16 August 2010

Zaid Ibrahim - DEB dan nasib orang Cina........

Ada banyak kisah benar yang diketahui ramai tentang kejayaan kaum Cina di bawah Dasar Ekonomi Baru. Dalam konteks ini, DEB bermaksud sistem pilih kasih dan naungan orang-orang yang berkuasa. Sepertimana dinyatakan oleh adik Perdana Menteri, Nazir Razak, DEB telah bersimpang dari tujuan asal yang diilhamkan oleh Allahyarham Abdul Razak, ayahanda kepada Najib dan Nazir. Apa yang tidak dinyatakan oleh Nazir ialah bahawa DEB telah sekarang menjadi satu sistem yang korup, tidak mempunyai akauntabiliti kepada rakyat dan diselubungi rahsia sehingga hanya mereka yang berkuasa dan korup mendapat faedah terbesar dari DEB.

Yang sedih, pagar diharapkan, pagar yang makan padi. Orang Melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, ada juga beberapa orang Cina yang berjaya meraih kekayaan. Ini termasuk Vincent Tan, Francis Yeoh, anak muda 28-tahun Jho Low (Low Taek Jho) dan Liew Kee Sin dari SP Setia.

Bagaimana mereka berjaya melalui DEB? Kita harus tahu. Orang Cina harus tahu supaya mereka pun boleh berjaya dan menjayakan DEB.

Encik Liew(kiri), yang penuh dengan pujian untuk DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB. Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara). Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan. Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya. Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk UMNO, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan.

Bukankah SP Setia sebelum ini dipunyai SPK yang dikendalikan oleh sahabat Mahathir iaitu Abdullah Ahmad (Kok Lanas) dan Ramli Khushairi? Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat ini, dengan habuan diberi kepada Dollah Kok Lanas, dan yang lain itu, seperti kata orang, "the rest is history". Perlu di ingatkan bahawa satu ketika dahulu, SPK adalah kooperatif yang mana pegawai kerajaan dan ahli-ahli UMNO menjadi tuan yang punya.

Vincent Tan(kanan) berjaya kerana beliau dapat meyakinkan sahabat beliau, Mahathir Mohamad, yang Perdana Menteri ketika itu, untuk menswastakan Sports Toto kepada beliau, kerana kononnya, disebabkan judi itu haram, orang Melayu dan kerajaan tidak boleh terlibat dalam penjudian.

Tetapi beliau memilih orang Melayu untuk menjadi partner beliau - anak saudara Mahathir yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar agensi berita Nasional, Bernama. Anak saudara Mahathir ini baik orangnya tetapi tidak lama selepas itu, beliau menamatkan perkongsian itu dan saya rasa beliau tidak dapat apa-apa pun. Inilah nasib orang Melayu yang menjadi rakan kongsi orang Cina yang pintar saperti Vincent Tan. Vincent semestinya harus disenaraikan sebagai salah satu cerita kejayaan DEB, seperti juga Liew.

Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun. Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an. Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL - IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik. Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak. Macam mana tak buat duit? Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi.

Pengerusi TNB ketika itu, Ani Arope, membantah perjanjian itu tetapi disingkir oleh Mahathir. Hari ini, YTL mempunyai rezab wang sebanyak RM9 bilion dan ianya digunakan untuk apa? Membeli syarikat jana kuasa di Singapuura, membeli separuh daripada Pulau Sentosa di Singapura, dan membeli tanah dengan harga yang paling mahal di Orchard Road. Satu lagi kejayaan DEB. Oh ya...siapa rakan kongsi Bumiputra Francis? Mungkin Mokhzani dan Mukhriz Mahathir boleh jawab soalan itu....

Kata orang bahawa pemuda 28 tahun Jho Low adalah sahabat baik Perdana Menteri Najib Razak; atau pun isteri beliau; atau mungkin pun anak sulung Rosmah. Beliau berada di sana, sini dan mana-mana. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star kerana berjaya mendapat temuramah eksklusif dengan anak muda yang berjaya ini. Entah siapa yang mengarah mereka membuat temu-ramah ini....

Jho(kanan) selalu kelihatan bersama PM Najib. Semasa pelancaran 1Malaysia Development Fund oleh PM, dia ada; semasa PM bercuti di Monte Carlo tahun lalu, dia ada; dan mereka juga bersama sama di St. Tropez dua minggu lalu. Ahkbar dari luar negara membuat laporan dan andaian bahawa anak muda Jho (kawasan mesra wanita glamor, Paris Hilton) ada penglibatan dalam mendapat Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada 1Malaysia Development fund. Bagaimana Kerajaan dan Perbendaharaan Malaysia boleh setuju kepada skim meminjam RM5 bilion dengan bayaran terlalu tinggi faedah terlalu tinggi 5.75% tak masuk akal. Ini bererti jika 1MDB gagal membayar hutangnya, kerajaan akan menanggung hutang interest payment melebihi RM2.4 bilion dari kadar yang lazim?

Dan sekarang ini kawan kawan dalam sektor Bank bercakap tentang kononnya dalam akaun tahunan 1MDB menunjukkan bahawa hanya masih ada RM4.3 bilion dari jumlah asal RM5 bilion. Di mana agaknya RM700 juta dibelanjakan? Itulah dia - Jho Low, suatu lagi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (NEP).

Jadi orang orang Cina tahu sebenarnya bagaimana mahu mendapat untung besar dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru. Tak payahlah Liew Kee Sin bimbang. Tetapi berapa ramaikah orang Cina yang ada kaitan dan hubungan intim dengan pemimpin besar UMNO untuk mendapat peluang ini? Itulah persoalannya.


Bukankah lebih baik kita ada sistem pemerintahan dan dasar ekonomi yang terbuka dan adil kepada semua lapisan rakyat? Dan adil kepada semua kaum? Dengan cara itu, peluang besar dan keemasan boleh juga dicapai oleh rakyat biasa.
Tak payahlah mereka mesti ada hubungan baik dengan UMNO, atau pihak aristokrat atau pegawai tinggi kerajaan. Sepatutnya sudah memadai rakyat semua kaum yang mahu berjaya hanya memerlukan kebolehan dan azam tinggi untuk berjaya. Malangnya di negara bertuah ini, peluang utama hanyalah kepada mereka yang terpilih. - Zaid Ibrahim(Artikel ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim.)

Read 'NEP and the Chinese success stories — Zaid Ibrahim' here.

Read 'A case against the NEP: Sports Toto, the inside story' here.

Read 'The MCA Economic Congress' here.

Baca 'Kah...kah...kah...Melayu atau Cina?' di sini.

Baca 'Perkasa beri kata dua kepada Najib' di sini.

source:Merdeka Review

Dan Perkasa Ibrahim Ali 'the katak' masih dok melalak tak habis-habis.....

cheers.

1 comment:

  1. Bukan Ibrahim the katak Ali tu kerja bersama Mahathir. Tentu dia tahu pasal tipu muslihat Mahathir dengan Vincent Tan,Ananda Krishnan dll. Jadi yang dia dok melompat macam katak tu buat apa?

    ReplyDelete