19 December 2011

Kelentong Mahathir 'terlondeh'...

Sandiwara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pinjaman dari Bank Dunia pada sekitar tahun 1999 sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.

Selama ini, Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek “Malaysia Education Sector Support Project”,

“Malaysia Social Sector Support Project” dan
“Malaysia Year 2000 Technical Assistance Project”
manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek “Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan”.


Tuduhan terhadap Anwar direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen beliau dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban, demikian menurut satu kenyataan dari pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kata kenyataan itu, Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.

Lantaran ketegasan beliau inilah Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara, kata kenyataan itu lagi.

Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.

Mahathir cari alasan

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

“Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu.

“Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain,” katanya kepada harakahdaily.

Tambahnya pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.


“Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai ‘hero’ yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap ‘kapitalis’.

Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

source:FMT

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu

World Bank records, claims proof Dr M received aid

Sebelum cabar bersumpah Mahathir elok tengok siapa towkay San Miguel

Malaysia - Loans & Credits

cheers.

3 comments:

  1. Pasai tu aku dah cakap dulu, Mahathir kalu hang tutup mulut dari dulu lagi,1Malaysia ini senang hati!!!

    Kalu nak sumpah,hang pi belajaq kat Saifool juboq atau Datuk T mabuk todi.

    ReplyDelete
  2. Tuan Haji Anwar Ibrahim MENGAMUK ... ARAH KEADILANDAILY SEMAK SEMULA PEMBOHONGAN DI PORTAL!
    Posted by Gelombang Wangsa Maju | Monday, December 19, 2011

    Blogger Dr MIM sudahpun melibas kebodohan Tuan Haji Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily dalam isu penolakan 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF), bukannya Bank Dunia (World Bank).
    Full article ... click TUAN HAJI ANWAR PEMBOHONG BESAR
    Krisis kewangan Asia seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim bukannya berlaku pada tahun 1999, ianya berlaku sejak dari tahun 1997-1998 akibat spekulasi matawang.
    Masalah sebenar rakyat adalah pemahaman fungsi dua institusi kewangan terbesar dunia, IMF dan World Bank. Krisis kewangan Asia menyebabkan negara Indonesia, Thailand dan Korea Selatan terpaksa meminjam dan menandatangani 'surat pajak gadai' negara!

    GWM cuma mahu berkongsi maklumat khasnya kepada rakyat Malaysia, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak mempunyai hutang yang terlalu tinggi dengan World Bank ... negara tidak akan muflis seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.
    Paparan dibawah adalah hutang negara kepada World Bank dan perbandingan hutang negara-negara jiran kepada World Bank.
    Baki hutang Malaysia kepada World Bank adalah sebanyak USD 33,333.34 sahaja.
    Baki hutang negara Filipina kepada World Bank berjumlah USD 2,944,311,360.16.
    Baki hutang negara Indonesia kepada World Bank berjumlah USD 11,361,689,885.98.
    Baki hutang negara Thailand kepada World Bank berjumlah USD 66,938,249.99.
    Baki hutang negara Vietnam kepada World Bank berjumlah USD 8,730,252,005.34.
    Malaysia hanya mempunyai baki hutang dengan World Bank sebanyak USD 33,000 sahaja, berbanding dengan negara-negara jiran yang masih berhutang sehingga mencecah RATUSAN JUTA DAN BILLION DOLLAR! Inilah fakta yang disorokkan pembangkang untuk melakukan pembohongan kepada rakyat dan menidakkan prinsip amalan kewangan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional!
    Bagaimana pula hutang negara kepada IMF, jika benar wujud Malaysia menerima 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF)?
    Negara tidak berhutang dengan IMF atau menerima sebarang 'pakej bantuan kewangan' dari IMF!
    Bagaimana dengan hutang negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, yang telah menerima 'pakej bantuan kewangan' ini?
    Siapa berbohong sebenarnya ... Tun Dr Mahathir atau Tuan Haji Anwar Ibrahim! THAIIek... Siapa sebenarnya yang menyelamatkan negara dari terjerumus ke kancah hutang IMF!

    ReplyDelete
  3. The fact that World Bank records show Malaysia did receive loans after Anwar was in prison go to prove that Mahathir is a 'humsup' liar!

    And Mahfuz is right when he says,"Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon"

    This double headed snake called Mahathir is the worst among the lot!

    ReplyDelete