Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.
Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.
Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya.
"BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas.
Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan.
Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya ‘lawan tetap lawan’ sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam.
"Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya.
source:harakahdailycheers.
Biar bagaimana terbaik perancangan sekali pun, samada ke penjara atau apa bentuk diskripsi hukuman mahkamah pasti yang nyata tetap satu realiti keadilan gulungan manusia. Maka sesungguhnya manusia kadangkala lebih tidak adil dan lebih tidak baik, kerana sememangnya manusia al-annas kadangkala lebih bersikap kepada khannas kecuali manusia-manusia yang beriman dan bertawakal ke jalan allah. Andai terhukum DSAI tetap jua itu satu ujian dari yang maha kuasa, maka pastinya akan terhukum jua mereka-mereka yang berkomplot meski pun tidak di mata dunia tapi di persada mahkamah yaumil akhirat kelak. Nyatanya akibat dari juang politik yang tidak tulus selalu menghasilkan berbagai bentuk ancaman dan pengkarya-pengkarya hipokrkit pemusnah musuh dengan menggunapakai instrumen fitnah sebai bom jengka untuk tenggelamkan musuh. Sebagai habuannya apalah sangat kuasa bermaterial tetapi sesama umat muhammad bercakaran selagi bernafas bersandarkan politik kotor! Terserah pada yang maha esa!!
ReplyDelete