09 July 2010

Mahkamah 1Malaysia buat keputusan tanpa saksi dipanggil.....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman Langkawi Academy Sdn Bhd (Lardac) terhadap Menteri Pertahanan dan dua yang lain bagi menuntut ganti rugi RM480juta kerana didakwa melanggar kontrak berhubung kerja-kerja menaik taraf pesawat pejuang F5.

Hakim, Datuk Abdul Wahab Patail berkata permohonan pihak plaintif (Lardac) ditolak dengan kos. Tiada alasan diberikan apabila Abdul Wahab memberikan penghakimannya dan berkata penghujahan akan diberikan pada Jumaat depan. Beliau juga mengarahkan Lardac supaya membayar kos RM20,000.

Keputusan hari ini dibuat selepas lebih lima tahun Lardac memfailkan saman menuntut pampasan kerana pembatalan kontrak yang tidak sah dan pencabulan syarat kontrak. Ini berikutan bantahan Lardac yang kementerian melalui cara pintu belakang membenarkan bekas rakannya, Caledonian Airborne Systems Ltd (CAS Ltd), yang berpangkalan di Britain mengambil-alih kerja-kerja menaik taraf, meskipun kontrak telah diserahkan kepada Lardac pada 11 Oktober 2001.

Firma itu juga mendakwa CAS Ltdtidak mempunyai kontrak khusus untuk beroperasi dengan kerajaan Malaysia. Lardac berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab sebelum kontrak mereka ditamatkan. Keputusan hari ini dibuat tanpa mendengar keterangan saksi meskipun bekas ketua setiausaha kementeri pertanan, Hashim Meon, bersedia tampil sebagai saksi Lardac pada April lalu.

Lardac diwakili oleh peguam M Manogaran yang juga ahli parlimen Teluk Intan manakala pendakwaraya kanan persekutuan Noramilia Mohd Saad bertindak bagi pihak defendan.

source:malaysiakini

Hebat sungguh mahkamah 1Malaysia..... Hakim boleh buat keputusan tanpa memanggil saksi, walaupun ada saksi yang mahu beri keterangan. Tambah lagi keputusan hakim dibuat tanpa sebarang alasan.

Macam tu aku pun mau jadi hakim 1Malaysia.......

cheers.

3 comments:

  1. Bolehkah hakim tolak permohonan saksi bagi keterangan?

    Bolehkah hakim buat keputusan tanpa apa2 alasan?

    Aku bingong betul!

    ReplyDelete
  2. Jnagan bingong. Ikut undang undang keputusan Hakim adalah muktamat. Dia ada kuasa untuk buat keputusan yang dia suka.

    ReplyDelete
  3. Hakim yang buat keputusan ikut suka orang panggil hakim kangaroo kot?

    ReplyDelete