06 April 2010

Kalau Mafrel suara pembangkang, SPR pula suara UMNO......

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel, sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

Noh berkata, kenyataan seperti itu menunjukkan Syed Ibrahim tidak memahami peraturan dan juga pihak berkuasa terlibat dalam pengurusan pilihan raya.

"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.

"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.

"Kalau betul-betul bebas, kena tegur dua-dua. Mengapa ditekankan kepada kerajaan persekutuan sahaja.

"Dia kata badan bebas, memantau pilihanraya. Tapi laporannya dihantar ke mana? Adakah hantar kepada SPR?" soalnya.

source:malaysiakini

En.Noh, nak tanya SPR tu bersikap adil dan bebas kah bukankah SPR dok usong teloq UMNO? Kalau UMNO/BN boleh tabur wang $$$$ dan janji bulan dan bintang,kenapa, PR tak boleh buat benda yang sama?

Kalau Noh tuduh Mafrel adalah buah mulut pembangkang, jadi apa kurang dengan SPR yang menjadi kuda tunggangan UMNO/BN sejak dulu kini dan selama-lamanya...

Jangan dok susah hati pasal Mafrel, bukan SPR itu yang sentiasa menyanyi dan menari ikut rentak irama dangdut UMNO/BN...........

Noh, nak cadang PERKASA ganti MAFREL kot?...... habis jadi Perkasam jawabnya........

cheers.

No comments:

Post a Comment