17 September 2010

Sambil siasat kes Sosilawati,siasat bekas KPN sama......

PAS mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap segelintir anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa cuai dan tidak serius dalam menyiasat beberapa laporan kes kehilangan. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata parti itu memandang berat kenyataan yang mengatakan ada laporan kehilangan tidak disiasat dengan serius.

"PAS mengharapkan supaya pegawai yang cuai terhadap laporan yang dibuat terhadap beberapa kes pembunuhan dan menghilangkan mangsa oleh kumpulan mafia ini mesti disiasat sama. Apa makna laporan dibuat jika siasatan tidak dibuat dengan cara yang serius," katanya.

Ujarnya lagi, PAS meletakkan kepercayaan terhadap jaminan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang cuai apabila laporan kehilangan yang tidak siasat dengan serius.

"Ini adalah merupakan ujian awal ke atas Ketua Polis Negara yang baru," katanya lagi sambil menyifatkan sangat malang jika perkara tersebut benar-banar berlaku.

PAS, jelasnya tidak mahu lagi melihat akan ada lagi pembunuhan bersiri seperti yang berlaku kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga yang lain. Kecekapan polis, ujarnya juga sedang dipersoal apabila rakyat tertanya-tanya kenapa tindakan pantas tidak dibuat sebelum ini seperti mana tindakan pantas terhadap kematian Allahyarhamah Sosilawati Lawiya.

Beliau merujuk kepada laporan kehilangan seorang jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari 2010 selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan. Sumber berkata, suspek itu juga dikatakan terbabit dalam pembunuhan seorang wanita bernama T Selvi, 44, yang juga isteri kepada pemilik bengkel di hadapan rumahnya, tahun lalu. Mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk.

"PAS tidak mahu negara ini dikuasai oleh “mafia” yang menganggu ketenteraman negara dan keharmonian rakyat di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, PAS mengharapkan segala laporan yang pernah dibuat kepada polis mengenai kehilangan misteri perlu diselongkar kembali, pegawai yang terlibat perlu disiasat untuk menjaga maruah institusi polis.

source:harakahdaily

Kes rasuah,salahguna kuasa penculikan dan pembunuhan yang dikaitkan dengan orang2 ternama berprofile tinggi,terutama daripada UMNO,MCA dan MIC banyak berlaku semasa zaman bekas KPN Musa Hassan.

Kini tiba masanya bekas KPN Musa Hassan ini disiasat sama ada dia terlibat dalam cuba menutup dan melindungi kes-kes ini daripada pengetahuan umum.

Soalnya,siapa yang mahu mula melakukannya siasatan ini? KPN baru....Peguam Negara....SPRM atau Najib......

Read 'Interference in the Malaysian Police Force' here.

So, RPK must be damned right about Musa Hassan as he put it......Next he framed the ex-CCID Director, Ramli Yusuff. It was so badly handled that he personally had to take the witness stand in Kota Kinabalu to testify against Ramli. The judge, however, said that Musa was lying to his teeth (although in a more diplomatic manner) and Ramli was acquitted without his defence being called -- not once, but three times. This has greatly embarrassed the government and not only does it add weight to the allegation that Ramli was set up -- and by the top cop on top of that -- but it also confirms that this is the modus operandi of the Malaysian government.

cheers.

2 comments:

  1. ingat najib berani ambil tindakan terhadap musa hassan?

    rahsia & gambar najib n al..... ada dalam fail musa.

    mana najib ada telor utk buat demikian?

    ReplyDelete
  2. tau xper... hehehhee... musa hasan akan bebas didunia... selagi BN memerintah..

    ReplyDelete