Najib 1Malaysia kata MIC, yang diberi peluang sekali lagi bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini.
Najib 1Malaysia yang juga Pengerusi BN berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.
Dalam suasana kelam kabut MIC perolehi 3 keistemewaan besar ke atas UMNO. Pertama, MIC masih kekal kerusi Hulu Selangor,kedua, G.Palanivel akan diangkat jadi Timbalan Menteri dan ketiga satu jawatan senator akan diberi kepada MIC.
Kisah Samy Velu dan UMNO buat kalut pasal calon adalah drama semata-mata. Sebenarnya, MIC dah tak mahu si Samy Velu ini dan G.Palanivel ini adalah bakal pengganti Samy Velu. Samy Velu tahu kalau G.Palanivel bertanding dan menang di Hulu Selangor, Samy Velu terpaksa letak jawatan daripada menjadi presiden MIC selewat-lewat sebulan dua.
Dengan tiadanya G.Palanivel, Samy Velu akan tetap terus jadi presiden untuk beberapa lama lagi. Calon MIC P Kamalanathan dan S.Samy Velu dikatakan mempunyai kaitan tali persaudaraan jadi mudahlah bagi Samy Velu untuk 'pulas' dan heret P Kamalanathan ikut rentak Samy Velu.
Samy Velu memang bijak orangnya, kalau MIC tak dapat mengenepikan G.Palanivel, timbalan Presiden MIC, maka Samy Velu mengambil kesempatan PRK Hulu Selangor ini untuk menyingkir timbalannya itu secara halal.
Sejak PRU pertama kerusi Hulu Selangor diwakili oleh MCA- Ong Yoke Lin, Khaw Kai Boh, Michael Chen and Lee Kim Sai. Kemundian diikuti oleh SS Subramaniam dan Palanivel. Dalam PRU 2008 Allahyarham Dr.Zainal merampas kerusi tersebut bagi pihak PKR.
UMNO yang pada awalnya beria-ia mahukan kawasan tersebut dengan menonjolkan Mat Tyson sebagai calon,akhirnya akur atas permintaan Samy Vellu.
Apakah UMNO rasa kesal mengalah dalam perhitungan ini?, Jawapannya tidak, kerana, sekiranya calon MIC itu kecundang, UMNO boleh tuntut balik kerusi tersebut dalam PRU ke-13 nanti. Apakah UMNO Hulu Selangor akan mengambil sikap berkecuali dan mengarahkan ahli-ahli mengundi calon-calon lain daripada calon MIC? Sama-sama tunggu dan lihat.
Kalau kita ikuti laporan media massa gomen, seolah-olah calon BN/MIC sudah menang sebelum penamaan calon lagi.
Mahathir pun ada kata,"if voters think Pakatan can give them a better deal, then choose Pakatan"...........
Apa-apa pun siapa menjadi calon tak kisah tapi jangan undi BN........
cheers.
Salam Perjuangan utk Zaid Ibrahim, semoga terus dgn perjuangan kita, ikhlas dari Chivas Regal, Remy Martin dan Hennessy, penaja bersama utk calonb kita.
ReplyDeleteUMNO pun byk kaki tunggang dan raba pungkog pompuan...piirraahhh...!! Mcm lah UMNO tu bagus sangat !! UMNO lah bapak segala dosa di Malaysia nih..!! Semoga PKR menang...kalau BN menang depa mesti over-confident in PRU13 nanti...tapi ok gak tuh biar depa lalai cket dan terus bongkak...bila tiba PRU13...kita kasi UMNO MAMPOS terus dari muka bumi Allah nie..!! Amin...
ReplyDelete