Enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR yang akan datang. Dalam kenyataan berasingan, cabang Selangau dan Semporna dari Sabah yang mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua parti, mendakwa mereka tidak dimaklumkan bahawa semua pencalonan perlu dikemukakan sebelum tarikh akhir 10 Oktober lalu.
"Kami tidak pernah diberitahu mengenai tarikh akhir itu dan adalah tidak adil bagi menafikan Nurul Izzah daripada bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi bagi menghalang beliau?” soal ketua cabang Semporna, Lokman Uri.
Ketua cabang Selangau Steven Epay Ganing juga mengakui bahawa tarikh akhir mengemukakan pencalonan perlu dihebahkan dengan teratur bagi membolehkan cabang mengambil tindakan sewajarnya.
"Kami beranggapan ini adalah kelalaian penganjur (pemilihan) kerana gagal menyelaras pemilihan dan berharap ini bukan cubaan menghalang Nurul Izzah daripada bertanding.
Dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka “terkejut” bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu.
"Kami binggung bahawa terdapat tarikh 10 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan manakala 35 lagi cabang tidak menyedari tarikh itu,” kata kenyataan bersama itu. Ia ditandatangani oleh ketua cabang dari Tanjung Karang, Petaling Jaya Utara dan Putrajaya serta pemangku ketua Petaling Jaya Selatan.
Lanjutkan tarikh akhir
Sementara itu, ahli majlis tertinggi PKR, S Manikavasagam mencadangkan jawatankuasa pemilihan melanjutkan tarikh akhir kepada 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.
"Ini bagi membolehkan cabang-cabang memperbetulkan apa-apa salah faham yang mungkin berlaku,” katanya pada satu kenyataan akhbar.
Dalam satu kenyataan media lain, bekas pengarah komunikasi PKR, Jonson Chong berkata Nurul Izzah tidak sepatutnya dilucutkan kelayakannya untuk bertanding hanya kerana berdasarkan soal teknikal.
"Adalah baik bagi mempunyai proses pentadbiran tetapi mereka mesti telus dan memenuhi objektif parti,” katanya.
Semalam, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata , selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.
Sehubungan itu, katanya, ahli parlimen Lembah Pantai itu Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan.
source:malaysiakini.
Apa-apa pun tak sapa rugi jika Nurul Izzah dibenarkan bertanding. Kita perlu lihat ke hadapan dan memberi peluang kepada orang muda untuk menjadi pemimpin. Jangan amalkan perangai UMNO yang kerap mencantas pemimpin2 mudanya,lantaran itu muka yang sama saja yang kerap bertanding mengisi jawatan......
Bagilah peluang Nurul bertanding....ini undang-undang dan peraturan buatan manusia sudah tentu ada ruang untuk membuat pertimbangan yang wajar.......
cheers.
Wak Raden,
ReplyDeleteWak ni main wayang kulit ke? Wak ni berkerja untuk parti atau individu dibelakang tabir?
Jadi, war war yang konon nya PKR ini suatu Parti progresif dan demokratic hanya slogan untuk sedapkan telinga mendengarnya?
Jadi tak ada bezanya antara PKR dan UMNO?
hello!This was a really terrific topic!
ReplyDeleteI come from roma, I was fortunate to come cross your blog in bing
Also I obtain much in your topic really thanks very much i will come every day
UMNO beranikah adakan pemilihan terus macam PKR?
ReplyDeleteDalam keadaan biasa pun penyamun2 UMNO tabur berjuta2 utk jadi ketua bahagian dan berbilon utk jadi presiden. Ada yang guna bomoh dan ada yang bunuh membunuh.
Itu beza antara UMNO dan PKR!!