Pendedahan video anak seorang Adun Umno di Melaka terlibat dalam memindahkan alamat pengundi, membuktikan penipuan dan komplot jahat Umno-Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pendedahan ini mengesahkan dakwaan kita selama ini bahawa wujud
usaha tersusun Umno BN menukar alamat pengundi dan merasuah mereka
untuk menang pilihan raya,” kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
“Ia jelas merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya dan cubaan membeli undi,” katanya.
Video itu mendedahkan aktiviti Umno Melaka merasuah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian mereka, bagi memberi kemenangan kepada BN.
Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di
Melaka.
Video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira lima minit itu dirakam secara tersembunyi dan kini tersebar di internet.
Dalam video berkenaan, mahasiswa yang bersedia menukar alamat dijamin akan ditukar ke alamat asal selepas PRU serta kos ditanggung dengan syarat mengundi calon Umno BN.
“Kita yakin ini adalah tindakan terdesak Umno BN untuk mempertahan Melaka dari ditawan Pakatan Rakyat pada PRU kali ini dan Kita menyeru setiap pengundi seluruh negara segera menyemak nama masing-masing.
“Jika anda mendapati ada sesuatu yang tidak kena mengenai status anda, cepat-cepat membuat laporan atau menemui wakil Pakatan Rakyat berhampiran,” katanya lagi. - keadilandaily.com
Umno akui tukar alamat mengundi siswa Melaka...
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka.
Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.
Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan
tanggungjawab itu.
"Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.
"Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.- malaysiakini
Baca seterusnya di sini
Caught on video -EC and NRD officials luring student voters...
Jangan lupa 28 April 2012...
cheers.
No comments:
Post a Comment