20 March 2012

BN akan 'hempuk' rakyat jika menang PRU13 nanti...


Penderaan dari segi ekonomi dan keperitan hidup adalah balasan yang disediakan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jika ia menang dalam pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Hari ini, semua kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan apa sahaja bebanan ke atas rakyat ditangguhkan.

"Semuanya akan dihempuk ke atas kepala rakyat sebagai balasan kepada rakyat selepas BN menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.


"Bersedialah untuk menahan diri anda dihempuk dengan penderitaan demi penderitaan akibat penyiksaaan BN selepas ia menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Sejak lebih setahun lalu, kata Mohamad, rakyat didendangkan betapa kerajaan kononnya menanggung beban akibat pelbagai subsidi untuk rakyat.

"Itu sahaja lagu yang didendangkan kepada rakyat supaya mereka bersedia menahan diri menanggung penderitaan akibat penyiksaan BN selepas pilihan raya akan datang," katanya.

Walaupun bersetuju dengan jangkaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan negara akan bankrap seperti Greece kira-kira pada tahun 2019, tetapi Mohamad yakin bukan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan negara bankrap.

"Penyakit yang sebenarnya menyebabkan negara bankrap ialah rasuah.

"Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) menganggarkan bahawa rasuah boleh mengakibatkan negara menanggung kerugian kira-kira RM10 bilion setahun.

"Itu jangkaan institusi kerajaan. Saya yakin kerugian yang ditanggung oleh negara jauh lebih besar lagi," kata Mohamad.

Rakyat, katanya, mestilah mempersoalkan dakwaan kerajaan yang meletakkan subsidi kepada mereka sebagai punca utama yang mengakibatkan kemelut ekonomi negara ini.

"Benarkah subsidi merupakan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara sehingga negara dijangka bankrap?

"Adakah salah urus, salah tadbir dan penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan kroni-kroni mereka bukan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara?" beliau mempersoalkan.

Sebagai contoh, kata beliau, keluarga Ketua Wanita Umno sahaja mendapat pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari Kementerian Kewangan yang hakikatnya seperti diberikan begitu sahaja.

"Itu keluarga Ketua Wanita Umno yang akan tamat tempoh jawatan menterinya April ini.

"Bagaimana dengan keluarga pembesar Umno yang lain? Adakah mereka berdiam diri dan melihat begitu sahaja keluarga (Datuk Seri) Sharizat (Abdul Jalil) mendapat nikmat sehingga RM250 juta?" kata Mohamad.


Beliau yakin, jika dibuat kajian yang telus dan bertanggungjawab, negara sebenarnya lebih banyak menanggung beban akibat penyelewengan dan rasuah berbanding pemberian subsidi kepada rakyat.

Semalam, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi telah ditangguhkan memandangkan kos sara hidup yang meningkat. Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, Pemandu berkata, langkah itu adalah semata-mata keputusan sementara.

Sebelum ini, badan pemikir yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu mendesak Putrajaya melaksanakan "rasionalisasi subsidi" dalam usaha mengawal kos subsidi yang terus melambung.Putrajaya mengunjurkan bahawa kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM33.2 bilion bagi menampung kos subsidi pada 2012, yang dikatakan punca bajet defisit.

Kali terakhir subsidi dikurangkan adalah pada Jun tahun lalu yang membabitkan gula, bahan api dan tarif elektrik. Idris yang juga ketua pegawai eksekutif Pemandu pada 2010 memberi amaran bahawa pelan rasionalisasi subsidi adalah perlu atau Malaysia akan menjadi muflis seperti Greece dalam tempoh sembilan tahun.

Dipercayai akibat tekanan demi tekanan dari dalam BN sendiri, tahun lalu beliau menukar pendiriannya dan berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya sebelum itu.- harakahdaily




Mat Sabu: Economic woes come back to haunt if BN re-elected

PAS deputy president said the government's recent decision to suspend tax raise and subsidies cut in the run-up to the 13th general election would be proven a farce once Barisan Nasional was re-elected.

“All this will be knocking on people’s door if BN wins the next election. Be prepared to endure continuous hardship from BN after their victory,” said Mohamad Sabu (pic).

Saying people had been led to believe that their burden had been cushioned in the form of subsidies, Mat Sabu however opined that the people were being made to go through an 'endurance test' for more economic woes later.

Dismissing the argument that continuous subsidies would lead to bankruptcy, Mat Sabu said corruption was at the heart of any financial doom, burning some RM10 billion from the treasury annually.

"That is an estimation by a government agency. I am sure the actual figure is higher,” he added.

“Is it not the mismanagement, rampant abuses of public fund for the interest of their ruling party leaders and cronies, the main cause of economic woes?" he asked.

Turning to Wanita UMNO chief Shahrizat Abdul Jalil, whose cabinet position expires next month, Mat Sabu said she and her family had been "let off just like that" over their involvement in embezzling government funds.


Earlier, the government's Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) said its subsidies 'rationalisation' plan was suspended after inflation breached a 27-month high of 3.5 per cent last June.

“We have put it on hold because the government has changed its focus to cost of living,” said Alex Iskandar Liew, communications director for the Government Transformation Programme (GTP).

Putrajaya estimates some RM33.2 billion for 2012 subsidies, blamed as root cause for national deficit.-harakahdaily

cheers.

No comments:

Post a Comment