Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat
Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."
"Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka."
Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu.
Pemimpin Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.- malaysiakini
Laki Rosmah kata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih valid bukan perjuangan Pakatan Rakyat jadi Pakatan Rakyat jangan cuba hendak ambil kredit atasnya. Kita hendak tanya yang melaung dan mendesak supaya ISA dihapuskan selama ini siapa, Umno ke Pakatan Rakyat?
Menurutnya pemansuhan itu adalah keinsafan dan keperihatinan kerajaan. Saya rasa Pakatan Rakyat tidak begitu perlahap untuk mengambil kredit atas pemansuhan itu pun. Tetapi yang pastinya rakyat suka kalau ia benar-benar dihapuskan dan pemansuhan itu bukan bersifat menuang arak ke dalam botal baru.
Akta ISA wujud sejak tahun 60 lagi. Ia bukan wujud setahun dua ini. Sudah lima orang PM yang melalui akta berkenaan termasuk bapa Najib sendiri, Razak bin Hussein. Dalam tempoh itu sudah ribuan orang yang berdosa dan tidak berdosa ditahan menerusi akta berkenaan.
Selama itu juga pembangkang dan mereka yang ditahan di bawah akta itu merasakan ianya dizalimi. Malahan ada yang trauma sampai ke hari ini.
Contohnya seorang ahli akademik yang sebelum ini berperanan untuk menjadi ketua menteri di sebuah negeri, terus lari lintang pukang meninggalkan jelumu politik bila mana beliau ditahan di bawah akta berkenaan.
Tidakan polis menelanjangkannya kemudian suruh merangkak dan telornya yang dua biji dijentik menyebabkan dia jadi phobia dengan akta berkenaan. Jangankan melihat gari melihat jerjak besi jendela saja dia sudah menggeletar ketakutan. Itu contoh betapa takutnya manusia kepada ISA.
Bukankah dalam tempoh Najib jadi PM desakan bertakut-talu supaya akta itu dihapuskan? Makanya pemansuhan akta berkenaan adalah disebabkan desakan rakyat. Najib bertindak akur kepada kehendak rakyat maka wajar kalau disifatkan penghapusan akta itu kerana rakyat. Rakyat berhak merayakan atas apa yang berlaku.
Saya yakin kalau Pakatan Rakyat menang dan memerintah Malaysia 2008 lalu antara perkara utama dilakukan menghapuskan akta berkenaan, kerana itulah manifestonya.
Jadi bila Najib memansuhkan ia adalah perlaksanaan manfesto Pakatan Rakyat di mana kebaikannya diperolehi rakyat. Baca seterusnya di sini
source:msomelayu.blogspot.com
Credit BN, not Pakatan for law reforms, says Najib
Sepatutnya credit diberi kepada mereka yang pernah ditahan bawah ISA,seperti Anwar Ibrahim, Hishammuddin Rais, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Kua Kia Soong, dan lain2. Atas usaha mereka inilah akhirnya akta ISA dihapuskan.
Najib dan gomennya patut ambil credit kerana menggunakan akta ISA untuk menzalimi rakyat yang tak berdosa.Kau lawak betullah pak Jib ooi....
cheers.
Aku tak setuju kalau ISA dihapuskan,
ReplyDeletekerana aku mahu tengok macam mana penyamun2 UMNO seperti Najib,
Mahyuddin.Adnan,Rahim Tamby Chik dll. diISAkan!!!!
The Devil was them and now they want to claim Sainthood for getting the credit to repeal this outdated law.
ReplyDeleteBelum apa2 lagi Najib dah bising satu kampung.
ReplyDelete