26 April 2012

Bersih 3 rally at Dataran Merdeka is Najib's test for his 'political transformation'...

The April 28 Bersih 3.0 peaceful “Duduk Bantah” rally at Dataran Merdeka for clean, free and fair elections is an acid test of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s “political transformation” to make Malaysia, in his own words, “the best democracy in the world”.


In the past seven months, the Najib government had been trying to undo the damage caused by the disastrous government mishandling of the 709 Bersih 2.0 peaceful rally for free and fair elections, which saw an arrogant, ham-fisted, high-handed and mindless repression and clampdown such as the government ban on Bersih, unjustified PSM arrests under Emergency Ordinance, arbitrary arrests for wearing Bersih 2.0 T-shirts or just wearing yellow.

In his Malaysia Day message on Sept. 16 last year, Najib promised a “political transformation” with a slew of reform of undemocratic and draconian laws like the repeal of the Internal Security Act and the revocation of the four Emergency Proclamations.

At that time, I had specifically asked: “Will the replacements for the repeal or removal of repressive laws and measures result in the reincarnation of these very same draconian features in a new format, e.g. repeal of ISA but enactment of new law which could be described as ISA2?”

This is what have come to pass in the past seven months. Although there have been reform or repeal of draconian laws, they have been basically “one step forward, two steps backward” exercises, whether enactment of the Peaceful Assembly Act; repeal of the Internal Security Act and replacement by Security Offences (Special Measures) Bill as well as amendments to the Penal Code, Criminal Procedure Code and Evidence Act; and amendments to the Printing Presses and Publications Act and the Universities and University Colleges Act.

This is why Pakatan Rakyat MPs could not support the Security Offences (Special Measures) Bill although we unanimously welcome the repeal of the Internal Security Act to end its pernicious detention-without-trial powers.

If the Prime Minister is sincere in wanting to make Malaysia the “best democracy in the world”, let him make a start by ending all government obstacles and objections to the holding of a peaceful gathering of Malaysians at Dataran Merdeka this Saturday in a “sit-in” protest to demand free, fair and clean elections in Malaysia.

“709” has gone down in Malaysian history as the day of empowerment of the real 1Malaysia – where all races and religions came together to demand a “Clean Malaysia”, not just for clean elections but also in the political system and all aspects of national governance.

Let “428” go down in Malaysian history, not only as demonstration of greater empowerment of decent and patriotic Malaysians for a “Clean Malaysia”, but as a testament that the Prime Minister is sincere in wanting to make Malaysia “the best democracy in the world”.

I say, lets start with the immediat revocation of the unjustified, unreasonable and undemocratic government ban on Bersih – especially as the Kuala Lumpur High Court Judge Justice Rohana Yusof is asking the Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein to clarify the government declaration of Bersih as an illegal organisation after the Home Minister’s recent change of stand in conceding that the Bersih 3.0 rally is not a security threat.

I will be at the Bersih 3.0 “Duduk Bantah” rally at Dataran Merdeka on Saturday. Let all decent and patriotic Malaysians, regardless of race, religion, gender or age, come forward whether at Dataran Merdeka, other parts of Malaysia or throughout the world, to send out one common message in peace and harmony: Malaysians want a “Clean” elections as a prerequsite to a “Clean Malaysia”!- Lim Kit Siang,http://blog.limkitsiang.com





Bersih 3.0 ujian penentu transformasi politik Najib...

Perhimpunan aman Bersih 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April di Dataran Merdeka yang menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil merupakan ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan “sistem demokrasi terbaik di dunia”

Dalam tempoh tujuh bulan ini, kerajaan Najib sedang cuba untuk memperbetulkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman 709 Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bebas dan adil yang jelas mempamerkan keangkuhan, penindasan dan kawalan ketat seperti pengharaman kerajaan terhadap Bersih, penahanan ahli PSM dibawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) yang tiada justifikasi, penahanan sembarangan orang yang memakai baju-T Bersih 2.0 atau yang memakai pakaian yang berwarna kuning.

Dalam ucapan Hari Malaysia pada 16 September tahun lepas, Najib telah berjanji untuk suatu “transformasi politik” dengan pembaharuan dalam undang-undang drakonian dan yang tidak demokratik seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta pembatalan 4 Proklamasi Darurat.

Pada masa itu, saya telah bertanya secara spesifik: “Adakah penggantian bagi pembatalan undang-undang yang menindas akan mengakibatkan kelahiran semula wajah drakonian dalam format baru, contohnya pemansuhan ISA tetapi enakmen undang-undang baru yang boleh diperikan sebagai ISA2?

Ini adalah apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan ‘satu langkah kehadapan, dua langkah kebelakang”, samada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan  Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ini adalah sebab mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak boleh menyokong Akta Kesalahan (Langkah-langkah Khas) walaupun dipersetujui secara sebulat suara untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan untuk mengakhiri kuasa mutlak penahanan tanpa bicara.

Sekiranya Perdana Menteri benar-benar ikhlas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”, biar beliau mulakan dengan membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman “Duduk Bantah” ayang akan dihadiri rakyat Malaysia bagi menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“709” merupakan tarikh yang bersejarah buat negara Malaysia sebagai hari yang memperkasakan erti sebenar slogan 1Malaysia-di mana rakyat jelata dari pelbagai kaum dan agama yang berkumpul bersama untuk menuntut “Malaysia Yang Bersih” bukan untuk pilihanraya yang bersih tetapi dalam sistem politik dan semau aspek pentadbiran kebangsaan.

Biar “428” mengukir sejarah di Malaysia, bukan sahaja sebagai demonstrasi tanda keberdayaan rakyat Malaysia yang patriotik untuk “Malaysia Yang Bersih”, tetapi pengakuan bahawa Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai “sistem demokratik terbaik di dunia”.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap Bersih yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa Bersih sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa Bersih 3.0 bukanlah ancaman keselamatan.

Saya akan menyertai perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini. Biar semua rakyat Malaysia yang patriotik terhadap negara mereka tidak kira kaum, agama, jantina atau umur, untuk mara ke depan, sama ada di Dataran Merdeka atau di mana-mana di Malaysia atau di dunia untuk menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya “Bersih” sebagai prasyarat untuk “Malaysia Yang bersih”.- harakahdaily


 


4,000 unit amal Bersih kawal perhimpunan Duduk Bantah

Seramai 4,000 petugas unit amal Bersih disediakan pada perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di lapan lokasi di seluruh negara.
 

Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata unit itu bertujuan memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.

“Petugas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Mereka dikerah menjaga keselamatan orang ramai di lapan lokasi seluruh negara. 


Kita mahu perhimpunan paling aman,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya bersih, hadir beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

“Jangan takut untuk berhimpun Sabtu ini. Kita hanya duduk untuk suarakan tidak puas hati, bukan buat rusuhan atau kekacauan. Kita jamin – jika tiada provokasi, Duduk Bantah akan jadi perhimpunan paling aman,” katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema ‘Duduk Bantah’ diadakan Sabtu ini bermula jam 2 petang di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu,  Kuching,  Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Bersih 3.0 bertujuan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, selepas laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihan raya enggan memenuhi lapan tuntutan.- keadilandaily


Jom join Pak Samad 28 April ini...







NONE


azlan

cheers.

No comments:

Post a Comment