"Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN," kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hari ini.
Najib semalam mengumumkan yang lawatannya ke Sabah bertujuan mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.
Lawatan itu berlangsung selepas ahli Parlimen Tuaran Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort Lajim Ukin menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Pakatan minggu lepas.
Pada masa sama, beliau tidak yakin lawatan Najib ke Sabah akan membawa sebarang perubahan baik secara langsung kepada penduduk negeri itu.
"Saya tak rasa dia ada keberanian yang diperlukan untuk melakukan perubahan," katanya lagi.
Gesa luaskan skop RCI
Pada masa sama, pengumuman terma rujukan suruhanjaya diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah yang akan dibuat Najib juga tidak mengganggu momentum sokongan Pakatan Rakyat di negeri itu, katanya.
"Saya harap semua pimpinan dari parti mana sekali pun teruskan agenda perubahan di Sabah.
"Kalau Najib hendak tawar insentif apa-apa sekali pun, kami tidak akan berganjak dengan agenda perubahan kami.
"Kami sendiri pun sudah lama berikrar mahu menubuhkan RCI, dan memberikan royalti sebanyak 20 peratus kepada Sabah," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menggesa Najib meluaskan terma RCI untuk menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum.
"Kita tidak mahu RCI fokus kepada Sabah sahaja tetapi juga turut fokus kepada seluruh Malaysia.
"Kita tak mahu kewarganegaraan dijual tanpa rasa tanggungjawab," katanya.- malaysiakini
Beberapa lagi 'orang besar'BN dikatakan akan keluar BN...
Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.
Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.- kembar-seiras.blogspot
Pemimpin Sabah tidak puas hati sejak 2008...
Bibit-bibit tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat susah mula tercetus sejak pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.
“Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi.
“Bincang dengan mereka…selesaikan awal-awal,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.
Walaupun, Sabah memberi kemenangan besar kepada BN tetapi Pusat tidak melayannya dengan baik, tambah beliau.
Bagaimanapun, Dr Mohd Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas hati atau pun marah kepada Pusat.
“Orang Melayu marah kerana isu pendatang asing tidak diselesaikan. Mereka merasa pendatang asing ini telah merampas hak-hak mereka.
“Orang Kadazan pula mahukan jawatan Ketua Menteri sebagaimana era pemerintahan Tan Sri Pairin Kitingan.
“Mereka marah kerana penggiliran jawatan Ketua Menteri sudah ditiadakan,” katanya lagi.
Jawatan Ketua Menteri kini disandang oleh Datuk Seri Musa Aman dari Umno.
Isu pembangkang lebih menarik
Dr Mohd Azizuddin menambah, pembangkang telah membentangkan isu-isu yang lebih menarik minat orang Sabah.
Katanya, isu seperti pemberian royalti minyak dan ekonomi diterima oleh orang Sabah.
Bagaimanapun, beliau berkata masih awal untuk mengatakan Sabah akan membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tetapi jika lebih ramai lagi pemimpin Sabah keluar BN, ini bermakna negeri itu bukan lagi simpanan tetap kepada BN.
“Saya nampak gelombangnya sudah ada tetapi masih awal untuk melihat hasilnya,” tambah Dr Mohd Azizuddin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua pemimpin BN Sabah – Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing – meninggalkan parti itu.
Lajim merupakan ahli Parlimen Beaufot dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Wilfred adalah ahli Parlimen Tuaran.
Senator Datuk Maijol Mahap juga mengisytiharkan keluar BN hujung minggu lalu.- FMT
Najib spooked by defections in Sabah...
Prime Minister Najib Abdul Razak is fearful of more defections by BN parliamentarians in Sabah and the shifting of allegiance to Pakatan Rakyat by two of the ruling coalition's MPs is what has prompted his visit to Sabah next weekend.
"Is he afraid? I thought he previously said that all is well within BN," said PKR vice-president and Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.
Najib said yesterday that his visit to Sabah was to strengthen the BN's position in the state.
His announcement comes just a week after Tuaran MP Wilfred Bumburing and Beaufort MP Lajim Ukin openly declared support for Pakatan.
However, Nurul Izzah is not convinced that Najib's visit would be of any benefit to the Sabah people.
"I don't think he has the audacity to make changes," she said.
Expand terms of RCI, Najib urged
In addition, she said, the announcement of the terms of reference for the Royal Commission of Inquiry (RCI) into illegal immigrants in Sabah would not impede the momentum of Pakatan's support in the state.
"I hope all party leaders will continue with the agenda of change for Sabah. No matter what incentive Najib offers, we shall not budge from our agenda.
"We ourselves have long pledged to form the RCI and give Sabah a 20 percent royalty from oil and gas," she said.
Nurul Izzah also urged Najib to expand the RCI's terms of reference to investigate allegations of a citizenship-for-votes scheme being run for foreigners to ensure BN's victory in the coming general election.
"We don't want the RCI on illegal immigrants to focus on Sabah only but on the whole of Malaysia. We don't want citizenship to be ‘sold' without any accountability," she added.- malaysiakini
A Senator the next Sabah leader to leave? Najib rushes to stem BN breakup
Olympic Football fans - Tonton live di sini.
Olympic Football Quaterfinals to-night at 12.00 am(5/8/12),Brazil vs Honduras.
Lihat di sebelah kanan di ruang 'Jom Baca' pilih butang 'London Olympic 2012'. Bila di skrin Official Olympic Channel, pilih ikon football diruang bawah skrin itu.
Selamat menonton.
cheers.
I dont have astro,and was looking for free internet streaming on the London Olympics.
ReplyDeleteNow I know where to look for. Thanks bro!!!
I dont have astro,and was looking for free internet streaming on the London Olympics.
ReplyDeleteNow I know where to look for. Thanks bro!!!