Banyak isu dan permasalahan yang perlu diselesaikan olehnya. Masalah-masalah parti politik dan masalah peribadinya terutama berhubung tuduhan terbabit dengan rasuah dan pembunuhan Atlantuya dalam skandal scorpene adalah punca utama Najib nazak.
Namanya kini telah dipaparkan di beberapa suratkhabar dan laman web beberapa negara sebagai orang yang perlu hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah skandal scorpene di Perancis menambahkan Najib nazak
Terbaru terbongkarnya rahsia pertemuan Najib Razak dengan Abdul Razak Baginda yang bersama dengan Atlantuya di Perancis yang didedahkan oleh PnomPenh Post pastinya menbuatkan Najib nazak senazak-nazaknya.
Ini diikuti dengan tuduhan-tuduhan meyalahgunakan dana kerajaan untuk majlis pertunangan anak perempuannya yang menelan belanja RM409,767 dan majlis harijadinya yang menelan belanja RM 79,053.Nasib memang tidak menyebelahi Najib apabila hari ini 11 Jun 2012 New York Post dan Daily Mail melaporkan bahawa bakal menantu Najib didakwa menipu.
Kejatuhan popularitinya ke aras yang sangat rendah terutama di kalangan pengundi bukan melayu amat meresahkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan popularitinya di kalangan pengundi dengan pelbagai cara termasuk bantuan BR1M, Klinik 1Malaysia, Pasaraya 1Malaysia, Perhimpunan Raksaksa Merah, Perhimpunan Sejuta Belia dan terbaru memaparkan gambarnya di tin aluminium minuman tenaga 100 plus sebagai usaha mempromosikan dirinya untuk kembali popular.
Isu-isu yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansur juga tidak ketinggalan membelenggu kepala wotak Najib. Isu pening kepala wotak buat Najib berkaitan Rosmah ialah isu cincin berlian RM24 juta.
Pendedahan salahlaku mentornya, Mahathir oleh George Soros yang disiarkan beberapa blog pro PR juga menambah nazak Najib. Masalah sendiri tak habis kena pulak fikirkan masalah orang lain. 'Adudu, kepala... rasanya mau pecah..' dangdut sikit bro, hahaha!
Pelbagai skandal yang membabitkan menteri-menteri kabinetnya juga tidak kurang penting dalam menazakkan najib ketika ini. Skandal NFC, PKFZ dan tuduhan Skandal Hubungan Shapie Apdal dengan artis jelita Zahida Rafik yang diberitakan membabitkan wang jutaan RM adalah antara isu terhangat dibicarakan sehingga hari ini turut memainkan peranan menazakkan Najib.
Tak lupa juga kemarahan melayu dalam UMNO sendiri kerana kewujudan Mamak dalam UMNO terutama mamak-mamak yang mendominasi wanita umno,UMNO Penang dan Perak. Nazak terus Najib. Semua isu terbeban di batu jemalanya.
Dalam masa yang sama Muhyiddin Yasin menunggu masa yang sesuai untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin tidak dilihat sebagai bersatu hati dengan Najib bermula daripada kritikannya terhadap slogan 1malaysia ciptaan Najib yang nazak.
Diikuti dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang ditukar kembali kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek teras itu.Ini juga dilihat sebagai penentangan Muhyiddin Yassin terhadap Najib dan Mahathir.
Muhyiddin juga didapati tidak pernah mahu memberi sebarang komen tentang isu-isu yang sedang melanda bosnya itu malah hanya berdiam diri seolah-olah tidak ambil peduli dengan apa yang menimpa Najib. Muhyiddin digambarkan oleh beberapa penulis blog sebagai gembira dengan situasi yang dihadapi Najib.
Tulisan yang menyatakan terdapat perebutan kuasa antara kedua-dua taiko besar dalam UMNO ini mungkin ada kebenarannya. Malah jika benar berlaku ia merupakan suatu yang boleh diharapkan untuk menghentikan amalan mempusakakan jawatan PM kepada anak PM-PM terdahulu atau lebih tepat lagi sistem dinasti dalam UMNO.
Dengan terhapusnya sistem dinasti dalam pemerintahan negara pastinya negara akan lebih selamat daripada penyelewengan , korupsi dan jenayah halal yang selama ini membawa kepada kerugian bertrillion RM wang pembayar cukai. Siapa sahaja pastinya akan berani berbuat demikian jika mengetahui penganti mereka sebagai peneraju kepimpinan negara adalah anak-anak mereka sendiri.
