11 January 2012

Guna dakwat kekal harus, dan dibenar, apa lagi helah SPR...

NONEJawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya Prof Tan Sri Abdul Shukor Husin(kiri) berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.

Pada Disember lalu, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis "silver nitrate" akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama,” katanya.



Fatwa committee okays indelible ink

The National Fatwa Committee today decided that the use of indelible ink in the 13th general election is allowable and should be implemented.

Its chairman Abdul Shukor Husin said the decision was made based on three categories namely the ink is not unclean, not hazardous and permeable.

"The ink if applied to Muslims can absorb water and does not pose any problem in performing prayers," he told reporters after chairing a meeting on the matter in Kuala Lumpur today.

The meeting, held at the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), was attended by representatives from the Election Commission (EC), Chemistry Department, Health Ministry and the muftis.

In December, the EC announced that the 'silver nitrate' premanent ink would be used for the 13th general election.


source:malaysiakini

cheers.

No comments:

Post a Comment