19 May 2010

Bung "bocor" Moktar dipenjara, Zizie didenda........


Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran. Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Jurunikah bagi perkahwinan itu pula, Ahmad Shahazami, yang juga abang kepada Zizie dihukum denda RM1,000 bagi kesalahan itu.Dua orang adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam juga masing-masing didenda RM1,000 kerana bersubahat atas kesalahan itu. Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Read here.

source:malaysiakini


Kartika Dewi didenda RM5000 dan dirotan kerana minum arak dikhalayak ramai. Kesalahan berpoligami adalah sama berat hukuman dengan minum arak di tempat awam, malah lebih berat kerana melibatkan seks secara haram. Dulu ada kes 3 orang wanita yang terlibat dengan seks haram didenda,penjara dan dirotan.

Kenapa hukuman yang dikenakan kepada Bung "bocor" Mokhtar dan Zizie begitu ringan berbanding dengan orang awam lain? Bung ni manusia juga,kecuali dia adalah YB yang buat undang-undang. Apakah kerana dia YB,hukuman yang ringan dikenakan berbanding dengan orang lain?

Jelas dalam 1Malaysia ada dua set undang-undang, satu untuk YB BN/UMNO &kroni dan satu lagi untuk rakyat umum.

Nak undi UMNO/BN lagi.............

cheers.

No comments:

Post a Comment