Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula. Ketuanya, Norizan Ali berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.
“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.
Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.
“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.
Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya.
source:sinar harian
Hari ini siapa saja nak jadi Senator atau Timbalan Menteri mudah saja....kutuk saja Anwar Ibrahim habis-habisan dan dapatlah imbuhannya. Kita tengok saja macam mana Ezam si raja kotak tup..tup dapat habuan bergelar Senator. Entah...entah mungkin dilantik menjadi Timbalan Menteri. Kalaulah si raja kotak ini dilantik menjadi Timbalan Menteri aku tak tau Ketua Pemuda UMNO nak letak muka kat mana....punggung......celah kangkang.......
Bagi ahli2 UMNO yang lain,bukankah hampa kerja bermatian,maki hamun,kutuk mengutuk sampai Hulu Selangor pun hampa ambik balik, tapi apa yang hampa dapat....habuk pun tarak dan yang seronok Ezam si raja kotak diangkat oleh ketua hampa jadi Senator.........
Itulah cara Najib 1Malaysia-APCO memberi penghargaan kepada Ezam si raja kotak kerana menentang Anwar dan tak lebih dari itu. Politik Ezam si raja kotak berkisar kepada memburuk-burukkan Anwar Ibrahim dan mencanangkan si antero dunia kotak-kotak ajaibnya yang entahkan ada atau tidak.
Jangan pula bawa kotak-kotak masuk Dewan Rakyat pula..........
cheers.
No comments:
Post a Comment