26 January 2011

Muhyidin Yassin minta Khalid letak jawatan tapi mahukah Muhyidin letak jawatan dulu....

Any Menteri Besar who fails to gain the support of the majority in the State Assembly sitting should step down, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. He said the failure to gain the majority support showed the poor credibility of the Menteri Besar concerned.

"By right, he (the Menteri Besar) should resign for failing to get the majority support of the State Assembly," -Bernama

Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita telah menyarankan supaya MB Selangor TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB negeri itu kerana gagal mendapat 2/3 majoriti dam sidang khas Dewan Undangan Negeri itu 24hb yang lalu untuk meminda perlembagaan bab 52 Negeri Selangor.

Dalam persidangan khas itu PR mendapat 34 undi dan selebihnya dari BN mengundi menentang usul untuk mendaulatkan Sultan Selangor dengan mengembalikan apa yang ada dari Tuanku Sultan sebelum dirampas oleh Perdana Menteri pada 1993 dahulu. UMNO/BN menentang usaha untuk mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku Sultan dan kepada UMNO, PR adalah pihak yang derhaka kepada kebawah Duli Tuanku kerana PR hendak mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku.

Rupa-rupanya UMNO ini sudah tidak keruan. Benarlah kata setengah orang yang UMNO kita ini sudah hilang hidayah. Menesabahkan PR pula yang derhaka kepada Duli Tuanku kerana hendak memberikan kuasa kepada Baginda? Patutlah ramai alim ulamak yang zuhud berkata yang kini dunia sekarang adalah dalam akhir zaman, yang salah nampak betul dan yang betul dikatakan salah.

Sekarang kita sudah nampak dengan jelas yang UMNO benar-benar tidak menghormatan perjanjian persekutuan dahulu dan jika ada usaha untuk mengembalikan kuasa bab52 itu kepada Tuanku Selangor itu adalah penderhaka.Ini pandangan yang sangat gila. dan Muhyiddin meminta pula supaya Khalid meletakkan jawatan.

Sebagai salah sebuah negeri yang terkandung didalam Persekutuan, Selangor dan rakyatnya mesti dihormati mengukut lunas demokrasi dalam persekutuan ini. Biarlah rakyat dalam negeri-negeri yang berdaulat didalam persekutuan itu berbicara dengan Rajanya untuk menentukan apa yang patut dilakukannya terutamanya didalam isu Raja dan Kerajaan yang dibawah naungan Baginda.

Usaha untuk memecah belahkan kerajaan Selangor dengan kebawah Duli Tuanku Selangor nampaknya tidak surut-surut dan saya yakin ianya akan berhenti apabilan Tuanku Sultan sudah bersalah-salahan dengan rakyat Baginda sendiri. Jika ini berlaku maka mudah bagi pemimpin diPutrajaya melakukan semua perkara tanpa halangan, termasuk usaha untuk membunuh demokrasi serta Raja berpelembagaan negara kita.

Muhyiddin memberikan sebab kenapa Khalid perlu meletakkan jawatan, Kata beliau Khalid tidak mempunyai sokongan dua pertiga dari Dewan Legislatif Selangor maka adalah wajar Khalid untuk berhenti. Tetapi orang ramai ingin bertanya, kenapa Najib dan Muhyiddin serta keseluruhan pemimpin diPutrajaya tidak meletakkan jawatan kerana kerajaan BN diperingkat persekutuan juga tidak mempunyai sokongan 2/3 itu.

Saya adalah orang yang pertama yang akan memberikan sokongan kepada mana-mana kerajaan untuk meletakkan jawatan jika tidak ada kuasa 2/3 dalam Dewan-Dewan Legislatif. Jika itu pandangan Muhyiddin mari kita memohon dengan cara yang baik supaya Muhyiddin dan kerajaan pimpinan beliau dengan Najib meletakkan jawatan dan memberikan rakyat membuat pilihan sekali lagi.

Selepas itu Kerajaan Selangor dan mana-mana kerajaan negeri yang tidak mendapat 2/3 sokongan didalam Dewan Undangan pun menyusul kemudian dan memberikan hak kepada rakyat Selangor pula untuk membuat pilihan. Apa-apa keputusan yang kita dapat kita terima dengan ‘gentleman’.

Apa macam Tan Sri?? Setuju??? Kalau bersetuju mari kita mulakan usaha itu mengikut lunas yang betul dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Ok tak Tan Sri??? Saya seronok betul kalau kita mengaku yang kita juga tidak mempunyai sokongan 2/3 diDewan Parlimen dan memberikan rakyat membuat pilihan lagi sekali secepat yang mungkin. Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak setuju katakan tidak setuju!- Aspan Alias

source:aspanaliasnet.blogspot.com

Read'Time for Khalid to quit as MB or Muhyiddin to get some Math tuition' here.

cheers.

No comments:

Post a Comment