12 January 2012

Karpal says Yusof's appeal call 'misplaced'...

Lead defence counsel in the Sodomy II trial Karpal Singh says the call by lead prosecutor and Solicitor-General II Yusof Zainal Abiden for an appeal is “misplaced”.

Karpal said Attorney-General Abdul Gani Patail has the discretion under Article 145 (3) of the Federal Constitution whether to file an appeal, but he should consider the impact of the trial on Anwar Ibrahim and his family.

“Anwar’s trial extended over a period of three years.

“The decision of (judge) Mohamad Zabidin Mohd Diah is based on findings of fact, which an appellate court is slow to overrule in an appeal,” he said in a statement today. Karpal said the attorney-general should not appeal in the interest of all parties concerned in order for there to be closure.

Yesterday, Yusof was quoted by TV3 as urging the attorney-general to appeal against Anwar's acquittal. This followed a similar call by complainant Saiful Bukhari Azlan’s father.

NONE

'Unprecedented'

Attempts to contact Yusof for further clarification have been futile. It is understood that he is currently on leave until Feb 1, when he retires.

The attorney-general's chambers has 14 days from the date of the delivery of the verdict by the High Court to appeal the decision. It has thus far not indicated that it would do so.

Meanwhile, DAP parliamentary leader Lim Kit Siang opinined that the TV3 report last night was "extraordinary" and "unprecedented".

"This must be the first case of its kind where any prosecution team goes public to lobby and pressure the attorney-general to file any appeal," he said.

In a statement today, Lim warned that any appeal by the attorney-general wouldl lose whatever credibility and goodwill earned by the Najib administration both nationally and abroad.- malaysiakini



Pendakwa tiada asas kemukan rayuan

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pihak pendakwaan dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai asas mengemukakan rayuan.

Beliau mengulas tindakan pihak pendakwa yang mahu membuat rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat, Isnin lalu.

Dalam laporan Buletin Utama, TV3 semalam, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Saya menyatakan adalah amat tidak munasabah bagi peguam negara untuk memfailkan rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang,” ujar Surendran.

“Tidak ada keterangan munasabah yang dipercayai atau apa-apa asas untuk memfailkan rayuan terhadap Datuk Seri Anwar. Keputusan hakim Zabidin adalah betul melihat kepada keterangan yang telah disampaikan kepada mahkamah,” tegas beliau.

Justeru itu, Surendran meminta peguam negara tidak menurut arahan politik daripada Umno-BN untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

“Saya juga memberi amaran kepada Umno supaya jangan menggunakan pengaruh politik untuk mengarahkan rayuan difailkan,” tegasnya yang juga peguam.

Menyokong kenyataan Majlis Peguam, Surendran berkata, sesuatu rayuan hanya boleh difailkan sekiranya didapati mahkamah menolak bukti kukuh sepanjang perbicaraan.

“Rayuan hanya dibuat apabila sesuatu kes yang kukuh telah ditolak mahkamah, tetapi di sini tiada kes terhadap ketua pembangkang, tambahan ia tajaan politik Umno-BN,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantu beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika membuat kesimpulannya, Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan juga bukti lisan tak boleh mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bersalah. - keadilan daily

Belum ada keputusan buat rayuan, kata Pejabat AG


NONEKetua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat, belum diputuskan lagi.

Kamaluddin mengesahkan bahawa bahagiannya telah menerima laporan daripada pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, oleh kerana laporan itu masih belum dikaji, katanya, keputusan masih belum dimuktamadkan meskipun pihaknya cuma mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Mereka (Mohd Yusof) mungkin membuat cadangan tetapi kita perlu mengkaji perkara itu. Jika kita failkan rayuan, ia akan dibuat sebelum 25 Januari," katanya.

Bahagian yang diterajui Kamaluddin, khususnya mengendalikan kes-kes rayuan selepas penghakiman dibuat dalam perbicaraan kes jenayah dan memutuskan sama ada sesuatu notis rayuan perlu difailkan.

NONEHari ini, Mohd Yusof juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa pihaknya telah membekalkan laporannya kepada Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, semalam dengan saranan supaya rayuan difailkan terhadap pembebasan Anwar.

"Kami rasakan bahawa kita selesa dengan bukti-bukti yang dikemukakan (untuk mensabitkan kesalahan). Oleh itu, saya cadangkan rayuan dibuat," katanya.

"Terpulang kepada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) untuk membuat keputusan, dan jika beliau tidak membuat keputusan, terpulang kepada Peguam Cara I Negara Datuk Idrus Harun," kata Mohd Yusof.

Abdul Gani tidak boleh terbabit dengan sebarang perkara mengenai kes Anwar kerana berikutan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti.

Atas alasan itu, beliau tidak diberi sebarang peranan semasa perbicaraan kes liwat II. Yusof dijadualkan untuk bersara pada 1 Februari.

source:malaysiakini


cheers.

1 comment:

  1. Karpal says that "The decision of (judge) Mohamad Zabidin Mohd Diah is based on findings of fact"

    But Anwar said that it is due to foreign govt pressure on Najib

    ReplyDelete