29 March 2010

2 Ong tak 'ong', Chua muncul juara.........

Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi. Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala mereka yang menang jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Of the return of Chua Sooi Lek,read here.

source:malaysiakini

Rekod moral yang terpalit kepada presiden baru MCA ini, apakah Najib sudi bekerjasama dan lantiknya jadi menteri kabinet 1Malaysia? 1Malaysia tahu dan kenal sapa presiden baru MCA ini.

Big problem lagi pada Najib dan Bik Mama.........

cheers.

No comments:

Post a Comment