahim. Beliau adalah seorang tokoh politik yang paling berjaya pernah dicipta UMNO.

Menonjolkan  dirinya sebagai suara yang sederhana negara Malaysia  dan berjaya mengekalkan sebuah pakatan rapuh terdiri daripada suara yang berbeza2, yang sama2  berikrar bahawa 'UMNO mesti pergi' , Anwar adalah 'pilihan rakyat' atau sekurang-kurangnya, beliau telah menyuntik satu harapan  besar  untuk para pengundi supaya membawa mereka ke satu  era baru yang bebas daripada cengkaman UMNO.

Seorang rakan UMNO bertanya, "Bukankah kestabilan bermaksud jalan tengah lagi?"


Sepatutnya soalan yang perlu dia tanya, "Apa yang menyebabkan UMNO yang  sombong percaya bahawa mereka boleh menentukan jalan tengah, selama-lamanya?"

Jika UMNO kalah, tidak bererti  bahawa  pengundi 2 berparti berpendapat bahawa Pakatan Rakyat adalah pilihan yang lebih baik untuk memimpin negara ini, ia mungkin benar  kerana bagi sesetengah orang, Pakatan Rakyat adalah satu-satunya alternatif kepada UMNO. Sama seperti UMNO telah menuduh sebahagian besar pengundi sebagai pengkhianat, kerana tidak menghargai jasa2nya.  Saya telah membuat hujah tentang sifat politik berparti di Malaysia dan apa yang dijajakan oleh parti2 ini.

Saya lebih suka menyambut era baru pertelingkahan politik mengikut paradigma dwi-gabungan (two-coalition) daripada menjadi tongkol dibawah pemerintahan UMNO yang lusuh lagi usang  yang selama bertahun-tahun telah memakan dirinya sendiri. Sekurang-kurangnya  di bawah Pakatan akan  ada perubahan,kerana Pakatan telah menunjukkan bahawa ia sedar akan kehendak2 rakyat.


Ini adalah perjuangan besar yang terakhir buat UMNO. Khabar2  angin di Kuala Lumpur  mengatakan bahawa UMNO sudah bersiap sedia  dengan dana untuk membiayai  mereka yang mahu lompat  parti. Pakatan mempunyai rekod yang lemah bila menghadapi isu ini. Kemelut September 16  adalah satu peringatan bahawa sebarang kemungkinan bakal berlaku.

Hari  dugaan buat UMNO sudah hampir,ia bukan saja merupakan  ujian untuk UMNO tetapi juga untuk mereka  dalam kem  pembangkang.  Amat mengejutkan dan  gembira  bagi saya jika UMNO  kalah, tetapi ujian sebenar bagi pembangkang  ialah jika UMNO menang atau lebih teruk  memperolehi semula majoriti  dua pertiga. Kiranya mana2 satu berlaku ia adalah satu era baru dalam politik tanah air. Dan tsunami politik 2008 telah mengubah segala2nya.

Tidak kira bagaimana UMNO cuba hendak  menghidupkan api  13 Mei dalam minda orang (baca tulisan Kua Kia Soong), namun pada realitinya rakyat akan melihat bahawa tsunami tahun 2008 sebagai titik perubahan dalam sejarah politik Malaysia.

Harapan Tahun Baru saya adalah - akan berlaku  satu lagi titik perubahan yang memihak kepada pembangkang.- S. Thayaparan,Malaysiakini.


(Abstrak di atas adalah sebahagian daripada artikel berjudul, "Umno's last tango before its reckoning"-S. Thayaparan,Malaysiakini diterjemahkan oleh TS.)


Anwar deserves second chance...

If anyone gets to have a second chance, it is Anwar Ibrahim. He is perhaps the most successful political operative Umno has ever created.

anwar ceramah in melaka 040112By reinventing himself as the voice of a moderate Malaysia and by sustaining (which takes leaderships skills never imagined by Umno) his fragile coalition made up of disparate voices united in their ‘Umno must go' harmony, it is Anwar who has some moral claim to the idea that he is the ‘people's choice' or at least a sizeable section of the voting public, to lead them into a much hoped for new Umno-free era.

A long-time articulate Umno friend asks, "Doesn't stability mean the middle ground, any more?" The question he should be asking is, "What led Umno to arrogantly believe that they could define the middle ground, forever?"

If Umno loses, it will not be because a partisan electorate thinks that Pakatan is a better choice to lead the country, it will be because for some, Pakatan (for a wide range of reasons) is the only alternative to Umno. Just as Umno has declared a certain section of the public as traitors, said section has returned the favour in spades. I have made this argument before of the partisan nature of Malaysian politics and what each coalition is peddling.

I would much rather usher in a new era of political squabbling a two-coalition paradigm offers than stagnate under a decrepit Umno who over the years has been devouring itself. At least in the former, there is a small possibility of change since Pakatan has demonstrated that it is aware of the will of the people.


NONEAt the end of the day, this is Umno's last great political fight. Already the rumour mills in Kuala Lumpur are in a frenzy of the war chest jealously guarded to fund party hopping initiatives. Pakatan has a poor record when it comes to this issue. Anwar's Sept 16 fiasco is a cogent reminder that the Umno apple does not fall far from the tree.

Very soon, Umno's day of reckoning will be not only a test for Umno but also for those of us in the opposition. It would surprise (and delight) me if Umno loses, but the real test for the opposition is if Umno wins or worse reclaims its mythical two-thirds majority. Either way, it will be a new era in politics. The political tsunami of 2008 has irrevocably changed things.

No matter how much Umno attempts to keep the malice of May 13 in the minds of people (Kua Kia Soong's work on the subject should be required reading for all right-thinking Malaysians), the reality is that people will remember the importance of the Tsunami of 2008 as a turning point in the history of Malaysia.

My New Year hope is that we have another turning point in favour of the opposition.-
S. Thayaparan,Malaysiakini

(The above abstract being part of an article,"Umno's last tango before its reckoning"- S. Thayaparan.)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0KrpZ91n9TWcBxNk8nyxBcHXGs4X6tg36ik7gx1PV_3ni563VtwXKQNq2rcNkKQzpBr9EYrQa9g063BFhDChKANRWWgeGyGOSxXImWiruwNlnVPPqNy-5Y6RE630McPiRspfqAiT8aeU/s1600/526003_10151305989963334_1978566650_n.jpg



cheers.

No comments:

Post a Comment