Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.
Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.
"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.
Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.
"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan sayan yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.
Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.
"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.
Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.
source:tvselangor
'Ucapan menjunjung titah YDP Agong oleh Ketua Pembangkang sarat mesej dan peringatan'
cheers.
kenapa tak scan je cek tuh... at least boleh laa jadi bukti... kalau setakat cerita jer... semua orang boleh cerita...
ReplyDeletebagus2 :)
ReplyDeleteBukan tak mahu scan....
ReplyDeleteTakut nanti ada katak yg lompat terjun bangunan nanti...
Hafiz engko nie hakim ke nak tgk cek tu??? kalau nak tgk ko pegi tanya SPRM sbb YB saifuddin tengah tunggu SPRM nak siasat kes atau buat pekasam.
ReplyDeleteHidup kalu redha dgn rasuah mcm2 alasan korang kasi.
To Hafez oiii.... 1.5Million cuba ko kire bape lama nak dpt???? jgn bebal kalu ko hidup dgn rasuah.
ReplyDelete