Utusan sebagai organ media yang menyebelahi UMNO itu telah di perintah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu kepada Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Utusan telah di dapati melakukan fitnah yang DAP adalah parti yang anti-Islam, anti Melayu dan melakukan ‘christianisation’ terhadap orang Islam.
Apa sahaja yang tidak elok itu adalah perbuatan DAP dan segala rasuah dan penyalahan guna kuasa oleh UMNO itu tidak salah.
Yang boleh melakukan kesalahan hanyalah UMNO kerana UMNO merasakan ia adalah parti berkuasa dan mempunyai immuniti dari menghadapi tindakan undang-undang.
Utusan sebagai organ untuk parti pemerintah sepatutnya menunjukkan sikap yang benar-benar berintergriti dan menjauhi dari sikap memporak perandakan pemikiran rakyat.
Kita sedang berada di dalam zaman dan waktu dalam mana rakyat keseluruhannya sedang melakukan ‘soul-searching’ yang serius. Jika Utuan melakukan perkara yang tidak adil terhadap lawan maka secara atomatisnya pihak yang di fitnah itu sentiasa mendapat simpati yang tinggi dari rakyat yang menghakiminya.
Jika Utusan masih mempunyai pemikiran yang UMNO akan selamat dalam keadaan yang bergelora seperti dahulu, ia merupakan tanggapan yang salah dan kita tunggu sahaja akibat penolakkan rakyat terhadap UMNO itu.
Sesungguhnya yang melemahkan UMNO bukannya pembangkang tetapi ahli-ahli UMNO itu sendiri. Jika Utusan masih mempunyai kepercayaan yang melakukan porak peranda terhadap parti lawan itu tidak lagi menjadi tektik ampuh untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Dulu-dulu bolehlah tetapi bukan lagi dalam keadaan sekarang.
Sesungguhnya yang rasis itu adalah UMNO, bukannya DAP. DAP adalah sebuah parti yang multi-racial yang kini sedang berusaha untuk membuktikan sifat keperbilangan kaumnya dengan meminta orang Melayu untuk melihat parti itu secara objektif, bukannya dimomokkan terus-terusan sebagai parti cina sebagai yang di tuduh oleh Utusan dan Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Jika UMNO di tolak, ianya tidak menjejaskan orang Melayu. Lagi pun UMNO itu sendiri telah mati pada tahun 1988 dahulu. Pada hakikatnya UMNO sudah lama tiada. Yang ada sekarang hanyalah parti yang senama dengannya yang tertubuh pada tahun 1988 dahulu untuk menyelamatkan seorang pemimpin yang sangat sayang pada kuasa yang dipegangnya secara peribadi.
Akibatnya rakyat berpecah belah sehingga hari ini. Yang hanya selamat hanya beliau seorang dan sekarang masih kuat bercakap tentang Melayu.- aspan alias
(Catatan di atas adalah sedutan daripada rencana terbaru Aspan Alias yang dimuatkan dalam blognya.) Baca artikal penuhnya di sini.
source:aspanaliasnet.blogspot.com
cheers.
Bukan depa baca talkin kat UMNO dulu,spt hantu2 dlm senarai SPR, dia kembali utk buat jahat terhadap rakyat semua.
ReplyDelete