Daripada sudut politik dalaman parti, memang kejatuhan moral dan kredibiliti Najib memberi keuntungan kepada Muhyiddin. Sekiranya Najib mengundur diri atau kalah dalam PRU13 di Pekan maka calon PM yang seterusnya adalah dirinya sendiri. Mana mungkin ahli politik yang sudah sampai sejauh itu tidak punya cita-cita untuk menjadi PM.-GeloraHatiMuda, wasukalu.blogspot.
Najib 'advised' over his future son-in-law's alleged exploits...
PAS Youth has raised concerns over a news report that prime minister Najib Razak's future son-in-law, Daniyar Nazarbayev, was a 'conman' involved in financial fraud and forgery of academic documents.
The wing's information chief Riduan Mohd Nor said as the country's top leader, Najib should strive to keep away from unnecessary controversies, adding that the prime minister was already at the centre of many personal controversies.
"We certainly do not wish to see him (Najib) being overthrown due to petty personal matters which arised from his failure to take care of his family life," said Riduan.
In a report published by the New York Post, Daniyar, who was engaged in an elaborate ceremony to Najib's daughter Nooryana Najwa held at the prime minister's official residence in Putrajaya last year, was said to have cheated his Kazakh stepfather of a US$20 million Plaza condo as well as forging his academic qualifications in order to gain entry into Columbia University.
Citing court papers of a suit filed against him and his mother Maira by his step father Bolat Nazarbayev, who is also the brother of his father -the Kazakh president Nursultan Nazarbayev - the report said Daniyar landed at the college "using fraudulent and fabricated paperwork from a high school he didn’t actually attend".
Bolat, who has divorced Daniyar's mother, has accused her and Daniyar of taking advantage of his trust to swipe a condominium apartment in New York, the Plaza, and help themselves to two other multimillion-dollar apartments on Wall Street.
According to Bolat, Daniyar was supposed to put the apartment in his stepdad’s name but added his mother Maira's, who later sold it back to Daniyar for US$1.
Maira(above), said the report, lives in her son’s condo at The Plaza, a four-bedroom, 4,000-square-foot apartment with 3 1/2 bathrooms which reportedly boasts a US$68,000 monthly rental.
Meanwhile, PAS Youth said despite the allegations involving Najib's family, Pakatan Rakyat was committed to fight its political battle without dragging Najib's personal affairs.
However, the wing advised Najib to be cautious of the serious accusations involving his daughter's fiance.- harakahdaily
Najib's son-in-law to be,Daniyar Nazarbayez and his American adventure...
Saman terhadap bakal menantu Kazakh Najib mendedahkan segalanya: ROSMAH PASTI BANGGA!
Pemuda PAS bimbang PM dijatuhkan kerana isu Daniyar...
Dewan Pemuda PAS bimbang dakwaan bahawa warga Kazakhstan Daniyar Nazarbayev terlibat dalam skandal penipuan AS$20 juta (RM63.6 juta) akan menyebabkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak "dijatuhkan kerana isu remeh dan peribadi."
Ketua penerangan pergerakan itu Riduan Mohd Nor berkata dakwaan ke atas bakal menantu Najib itu, termasuk dakwaan memasuki Columbia University menggunakan dokumen palsu, mendukacitakan Pemuda PAS.
"Jika benar dakwaan ini Pemuda PAS berasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa.
"Sudahlah beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.1 bilion, bakal menantunya pula kini dituduh menipu," kata Riduan dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dakwaan yang timbul itu seolah-olah menunjukkan bahawa Najib kini "mempunyai terlalu ramai musuh."
"Semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum pilihan raya umum ke-13 sehinggakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan," kata Riduan.
Katanya lagi, Najib sepatutnya menyiasat latar belakang bakal menantu untuk mengelakkan dakwaan seperti itu, memandangkan perdana menteri kini menjadi perhatian media dan pengamal politik.
"Pemuda PAS tidak berharap beliau dijatuhkan kerana isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya," kata Riduan lagi dalam kenyataan penuh "dukacita" itu.
Daniyar dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhstan itu menipu bapa tirinya seunit kondominum bernilai AS$20 juta (RM62 juta).- malaysiakini
BN MPs defend Najib over son-in-law conman allegations
The Frenchman who keeps the Scorpene secrets
cheers.
No comments:
Post a Comment