Ini merupakan peningkatan daripada RM1.2 bilion yang dilaporkan tahun lepas.Perkara
itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam
ucapannya semasa menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di
Pekan Subang hari ini.
Menurut Abdul Khalid, pengurusan wang yang beramanah sebagaimana dilakukan kerajaan Selangor membuktikan komitmen PR terhadap pemerintahan yang adil dan tidak berbelah bahagi.
"Ini
menunjukkan bahawa negeri Selangor yang ditadbir PR boleh menjaga wang
rakyat dengan baik, selaras dengan tema Selangorku : Hasil Negeri Untuk
Rakyat. Kerajaan terdahulu (Umno-BN) tidak pernah membela nasib rakyat.Perkara ini juga sekaligus membuktikan PR boleh mentadbir negeri Selangor jauh lebih baik berbanding kerajaan Umno-BN," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menyeru rakyat untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 yang ditawarkan kerajaan pusat kepada setiap keluarga yang memiliki pendapatan kurang daripada RM3000.
"Rakyat
perlu menggunakan peluang yang ada ini untuk segera mengambil bantuan
yang diberikan kerajaan persekutuan kerana wang itu adalah hak milik
rakyat yang dikembalikan semula.Saya juga menyeru kepada setiap
wakil rakyat untuk sama-sama membantu mereka yang berkelayakan ini
segera mengisi borang," tegasnya.
source:tvs news
Baca di sini.
cheers.
Syabas, keep moving. Remember "When the going gets tough the tough gets going.
ReplyDelete