1. Najib sekarang ni dok ada di Negeri Sembilan dalam usaha menaikkan rating popularitinya sejak beberapa bulan yang lalu. Dia tak berenti berkempen untuk persediaan Pru-13 walaupun Parlimen belum dibubarkan sebab rating dia telah menjunam teruk. Itu fakta.
2.Dalam ceramah yang beliau buat di PD semalam, Najib kata "Anwar tak layak jadi jadi pemimpin negara". Alasannya adalah ramai dari kalangan pemimpin PKR yang lalu telah keluar meninggalkan Anwar apabila mendapati Anwar tidak dapat menjanjikan kemewahan wang ringgit serta populariti sebagaimana yang boleh dihidangkan oleh Umno. Anwar tak layak jadi pemimpin itu adalah auta manakala ramai cabut tinggal kan Anwar sebab tak dapat habuan adalah fakta.
3.Kata Najib lagi, Chandra Muzaffar yang suka orang memberi perhatian padanya pernah kata, sekiranya Anwar menjadi PM, satu malapetaka dasyat akan berlaku pada negara. Najib quote kata Chandra itu fakta, manakala kata Muzaffar itu adalah auta. Tapi kalau Chandra maksudkan malapetaka pada orang BN dan juak-juaknya, ia akan menjadi fakta.
4.Najib marah sebab PR kata BR1M itu adalah rasuah politik. Bagi Umno politik untuk menang dengan menggunakan duit itu bukan rasuah, itu fakta. BN ikhlas semata-mata nak tolong rakyat dalam pemberian BR1M pula adalah auta.
5.Najib tuduh bila kaunter BR1M dibuka, pembangkanglah yang mula-mula beratur pergi ambil duit itu. Semua rakyat yang layak, beratur ambil duit yang kerajaan beri sebab itu duit depa itu fakta. Pembangkang jadi orang pertama pergi ambil duit tu pula hanyalah auta.
6.Auta yang paling besar sekali yang Umno bohong rakyat adalah "hanya Umno/BN saja yang mampu perintah Malaysia"
7.Fakta besar sekali yang rakyat dah buka mata adalah, 'Terbukti Pakatan Rakyat mampu memerintah dengan lebih baik berbanding Umno BN di semua negeri PR terutamanya Pulau Pinang dan juga Selangor" - utusan meloya,utusanm.blogspot
Najib: Anwar not qualified for PM post
The Sun percuma sudah berani dimuka depan hari ni meletakkan gambar thumbs down dari komuniti cina untuk BN.
ReplyDeleteItu pun fakta bukan auta.