Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar mengatakan SPR akan tunggu surat dari Speaker Dewan Rakyat sama ada akan mengisytiharkan kerusi Parlimen Batu yang diwakili oleh Tian Chua (PKR) kosong atau tidak.
Malah Wan Ahmad berkata SPR hanya menunggu makluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat bagi membuat sebarang keputusan dan tindakan.
Dalam kes kekosongan kerusi DUN di Perak SPR tidak mahu merujuk kepada surat yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri ketika itu.
Bila menerima surat rasmi daripada Speaker SPR pula menjadi hakim untuk mengkaji kesahihan surat tersebut dan sebagainya. Kenapa SPR berani mempertikai keputusan Speaker DUN Perak?
Dalam kes DUN Kedah pula, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sudah memaklumkan perihal kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh. Anehnya, SPR pula tiba-tiba memberikan begitu banyak alasan bagi melaksanakan pilihanraya kecil di sana.
Kenapa SPR bersikap double standard?
Kerusi Parlimen Batu adalah milik pembangkang. Maka SPR terpaksa akur dengan arahan tuannya supaya diadakan pilihanraya kecil.
Dalam kes DUN di Perak dan Kedah ia milik BN, maka SPR khuatir akan kehilangan kerusi-kerusi tersebut.
cheers.
No comments:
Post a Comment