Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.
Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.
“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.
“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.
Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.
“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.
Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik.”
Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.
“Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket,” katanya.
Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.
“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.
“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau.
source:malaysia insider
Putera 1 Malaysia Club responsible for Bernama man’s death, says kin
Azeez mum on Bernama man’s death, says traumatised
Abdul Azeez: Saya masih trauma, bagi saya masa
cheers.
En Ali,
ReplyDeleteSepatutnya...mamak Azeez tuh yg patut deme pi tembak...sebab muka dia dah lebih kurang org deme...gelap tapi boroi..ini mesti org Somalia yang kaya sedangkan hok yang lain tuh kurus jer...terlepas target gamaknya tuh...kesian budak tuh...tak pasal-pasal terpaksa ikut Azeez Gila Glamour tuh...lepas nih mana-mana wartawan pun dah serik nak ikut Azeez Haram Jadah nih...udahle diri tuh mamak tapi perasan Melayu...bodoh punya mamak tongkang.
rgds/Aziz Husin - KL (Melayu Jati)
Aziz,
ReplyDeleteSebenornya penembak tu memang do aim kat mamak Azeez tuh...tapi pasai dia tu gelap sangat kot,penembak jadi konfus, maka tembakannya tersasar pada jurugambar yang tak berdosa.
Yang Azeez sibuk nak bantu orang Somalia tu buat apa? Bukankah di Kedah,Terengganu,Kelantan dan Pahang ada ribuan rakyat miskin yang hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang!!!
Tapi, dia ni nak glamour konon,agar boleh jadi calon dlm. PRU ke-13 nanti,prabih duit rakyat engan misi yang tak tentu arahnya..
Mabuk kot.....