Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak sesekali terpedaya dan terperangkap dengan tipu helah DAP bahawa parti itu memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
Muhyiddin berkata, apa jua tindakan parti itu hanyalah helah semata-mata demi untuk menarik sokongan orang Melayu.
"Dia kata dia bukan parti perkauman, dia kata dia parti multi-racial (pelbagai kaum) tetapi dari segi amalan dan apa yang telah dilakukan oleh DAP sejak ditubuhkan sampai sekarang pun jelas terbukti (ia) parti yang chauvinist," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bahawa lebih ramai orang Melayu akan menyertai parti itu.-antarapos.com
Don't fall for DAP trap, Muhyiddin warns Malays
Malays must not allow themselves to fall into the trap being carefully laid for them by the DAP, Umno deputy president Muhyiddin Yassin warned today.
"Don't do easily duped by DAP's trap," he said at a press conference in Putrajaya today. "After so long, suddenly they want to recruit Malays. Who knows what for?" he said.
All throughout history, Muhyiddin said, he and political veterans were aware that the DAP had never even once stood up for the rights of the Malays.All the party ever stood for with any conviction, he claimed, were issues such as Chinese education.
"Look through the annals of history. Their chauvinist manner is clear," the deputy prime minister added.
More importantly, he said, the DAP exhibited racist tendencies and Malays must therefore be warned that there must be hidden motives for the party to be suddenly recruiting Malays.
"When they have a need for Malay leaders in order to fill the ranks of executive councillors or high positions (in Pakatan governments), then they look for Malays," he said.
Muhyiddin said this in response to DAP supremo Lim Kit Siang's statement that more Malays were gearing up to join the party. Recently, two Malay Universiti Teknologi Mara (UiTM) students announced their intention to join the DAP. Their move came on the footsteps of two Malay lawyers and press freedom advocate and former NUJ chief Hata Wahari, who signed up as members of the party.-malaysiakini
IS IT A GREVIOUS SIN TO JOIN DAP?
Hak orang Melayu untuk sertai DAP
Tiada siapa di dalam dunia ini dapat menghalang penyertaan sukarela orang Melayu ke dalam DAP, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Katanya ini adalah gelombang perubahan masa kini dan tiada siapa pun mampu menghalang Melayu menyertai kaum-kaum lain bersama membentuk masa hadapan negara yang lebih hebat.
“DAP dari awal penubuhan selama 46 tahun ini tidak pernah lari dari perjuangan buat semua rakyat Malaysia, tidak kira apa kaum atau agama pun,” katanya dalam ucapan sewaktu Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Pulau Pinang di sini hari ini.
Sebaliknya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib sendiri gagal meyakinkan kabinet beliau untuk menyokong dasar 1Malaysia yang kononnya mahu mewujudkan perpaduan dan keadilan untuk semua kaum.
“Ia adalah gambaran politik penakut sebahagian pemimpin UMNO terhadap DAP yang kerap dihentam dengan penipuan, fitnah dengan hasutan 3R (race, race and royalty – kaum, agama dan raja) yang digunakan terhadap DAP,” katanya.
Menurutnya DAP sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 selain memberi komitmen dan keyakinan penuh kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta cadangan-cadangan dalam Buku Jingga yang juga berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau menasihatkan Najib dan Muhyiddin agar peka dan tidak keras kepala terhadap apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, dan supaya menghentikan politik 3R.
“Ini juga bukan sahaja satu cabaran terhadap konsep 1Malaysia Najib itu, malah kepada usaha Najib yang kononnya mengangkat diri sebagai ‘golongan sederhana’,” katanya. – Roketkini.com
Tentang orang paling rasis di dunia - Hata Wahari
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu tidak harus terperangkap dengan perangkap DAP.
Sebaliknya perkara yang paling relevan sekarang ialah orang Melayu jangan terperangkap dengan kata-kata Timbalan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pertamanya, saya ingin menegaskan orang Melayu kini semakin terbuka untuk menilai sebuah parti berbilang kaum DAP sebagai sebuah parti yang telus dan ikhlas untuk berjuang untuk kepentingan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.
Keduanya, orang Melayu kini boleh duduk berbincang dengan orang Melayu yang menyertai DAP walaupun mereka dari Umno dan menerima penjelasan dengan baik serta tidak lagi bersikap ingin memusuhi ataupun menghamburkan kata-kata penghinaan.
Ketiganya, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa Umno dan BN bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja.
Keempat, orang Melayu kini telah bersedia untuk menongkah arus memastikan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin lampau yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara aman, makmur dan bersatu sesuatu yang telah gagal di laksanakan oleh Umno dan BN.
Baca seterusnya di sini.
cheers.
No comments:
Post a Comment