Di sebalik usaha kerajaan cuba mendapatkan RM1 bilion hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba diperkenalkan dan keputusan mereka menarik balik subsidi ke atas barangan perlu seperti minyak, makanan dan barangan keperluan lain, bagi menjimatkan RM700 juta, namun Kementerian Pertahanan dengan bangganya mengumumkan pada 19 April lalu bahawa kontark RM10.4 bilion akan dimeterai.
Tindakan berkenaan bagi memodenkan angkatan tentera dan keselamatan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan. “Kerajaan telah peruntukkan RM21 bilion atau 10.6 peratus daripada perbelanjaan pembangunan untuk tujuan berkenaan,” umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kebimbangan berikut adalah antara perkara yang dibincangkan pada forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong. Kua dalam bukunya dilancarkan ini mendedahkan mengenai cara negara membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru.
Katanya, perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan. Tulisnya betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera.
Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa Umno sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Dewan Rakyat. Malah, katanaya negara juga tiada mempunyai Jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan. Beliau turut menceritakan kisah ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak rakan sejawatan dari Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pertahanan negara tidak penting.
"Dalam perjumpaan dengan ahli parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana negara rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa," katanya.
Malah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu. Menurut Sivarasa, angkatan tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah jauh lebih rendah.
"Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu.
"Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya.
Baca kisahnya seterusnya di sini.
source:malaysiakini
Rakyat mengikut Najib diminta untuk mengurangkan belanja dan ikat perut tapi Midef belanja sakan bagi memodenkan angkatan tentera kita ini bertujuan hendak berperang dengan siapa?
Bukankah negara kita tertakluk dibawa perjanjian ZOFPAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality (1971)? Siapa yang sedang mengancam kita? Mungkin igauan Najib dan Menteri Pertahanan kot?
Dengan pembelian 2 buah kapal selam Scorpene dulu telah mendatangkan komisyen berjuta-juta RM kepada menteri UMNO dan kroni2nya. Apatah lagi dengan RM 21 bilion berapa orang menteri UMNO dan kroni serta kaum keluarga yang akan menikmati durian runtuh ini?
Tangkap Khir Toyo hanyalah satu sandiwara bagi melindungi kerja2 korup yang bakal dilakukan dengan pembelian RM 21 bilion ini. Makin ramailah menteri2 UMNO,sanak saudara dan kroni2 UMNO bakal bergelar jutawan nanti.
Jom kita tumbangkan gomen Najib yang korup ini.....
cheers.
Kita nak perang sesama sendiri.
ReplyDeleteUMNO kecut teloq bila pengaruh mereka merosot,silap hari bulan Putrajaya pun hilang.
Bukankah Najib kata "kita akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa sekali pun"
Kebaikan & Burokan.
ReplyDeleteKomisen dari syarikat pembekal.
Untung banyak beb.Poket pecah.
Sekiranya hilang lagi.untung lagi.
Askar Melayu dah ada.Askar wataniah dah,Askar renjar dah ada.Polis dan Field Force dah ada....tapi Askar India dan Askar Cina belum ada baru cukup resipe 1Malaysia.Baru lah adil.