16 November 2012

Sooi Lek bengang bila dengar katak Jelapang nak bertanding PRU-13 atas tiket BN...

Datuk Hee Yit Foong bakal hilang kerusi di Jelapang tanpa restu Barisan Nasional (BN), kata presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek(kanan) sekaligus memberi isyarat parti pimpinannya cuba menjauhkan diri dari bekas pemimpin DAP yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.

Dr Chua menjelaskan kepada media bahawa MCA tidak pernah berbincang dengan Hee untuk memberikan kerusi Jelapang di Perak kepada orang luar malahan tidak pernah bersetuju meletak Hee sebagai calon mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau  juga mengingatkan Hee yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai "seorang wanita yang paling dibenci di Perak" bahawa keputusan pembahagian kerusi dalam BN dibuat secara bersama memandangkan ia penting memastikan calon tersebut mendapat sokongan pengundi dan juga parti komponen.

"Hee boleh umumkan dia adalah calon di Jelapang pada pilihan raya akan datang, tanpa sokongan bahagian MCA dan ahli akar umbi tapi kemungkinan besar beliau akan tewas disana," katanya memberi amaran kepada Hee.

Hee mula dikenali semasa krisis perlembagaan di Perak pada 2009 yang menyaksikan negeri tersebut bergelut hampir setahun selepas tindakannya melompat daripada parti bersama dua lagi wakil daripada PKR menyebabkan kerajaan negeri PR tumbang.

 
Semasa krisis tersebut, bekas timbalan speaker dewan tersebut dikatakan meninggalkan DAP secara mengejut selepas beberapa kali mengadu diabaikan dalam pentadbiran negeri dan tidak diberi layanan baik.

Beliau kemudiaan menjadi ahli politik bebas ekoran tindakannya meninggalkan parti hingga mengundang kritikan hebat daripada pengundi Jelapang yang kebanyakkan adalah penyokong tegar DAP.

Sebulan selepas keluar parti, beberapa laporan media mengatakan Hee terpaksa mengupah ramai pengawal peribadi terutamanya semasa mengunjungi penduduk sekitar selepas orang ramai membencinya.

Namun, dalam satu wawancara oleh Oriental Daily semalam, Hee menyatakan akan bertanding semula di Jelapang menggunakan "tiket BN" serta menambah perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri akan mengumumkan perkara tersebut.

Hee mendakwa kebencian penduduk kepadanya selepas krisis Perak telah dilupakan oleh pengundi serta berkata terdapat juga antara mereka yang mengkritiknya dahulu telah menemuinya untuk meminta maaf.

Menurut laporan portal Malaysiakini yang  memetik wawancara Oriental Daily itu lagi, Hee turut mengakui bahawa ada sesetengah pengundi berkata, " Datuk, khidmat kamu lebih baik daripada mereka (DAP).

"Jika kamu bertanding lagi, mereka mungkin tidak akan menang."-malaysian insider


Hee wants to re-contest Jelapang under BN...

Deputy Perak Speaker Datuk Hee Yit Foong (pix), who quit DAP in 2009 to become a Barisan Nasional-friendly independent, wants to re-contest Jelapang under the national front banner in the 13th general election, and said she will not run away from her constituents.

"I will be in Jelapang till death and not be a renegade," she was quoted saying by Sin Chew Daily today.

Oriental Daily News reported two days ago that she would likely contest as an independent.

Hee had been instrumental in ending Pakatan Rakyat's (PR) administration of the state when she, together with Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) and Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), both of Parti Keadilan Rakyat (PKR), opted to become independents a year after the 2008 general election.

She told Sin Chew she believed the voters of Jelapang have accepted her decision as she has been serving them all this while.

Hee made her political debut in 2004 when she won the seat by a majority of 252 votes under the rocket symbol.

Four years later, she retained the seat with a majority of 6,707 votes.

She expressed her desire to be given the BN ticket when asked to comment on a report that she would most likely contest as an independent.

However, she said it was up to the BN top leadership to make the final decision.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, meanwhile, denied having any discussion with Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak on Hee's contesting the seat in the next elections.

"Nor did the Jelapang MCA division and I deliberate allowing an outsider to stand in the seat on the MCA ticket," he said in a statement today.

"It is unlikely that she will win without the support from the MCA division and especially the grassroots members."

The opposition, meanwhile, does not believe Hee can make waves again in Jelapang.

DAP state chief Datuk Ngeh Koo Ham said: "Should Hee Yit Foong be endorsed by the Barisan, good luck to them".

He said that in 2008, the people of Jelapang voted for the DAP rather than the candidate.- theSundaily


 

cheers.

No comments:

Post a Comment