Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom
selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung
kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru
ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah
menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam
upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.
"Apa
guna Jamil Khir menjawat jawatan menteri mengenai urusan agama apabila
beliau gagal menasihat dan menegah penyertaan Perdana Menteri dalam
upacara Thaipusam sehingga mufti sendiri menyifatkan perbuatan Perdana
Menteri itu menggadai agama," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Beliau
berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib
berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti
Perak pula.
Beliau juga mempersoal di mana peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dalam menasihati Najib dalam urusan agama.
"Atau adakah Najib hanya mahu menerima nasihat dan petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide sahaja?
"Kalau begitu, lebih baik Jamil Khir meletak jawatan dengan segera," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz
juga hairan, adakah Jamil Khir tidak tahu bahawa selain dari menghadiri
upacara Thaipusam, banyak lagi tindakan dan perkara yang haram dalam
Islam dihalalkan oleh Umno.
"Tindakan tersebut termasuk rasuah,
fitnah, mencuri duit rakyat dan diberikan kepada kroni seperti kes lembu
fidlot, mengaibkan sesama manusia, menipu dalam pilihan raya, pengundi
hantu, pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak
menerimanya dan banyak perkara lain yang diharamkan oleh Islam.
"Tetapi
dalam Umno semuanya halal asalkan dapat undi, dapat untung dan dapat
wang. Itulah fahaman Umno dan itulah yang dilakukan oleh Umno. Adakah
Jamil Khir(kanan) tidak tahu atau beliau juga merestui perbuatan-perbuatan
itu?" katanya.
Sebelum ini, dalam tegura terhadap perbuatan Najib
menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya “menggadai akidah” itu,
Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun
Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama
Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa
jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut
ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak
macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu
untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat
dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian
Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau
penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam
perayaan itu.
source:harakahdaily
cheers.
No comments:
Post a Comment