Di Pensiangan,yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.
Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.
Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.
Rakaman video berikut memaparkan apa yang telah terjadi kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika program beliau di Pensiangan, Sabah petang tadi..Tidak ada insiden baling batu mahupun insiden baling cat merah seperti yang dilakukan oleh beberapa ekoq jakun di Semenanjung...
Ikut laporan blogger UMNO dan ramalan Rais Yatim hanya 200 orang yang hadir mendengar ucapan Anwar...
Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.
Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.
Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.
Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.
Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.
Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.
Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.
Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.
Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.- FB
Najib kata dia jumpa atas permintaan Soros...betoikah? Macam cerita dia tak kenal siapa tu Altantuya bunyinya....
Tiada salahnya saya jumpa Soros...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.
Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.
"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.
"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.
Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:
"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".
"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.
Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:
"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.
"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.
"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.- malaysiakini

TS - Tak salah...tapi bagi tau jakun2 pemeliharaan hang seperti NGO2, Cybertroopers, Utusan Meloya,TV3 dan Mahathir tak payah dok sibuk sangat...
Yes, I met Soros says Najib...
Prime Minister Najib Abdul Razak today admitted that he had met with controversial currency speculator George Soros two years ago but it was Soros who wanted to meet him.
Najib (right in photo) added that it was “just a courtesy call” and nothing “sinister” happened.
“Yes, I met him (Soros) upon his request, and after (former PM) Dr Mahathir (Mohamad) met Soros I didn’t see a problem with that.
“It was a normal courtesy call. Nothing untoward, nothing sinister, nothing to worry about” he said, matter of fact.
He added that the important thing was “not that I (the PM) met him but what was discussed”.
“We did not discuss about how to topple the government or to get funding, etc,” he said.
He, however, declined to elaborate on what was discussed during the New York meeting, and repeatedly said that “it was just a courtesy call”.
Asked if Soros was advised not to fund puppet regimes, the PM said: “We did’'t talk about that. He didn’t say anything about that.”
The American billionaire has been accused by Mahathir of plotting to place a puppet regime in Malaysia.
He is also accused by several quarters recently of having funded anti-government activities in several countries including Egypt, which underwent what is now called the Arab Spring.
Najib, who spoke after chairing the BN supreme council meeting, said that the meeting had discussed the 2013 Budget and how to ensure proper implementation.
“There are 111 touch points and we endeavour to implement them to show that this government has the will to fulfil all promises,” he said.
He also said that the Pakatan Rakyat alternative budget had failed to garner interest, especially from analysts.
“Analysts found the budget cannot be defended in terms of its credibility and sustainability... as the promises included will undermine the national economy,” he said.- malaysiakini
Soros nak jumpa Najib?...apakah faedahnya Soros nak jumpa Najib?
Untuk ucap terima kasih atas sumbangan RM40juta yang disalur melalui KM Sabah ke...
cheers.
No comments:
Post a Comment