Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun. Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.
Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA ‘lelaki Y’ yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini. Awal pagi tadi, Dr Seah menyambung keterangannya dalam sesi soal balas buat hari ke lima.
Dr Seah semalam enggan mengakui jumlah sperma Saiful DNA lelaki Y lebih banyak ditemui pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar, Karpal Singh membuat kesimpulan Saiful seorang homoseksual pasif memandangkan lebih daripada satu sampel DNA ditemui pada pengadu itu.
Selain itu, mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan bahawa sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat.
Timbalan Pendakwaraya DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah berkenaan label tarikh pada sampel B4 dan B5. Menurut Dr Seah, sampel sampai ke makmal Jabatan Kimia dalam keadaan baik. Maka, walaupun tarikh berbeza daripada laporan polis (2 hari lebih awal daripada tarikh laporan polis), Jabatan Kimia tetap menerima sampel.
Sebelum ini, mahkamah digemparkan dengan beberapa keterangan dari Dr Seah. Antaranya borang proforma yang tidak lengkap diisi dan keterangan dalam borang tersebut yang menyatakan hanya berlaku ‘cubaan liwat’ dan oral seks’, yang mana menimbulkan persoalan. Pakar itu sebelum ini juga mengakui tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang ditetapkan International Society of Forensic Genetics dalam membuat analisa. Berikut kronologi perbicaraan hari ini:
10.55 pagi – Hadirin di mahkamah kelihatan ketawa kecil apabila Nor Aidora sendiri menawarkan bahan bukti tersebut untuk diperiksa pendakwa dan peguam bela. Sampul D1 mengandungi sebatang berus gigi. Ia ditanda sebagai ID58. Menurut Nor Aidora, beliau mencalit bahagian bulu dan pemegang berus gigi untuk mendapatkan sampel.
10.47 pagi – DPP Noorin dan Nor Aidora menandakan bahan bukti. Sampul D mengandungi sehelai rambut di atas kertas putih ditanda sebagai ID57.
11.02 pagi – Sampul D2 mengandungi tuala ‘Good Morning’ dengan rambut. Rambut ditanda sebagai D2(a). Sampul D2 ditanda sebagai ID59. Tuala ‘Good Morning’ ditanda sebagai ID59(a). Rambut D2(a) ditanda sebagai ID60.
11.18 pagi – Sampul D3 mengandungi botol air mineral jenama ‘Cactus’. menurut Aidora, sampel DNA diambil dari bibir botol itu. Ia ditanda sebagai bahan bukti ID61.
10.36 pagi – Menurut Aidora, pada 17 July 2008 beliau menerima 4 sampul surat bertanda D, D1, D2, dan D3 daripada pegawai penyiasat, DSP Judy Blasious Pereira.
10.33 pagi – Mahkamah bersidang semula.
9.35 pagi – Mahkamah ditangguhkan kerana Sankara mahu pasukan peguam Anwar diwakili Karpal Singh untuk menyoal balas Nor Aidora. Karpal Singh dilaporkan dalam perjalanan daripada satu lagi kes di Shah Alam.
9.03 pagi – Mahkamah diteruskan dengan memanggil saksi keenam pendakwa, Nor Aidora Saidun. Beliau masuk ke kandang saksi mengangkat sumpah dan memberi keterangan. Nor Aidora merupakan Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008. Beliau menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998. Menurutnya, selama hampir 13 tahun beliau sudah mengendalikan hampir 100,000 sampel DNA.
source:keadilan daily
Dr.Seah, bila you kata 'date is not imporant' then I think you must be a FOOL. Dalam mana2 kes jenayah date dan time adalah maklumat yang paling penting.
Ingat dalam kes Sodomi 1, pihak pendakwa terpaksa ubah tarikh dan waktu bila pendakwa mendapati Villa Tivoli, tempat yang berlakunya kejadian sodomi itu belum siap lagi.
cheers.
Doctor MCA ini hanya mahu dapatkan bukti tak kira macam mana atas arahan Putrajaya. Jadi dia peduli apa dengan tarikh dan waktu. Asalkan bahan bukti ada sudah cukup.
ReplyDeleteDalam mahkamah,tarikh dan waktu adalah elemen penting yang boleh menentukan menang kalah sesuatu kes. Ini yang Dr.MCA itu tak faham!
Great article
ReplyDeleteI agree with everything here.
ReplyDeleteinteresting
ReplyDeleteVery interesting article thank you. Made me think!
ReplyDelete