11 December 2012

Rafizi - Dokumen libatkan Musa-Chia di Hong Kong akan dedahkan esok...

Rombongan kedua PKR diketuai oleh Rafizi Ramli akan bertemu sekali lagi dengan badan pencegahan rasuah Hong Kong esok untuk memberikan dokumen membuktikan pertuduhan pemindahan wang rasuah melibatkan peniaga kayu Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Menurut Rafizi (gambar), bukti — satu set lengkap dokumen transaksi menunjukkan pindahan dana antara tahun 2005 dan 2008 dari firma pembalakan kepada akaun yang dikaitkan dengan Chia — datang dari beberapa rakan kongsi Chia di Hong Kong.

Pengarah strategi PKR berkata rakan kongsi Chia sudah memberikan kesediaan mereka untuk bertemu dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), sekiranya agensi tersebut bersetuju membuka semula siasatan kepada Musa dan Chia.

“Saya mengesyaki rakan kongsi sudah bergaduh dengan Chia tetapi saya tidak mahu pergi kesitu. Pokoknya ini adalah dokumen yang hanya mereka mempunyai akses kerana dari akaun British Virgin Island (BVI). Kita tidak boleh akses dengan sendiri.

“Saya percaya ia adalah tulen dan ini adalah apa yang kita akan serahkan kepada ICAC esok,” kata Rafizi dalam satu sidang akhbar di sini.

Untuk melengkapkan timbunan dokumen kewangan, Rafizi berkata PKR juga akan mengemukakan akuan bersumpah yang ditandatangani dari bekas pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sepanjang beliau dalam parti, beliau tidak pernah diberitahu apa-apa mengenai “sumbangan politik” RM40 juta.

Musa, yang juga merupakan pengerusi Umno Sabah, baru-baru ini dibersihkan daripada dakwaan rasuah mengatakan beliau menerima RM40 juta daripada Chia, dibayar kepadanya kerana menghalalkan akktiviti pembalakan haram di Sabah. Laporan sebelum ini mendakwa bahawa Chia ditangkap dengan wang di Hong Kong pada tahun 2008 dan memberitahu pihak berkuasa pada ketika itu ia adalah untuk Musa.

Akan tetapi menurut Menteri “De facto” Undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapannya kepada Parlimen Oktober lalu bahawa Musa sudah dibersihkan dari tuduhan rasuah selepas badan pencegahan rasuah mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.

Rafizi, yang melobi ICAC untuk membuka semula kes itu, berkata bukti dikemukakan esok seharusnya mencukupi untuk menjadi sebab membuktikan Musa dan Chia mempunyai hubungan rasuah.

Pengarah strategi PKR itu mempunyai beberapa kes mahkamah kerana pendedahan yang dilakukannya turut memberikan pemberita melihat beberapa dokumen bukti beliau.

Dokumen-dokumen termasuk salinan beberapa pemindahan telegrafik kredit menunjukkan pembayaran ratusan ribu dolar AS ke akaun HSBC Chia di Singapura.-malaysian insider

KEADILAN serah bukti transaksi akaun Michael Chia pada ICAC

Delegasi KEADILAN membekalkan bukti baru kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak Michael Chia.

Ia bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke atas sumbangan wang tersebut kepada Umno Sabah.

Beberapa bukti itu termasuk salinan pemindahan wang akaun Chia dan transaksi urusniaga beberapa syarikatnya.

“Disertakan salinan pengesahan pemindahan wang ke akaun Chia pada 7 Jun 2005, 16 Jun 2005, 22 Februari 2006 dan 16 Mac 2006 melalui akaun HSBC beliau di Singapura.

“Setiap pemindahan jutaan ringgit itu dimasuk ke akaun Chia oleh pengusaha balak melalui konsesi yang dianugerah kerajaan Sabah kepada mereka,” kata Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Rafizi, bukti itu mengesahkan Chia bertindak sebagai orang tengah kepada individu tertentu bagi mengutip wang hasil konsesi balak yang dikeluarkan kerajaan Sabah.

