17 June 2011

Agong arah batalkan pilihan raya masjid di P Pinang...

Hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan esok dan Ahad ini sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim berkata keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas perjumpaan di Istana Negara pagi ini.

"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu," katanya.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

"Kami akan buat pengumuman rasmi selepas mesyuarat MAIPP pad Isnin ini. Selepas itu, kami akan memutuskan sama ada untuk meneruskan atau membatalkan pilihan raya berkenaan,” kata Abdul Malik.

source:malaysiakini

King orders halt to Penang mosque polls

UMNOlah yang menjadi dalang utama membantah pilihanraya masjid dan hari ini mereka bersorak sakan kerana permintaan mereka agar DYMM Agung membatalkannya berjaya.

UMNO sangka dengan pembatalan pilihanraya masjid itu maka mereka berpeluang sekali lagi untuk pegang Pengerusi dan AJK Masjid.

Semasa pemerintahan BN dulu, UMNO memang berkuasa bagi tentukan siapa yang patut menjadi Pengerusi dan ahli AJK Masjid. Lantaran itu, banyak masjid2 di negeri ini, nampak tersergam indah tapi tanpa ada aktiviti2.

Tapi UMNO harus ingat, kerajaan sekarang adalah kerajaan PR. Tak kan kerajaan PR akan berdiam diri.

Dulu Ketua Bahagian UMNO mencadangkan nama2 yang terdiri daripada ahli2 UMNO yang hendak dilantik untuk MAIPP luluskan sebagai Pengerusi dan AJK Masjid. MAIPP pula, hari ini takkanlah akan menjadi pak turut UMNO lagi seperti zaman pemerintahan Koh Su Khoon dulu.

Sudah tentu, MAIPP akan pilih calon2 yang terbaik. Tak kan MAIPP nak lantik kaki tak solat, kaki judi, kaki betina,kaki botol untuk menjadi Pengerusi dan AJK Masjid macam dulu?

Jadi,tindakan UMNO membantah proses pemilihan secara demokratik menerusi pilihanraya nampaknya akan sia2 saja, kerana dengan pembatalan itu tak akan bererti orang2 UMNO akan dipilih mengisi AJK2 masjid. Apakata kalau MAIPP menolak cadangan mereka? Kecualilah dalam MAIPP itu masih terdapat saki baki UMNO totok.

Tapi,menerusi perlantikan cara pilihanraya,sekurang2nya ahli2 UMNO yang bertanding masih ada peluang juga untuk menang beberapa jawatan secara demokratik, dan masyarakat tak akan persoalkan nanti.

UMNO takut mengadakan pilihanraya secara demokratik dan telus.

UMNO takut kerana mungkin tak seekoq daripada ahli UMNO tak akan terpilih menanggotai masjid2 di Pulau Pinang.

UMNO takut pilihanraya masjid secara demokratik ini kerana tak dibantu oleh SPR yang kerapa menjadi barua UMNO bagi menang cara penipuan....

cheers.

2 comments:

  1. Beruk UMNO ini peduli apa, sama ada pilihanraya masjid ada atau tidak,depa kalau boleh nak rampas semua.

    ReplyDelete
  2. Agong dan raja melayu semua dah masuk umeno dah kena beli dgn umeno, jadi tak payah nak pertahan institusi raja2 yg tak beri faedah pd rakyat, tak ada raja lagi bagus, melayu tak rugi apa pun, baru kita boleh ada demokrasi tulen.

    ReplyDelete