12 August 2012

Nazri,you kena terima hakikat bahawa orang dah meluat dengan UMNO/BN...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diingatkan agar menyemak semula sejarah pada 1998 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun tersebut, negara mencatat sejarah apabila Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat dari Umno oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, tegas Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, tidak timbul isu Anwar melompat parti sepertimana yang dikatakan Nazri.

"Jangan kerana sikap terlalu ingin mempertahankan BN dan Umno, sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa meneliti semula sejarah, dan hanya memperlihatkan kebodohan sendiri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nazri yang mengatakan Anwar sebagai 'bapa katak' ekoran tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah bertindak keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat.

Shamsul berkata, soal lompat parti itu bukan satu perkara penting, sebaliknya punca mengapa seseorang itu lompat parti lebih penting.

"Saya sendiri tidak berapa minat menggunakan istilah lompat ini kerana ia mendatangkan impak negatif, sedangkan sebenarnya tidak ada masalah pun istilah lompat itu.  Bagi saya yang penting, mengapa seseorang itu berpindah atau bertukar parti," tegas beliau lagi.

Shamsul juga menegaskan kebanyakan pemimpin BN yang bertindak keluar parti adalah atas kehendak mereka sendiri, dan tidak seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar parti menyokong BN.

Tidak seperti BN, dakwa beliau kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai BN dikatakan mendapat laba bagi seperti beberapa bukti yang sebelum ini didedahkan PKR.

"Berbanding di pihak Pakatan Rakyat, ramai yang berminat menyertainya atas kesedaran sendiri. Jika tidak (ada unsur rasuah), sudah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan," tegas beliau.

Dalam pada itu, Shamsul berharap Nazri berpijak di bumi nyata dengan fenomena penyertaan pemimpin dan tokoh Umno ke Pakatan Rakyat, sama ada PAS atau PKR.

"Terimalah hakikat, semakin ramai yang tidak berminat dengan BN.  Berpijaklah ke bumi nyata," kata beliau lagi.-harakahdaily


Anwar nak ambil, ambillah, kata Nazri


Nazri: Anwar is the 'King of frogs'...

NONEAnwar Ibrahim’s efforts to entice Sabah BN leaders will not affect BN, said Umno supreme council member Nazri Abdul Aziz.
 

He said such defectors know they will not be fielded in the general election and are looking for greener pastures.

“If Anwar want to take those who will not be fielded by (BN), go ahead. Anwar is also a frog because he left Abim (a Muslim youth movement) for Umno and then to PKR.

“It is no surprise that he takes in his own kind. The frog will accept another frog,” said Nazri in Padang Rengas yesterday, according to Mingguan Malaysia.

Anwar’s political journey had led Nazri to dub him the 'Bapa segala katak (King of frogs)'.

Two weekends ago, Anwar was in Sabah to attend functions where Tuaran MP Wilfred Bumburing and Beaufort MP Lajim Ukin announced their decision to leave BN and join forces with Pakatan Rakyat.

Another key United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) leader Maijol Mahap is expected to announce his decision to leave BN today.

‘Janji Bersih is okay’


In another development, Nazri said the federal government will not stop the planned ‘Janji Bersih’ gathering on Merdeka Day eve as long as it is held peacefully.

He said that the gathering can be allowed under the Peaceful Assembly Act 2012.

“If they want to gather, there are no problems because they are allowed to under the Act. But let the event be civilised,” he said.

About a third of Bersih 2.0's coalition members are urging the public to show up in yellow at Dataran Merdeka on Merdeka Day eve at 10pm in order to highlight the coalition’s eight demands for electoral reforms.

The ‘Janji Bersih’ theme by the groups is a play on the federal government’s ‘Janji Ditepati’ theme for Merdeka Day, as a reminder that promises to ensure free and fair elections have yet to be fulfilled.- malaysiakini




cheers.

1 comment:

  1. memang hakikat sebenar sekarang ramai yang mula alih arah

    ReplyDelete