27 September 2011

Jika tak benar,Gani Patail patut saman pihak yang kaitkannya...

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.


Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut.


Sebelum surat terbuka daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu, telah wujud dakwaan-dakwaan tentang salah laku dan peranan Peguam Negara dalam kes Anwar oleh para blogger, namun isu itu didiamkan sahaja.


Mahfuz juga menggesa supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Gani kerana dakwaan itu menggugat kredibiliti institusi kehakiman dan penyiasatan negara ini.


“Selain itu, turut terdapat dakwaan daripada blogger tentang penglibatan Gani Patail dalam kes rasuah dan peranannya dalam kes pembunuhan Altantuya.

Kegagalan Gani Patail menangani isu ini menyebabkan timbul pelbagai tafsiran yang mencemarkan Jabatan Kehakiman,” ujar Mahfuz.


Menurut Mahfuz lagi, jika Gani terus mendiamkan diri, beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena akan menggerakkan usaha menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk.


source:harakahdaily

Mat Zain: Charge Gani Patail, not change A-G’s powers

PAS mahu s'jaya diraja siasat peguam negara

cheers.

No comments:

Post a Comment