Heboh! Kemana sahaja kita pergi rakyat sedang bercakap tentang cincin yang berharga USD24 juta yang dibeli oleh seorang ternama dan bergelar dari Jacob & Co, New York. Di kedai kopi, di kelab golf, di restoran besar-besar dan kecil, di surau dan di mana-mana cerita cincin ini diperkatakan. Ini adalah isu yang paling ‘hot’ di pasaran negara kita ini sekarang.
Apabila saya mendengarnya saya termenung dan berfikir rupa-rupanya ada barangan yang berharga semahal itu. Sebagai orang kampong berita ini membuatkan saya bingun kerana saya tidak tahu ada barang yang sekecil itu saiznya boleh berharga sebegitu tinggi.
Bagi saya jika cincin saiz yang sekecil itu boleh mencecah harga yang tidak ada bandingan tingginya saya menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak logik. Rupa-rupanya ia bersangkutan dengan nilai barangan itu. Bagi orang kampong seperti saya ini, lagi kecil kereta itu lagi murah harganya. Kereta kancil itu kecil maka murahlah harganya jika dibandingkan dengan kereta besar seperti Jaguar, Mercedez dan lori pick-up.
Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang?
Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.
Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya?
Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak.
Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini......
(This is an excerpt from aspanaliasnet.blogspot) Baca seterusnya di sini.
cheers.
u leh tengok kat blog waaa citer sebenar k.
ReplyDeleteSama betul atau tidak,pokoknya perkara ini sudah terbongkar dan tak ada penafian dari pihak tertuduh.
ReplyDeleteBerdasarkan kepada keupayaan,aku rasa bik mama ini 1Malaysia pun dia boleh beli kalau dilelong nanti!!!
sebagai isteri ketua negara perkara serious ini perlu penjelasan yang detail.
ReplyDeleteCuba hitung dan pikir,Program Latihan Khidmat Negara tu sapa yang dapat kontrak dan faedah yang paling banyak?
ReplyDeleteDaripada kontrak bekalan baju,dobi,
persediaan makanan,pengakutan semua yang dapat tu adalah proxy bik mama.
Cuba bayangkan kalau satu siri PLKN di sebuah pusat saja boleh raih keuntung lebih daripada RM70 juta,fikirkan satu siri itu ada berapa pusat. Dah berapa tahun dan berapa siri.
Jadi tak hairanlah kalau bik mama nak beli cincin berlian RM100 juta pun no problemo!!!
Dia kata itu hasil tabungan dari semasa kecil lagi. Wow! Punya kaya mak bapak dia. Sehari boleh menabung lebih dari RM3,000.00
ReplyDelete==================================
Cakap sajalah duit tu hasil rasuah laki engkau, ngok. Apa kau ingat ada orang nak percaya? Engkau mampus 10 kali dan hidup semulapun kau tak mampu kumpul sebanyak itu.