“Mengikut Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969, kelulusan permit dan kutipan hasil dari pembalakan dikendalikan sepenuhnya kerajaan negeri tanpa melibatkan pihak lain atau ejen.

“Kutipan itu berkemungkinan rasuah bagi mendapatkan konsesi. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat individu yang mewakilkan taikun ini mengutip wang dari konsesi yang disalur ke akaun HSBCnya di Singapura,” katanya.

Rafizi turut mendedahkan slip pengesahan urusniaga melibatkan Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd, yang diguna Chia menyalur wang rasuah seperti akaunnya di HSBC Singapura.

Jelas beliau lagi, pemindahan US$277,975 pada 13 Februari 2007 misalnya, dibuat Multilink Star Pte. Ltd kepada Zenique Investments bagi pembayaran deposit konsesi pembalakan.

Katanya, dari semasa ke semasa, wang dari kedua-dua syarikat ini dipindah ke BVI milik Chia iaitu CTF International Ltd. Manakala pada 25 Mei 2007, Zenique Investments turut memindah AU$2,350 ke akaun Mohammed Hayssam Musa, anak Musa Aman.

“Helah diguna sama iaitu mengumpul wang rasuah hasil dari konsesi balak yang dianugerah kerajaan Sabah melalui akaun di luar negara yang didaftar atas nama BVI yang penuh kerahsiaan,” kata Rafizi.- keadilandaily

 Rafizi akan serah bukti 'deposit konsesi' pada ICAC...

Paper trails show Musa-Chia link...

Rafizi says his team will meet again with the ICAC tomorrow to hand over documented proofs. PKR said today it has paper trails showing alleged corrupt money transfers between Sabah Chief Minister Musa Aman and several timber concessionaires including businessman Michael Chia.

Its director of strategy, Rafizi Ramli, revealed the documents to the press today showing fund transfers between 2005 and 2008 from supposed logging firms to overseas accounts linked to Chia.

Rafizi will lead a second team to meet with Hong Kong’s graft-busters tomorrow.

The documents included copies of telegraphic transfer credit receipts indicating payment of hundreds of thousands of US dollars to Chia’s HSBC account in Singapore, which the PKR whistleblower said would likely be payments from timber kickbacks.

The money transfers were described as “deposit for concession”.

Rafizi pointed out that Sabah timber laws expressly state that any matter related to logging activity was the sole jurisdiction of the state government, led by its chief minister.

“These transaction slips all show the transfer of money to Chia’s accounts from these firms linked to Sabah timber concessions, apart from further transfers made to purchase luxury items for Chia’s wife or cars, or transfers to Musa’s son,” he said.

Fall-out partners?

The papers were said to have been provided by Chia’s own partners in Hong Kong due to a possible fall-out, he added.

“These are documents that only they would have access to as they are from these British Virgin Island (BIV) offshore accounts. We cannot access them on our own.

“I trust that they are genuine and this is what we will surrender to the ICAC tomorrow,” he said at the party’s headquarters here.

He claimed the partners are ready to testify and meet with the island state’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) should it open another probe on Musa and Chia.

Recently, the government claimed Musa had been cleared of any wrongdoing by the ICAC after it found insufficient evidence to link him to the RM40 million “donation” money to Sabah Umno.

Reopen the case

The letter by ICAC dated December last year was used by Umno to deflect accusations that the money belongs to the long-serving Sabah chief minister

Musa’s alleged link with Chia first exploded in the media following an April article by whistleblower site Sarawak Report, which claimed that the latter was caught trying to leave the Hong Kong International Airport with the RM40 million in Singapore currency.

At the time, Chia had allegedly told the authorities that the money was meant for Musa, kicking off a probe on the series of fund transfers from Malaysia to Hong Kong that was then believed to be the possible laundering of monies generated from illegal logging activities in Sabah.

Following a first meeting with Rafizi, the ICAC was said to have agreed to reopen the investigations if the PKR leader could provide fresh evidence.

Rafizi said the evidence he has should fulfil the ICAC’s request for more information to reopen the case.-FMT

PKR team to expose Musa-Chia paper trail to HK’s ICAC tomorrow




cheers.

No comments:

Post a Comment