Selepas didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan mengumumkan projek printis guru bekerja sembilan jam dimansuhkan.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pada satu sidang media di Labuan semalam.
Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.
Sebelum ini, beberapa pihak termasuk PAS menggesa kerajaan memansuhkan cadangan tersebut yang disifatkan 'mengainaya' warga pendidik.
Selain itu, perlaksanaan sistem itu juga didakwa boleh menjejaskan fokus guru kepada pengajaran murid di sekolah.
Isu berkenaan juga sebelum ini turut disuarakan dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
Dianggarkan seramai lebih 5,000 guru dan 104 sekolah di seluruh negara terbabit dalam projek perintis tersebut dengan guru sebelah pagi bertugas di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan guru sebelah petang bertugas pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Ianya akan dilaksanakan di Sarawak dan bakal diperluas di Melaka, Pahang dan Johor.
Selain parti politik, tindakan kerajaan itu juga dibidas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kerana didakwa membuat keputusan tanpa berbincang dengan mereka.
Presiden NUTP Hashim Adnan dalam bantahannya sebelum ini menyifatkan tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal kerana beberapa faktor.
Antaranya, sistem 2 sesi persekolahan yang masih dilaksanakan di kebanyakan sekolah.
Cadangan itu juga katanya, akan menambah beban dan tekanan kepada golongan pendidik yang tanggungjawab mereka selama ini tidak terhad kepada mendidik sahaja tetapi turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan kemasyaratan.
source:harakah daily
9-hour policy should never have existed, says Teachers’ Union
cheers.
kalau ini macam bikin anak kita yang jadi mangsa. Guru perlu memberi pedidikan yang berkualiti kepada anak anak kita. Kalau guru ikiut waktu kerja pejabat kita dapat kerja berkualiti pejabat kerajaan.Jangan cemburu kerana guru dapat cuti banyak.
ReplyDeleteAhli politik kerja bial parlaimen bersidng sahaja. Berapa hari itu?
Kalu kerja guru sekadar mengajar saja tak apalah,tapi malang sekali guru juga diarah buat kerja2 perkeranian dsbnya.
ReplyDeleteKerja guru bukan setakat waktu sekolah,malah mereka terpaksa membawa balik ke rumah bagi menghabiskannya,seperti memeriksa buku kerja murid,menyediakan buku laporan,pemeriksaan kertas soalan dsbnya.