Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri. Wain berkata semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion itu disokong oleh bukti. Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.
"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ia makin bertambah selepas itu.
"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini Mei lalu.
Selain itu, Wain juga mendakwa bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam. Buku itu pernah ditahan lebih lima bulan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan untuk mengkajinya. Disember tahun lalu, KDN telah merampaskan 800 naskah buku tersebut di Pelabuhan Klang.
Dr Mahathir dalam blognya mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion. Beliau juga meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut, tetapinya ia ditolak.
source:malaysiakini
Perkara biasa,kes-kes salahguna kuasa,rasuah yang melibatkan pemimpin2 UMNO/BN serta kroni2 mereka biasa tak perlu siasat. Alasan bukti tak cukup.
Tapi bila kena kepada pembangkan,hilang 5 sen pun SPRM akan siasat,luar dalam dari pagi hingga petang.......
cheers.
No comments:
Post a Comment