29 January 2012

13/1/2012 - Anwar berada di Thailand kah...




Dalam laporan muka Utusan Malaysia itu,  Shuib Lazim(kiri) dari geng Datuk T dilaporkan berkata video baru Anwar  itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Dalam posting aku tempoh hari berjudul "Datuk T sex sequel draws a yawn..." aku ada link dengan blog 'suarapakatanrakyat.com' yang menyatakan bahawa pada 13/1/2012 Anwar berada di Indonesia dan bukan di Thailand seperti yang didakwa oleh geng Datuk K.

Maklumat terbaru yang diperolehi, sebenarnya Anwar tidak berada di Indonesia atau Thailand pada tarikh tersebut.

Mengikut catatan blog activist901.com Sdr.Anwar berada di Kuala Lumpur. Baca catatan blogger tersebut di sini.


Diperturunkan muka surat FB di bawah ini....


Anwar berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.


Baca berita berikut....
 
Mustafa wakili Pakatan jumpa SPR bincang p'raya adil


Nampaknya geng Datuk T ini berang kerana Anwar menang kes Sodomi 2 jadi mereka adakan 'Video seks 2.0:  sebagai satu lagi percubaan cemarkan Anwar'

cheers.

No comments:

Post a Comment