23 April 2011

Emel percuma untuk rakyat Malaysia, berbaloikah....

Satu lagi siri keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan walaupun Perdana Menteri dengan tegasnya menyebut bahawa dana yang digunakan bagi membangun projek ini tidak sama sekali menggunakan duit rakyat.

Nah, kalau bukan duit rakyat soalnya duit siapa? Kerajaan mana yang sediakan peruntukan tersebut? Perkara ini sebenarnya mengelirukan banyak pihak termasuk kakitangan kerajaan sendiri yang belum tentu mampu mengendalikan projek ini dengan jayanya.

Bagi saya bukan emel percuma sebagai pilihan utama kepada rakyat sekarang. Setahu saya banyak lagi pilihan untuk rakyat untuk menggunakan perkhidmatan emel percuma.

Sebagai contoh mudah di bank-bank dan perkhidmatan emel daripada universiti pun percuma. Jadi, tidak perlulah kerajaan mewar-warkan inisiatif tersebut yang bagi saya mempunyai kepentingan lain. Nama emel sahaja pun sudah cukup menggambarkan ianya berkepentingan.

Apa yang lebih utama diusahakan pihak kerajaan adalah memperuntukkan Internet ke seluruh negara kalau benar-benar ingin jadikan Malaysia sebagai negara maju. Belum pun Internet, nak disediakan emel percuma.

Saya sebutkan Internet yang lebih utama dek kerana sumber maklumat yang sangat terhad sekarang menyebabkan rakyat terdedah kepada maklumat-maklumat asas yang boleh jadi benar dan boleh jadi salah.

Justeru, saya mencadangkan sediakan Internet terlebih dahulu. Sebagai contoh,apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor yang sedang menggiat usaha meluaskan jalur Internet ke seluruh negeri Selangor.

Bahkan pelaburan untuk projek ini sehingga mencecah RM50 juta! Seperti yang dipetik dari sebuah laporan akhbar mengenai ucapan Perdana Menteri:

“He said that the RM50 million investment would have a GNI impact of RM39 million up to 2015 Further the 1 Malaysia email initiative will allow direct and secure communications between Malaysian citizens and government as well as enhance delivery of public services.”

Soalnya, adakah projek ini adil untuk semua rakyat Malaysia walaupun namanya emel 1 Malaysia? Bagaimana para penduduk di kawasan pedalaman yang kawasannya pun belum tentu mempunyai sumber asas seperti bekalan air bersih dan elektrik! Hak asasi ini yang perlu pihak kerajaan lebih peka dan prihatin.

Cuma baru-baru ini saya juga dimaklumkan projek pemberian mini komputer riba secara percuma apabila membuat penyambungan Internet pun telah dihentikan oleh pihak kerajaan dengan alasan tidak cukup dana dan kehabisan peruntukan sedangkan projek ini sangat besar manfaatnya untuk rakyat.

Janganlah terlalu ghairah mengejar impian sehingga hak asasi rakyat diabaikan. Ibarat kata Karam Singh Walia, kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan!

Bagi saya juga, pendidikan percuma lebih utama diusaha dan diharmonikan oleh kerajaan berbanding sekadar emel percuma yang katanya bakal mengganti surat-surat rasmi kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam usaha berjimat cermat.

Bagaimana pula masa depan para posmen di Malaysia? Agaknya mereka pula hilang kerja gara-gara surat sudah bertukar dalam bentuk emel! - Muhammad Safwan bin Anang @ Talib

source:malaysian insider

Gara2 I tolong you,you tolong I. Buat kerja tak pikiaq baik buruknya, hanya nak bagi kaum kroni kenyang perut.... Patutlah orang gelar kaum kerabat ini buta perut...

cheers.

1 comment:

  1. Dulu projek komputer di sekolah2,
    guru2 kena ajar murid dengan bantuan komputer. Tapi hari ini,komputer2 riba yang diberi sama ada berada dalam stor utk dihapuskira atau di rumah cikgu2 utk anak2 mereka main game!!! Projek menelan belanja berjuta2 RM dikendalikan oleh syarikat2 kroni antara anak mahathir.

    Sekalang apa dah jadi dengan komputer riba?

    Email pun akan terima nasib yang sama. Sapa2 yang melayari internet tentu ada akaun email jadi buat apa email 1malaysia ini????

    ReplyDelete